KEPENTINGAN ILMU IBADAT

1. ‘AQABAH ILMU

KEPENTINGAN ILMU IBADAT

  1. ILMU ADALAH PAKSI TEMPAT PERKISARAN EDARAN IBADAT
  2. ILMU DAN IBADAT ADALAH 2 BIJI PERMATA YANG BERHARGA
  3. KERANA ILMU DAN IBADAT ITULAH DITURUNKAN KITAB-KITAB SUCI DAN DIUTUSKAN PARA RASUL
  4. KERANA KEDUA-DUANYALAH DIJADIKAN LANGIT DAN BUMI SERTA APAYANG ADA PADANYA.
    Firman Allah: “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadat  kepadaku.” (56 – Azzariyat)
  5. Ilmu dan ibadat juga adalah maksud daripada penciptaan dunia dan akhirat

YANG MANA DULU….?  BERAMAL SEBELUM BERILMU…?

SABDA NABI SAW :

العلم- إمام العمل والعمل تابعه –

Ilmu itu adalah imam dan amal itu adalah makmum (Dikeluarkan antaranya oleh Abu Nu’aim dalam al-Hilyah (1/127), Ibn Abdil Bar dalam Jami’ Bayan al-`Ilm wa Fadhlihi (no. 202) dan lain-lain).

NABI SAW BERSABDA MAKSUDNYA:

فَضْلُ العَالِمِ عَلَى العَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ

“SESUNGGUHNYA KELEBIHAN ORANG ALIM DIATAS ORANG ABID SEPERTI KELEBIHAN DIRIKU DIATAS ORANG YANG PALING RENDAH MARTABATNYA DARIPADA KAMU (at-Tirmizi)

“TIDAK DAPAT TIADA SEORANG HAMBA YANG MEMPUNYAI ILMU ITU MELAKUKAN AMAL IBADAT ,

JIKALAU TIDAK NESCAYA JADILAH ILMUNYA ITU SIA-SIA SEPRTI DEBU YANG BERTABURAN DITIUP ANGIN.”

“ILMU ITU DIIBARATKAN POKOK DAN IBADAH PULA DIIBARATKAN BUAHNYA”

TELAH BERKATA HASSAN BASRI :

“TUNTUTLAH OLEHMU ILMU INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA IBADAT, DAN TUNTUTLAH IBADAT INI SEBAGAI TUNTUT YANG TIDAK MEMBERI MUDHORAT KEPADA ILMU.”

KEPENTINGAN  MENDAHULUI ILMU DARIPADA IBADAT :

  1. MENGHASILKAN IBADAT  YANG SEBENAR DAN TERSELAMAT  DARIPADA CACAT CEDERA
  2. ILMU YANG BERMANFAAT ITU  AKAN MEMBUAHKAN RASA TAKUT DAN HAIBAH KEPADA ALLAH TAALA

ASAS-ASAS AQIDAH PARA SALAF

TAMAT AQABAH PERTAMA

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN KEFAHAMAN YANG BAIK

DAN MEMBERIKAN PERTOLONGAN UNTUK  MENGAMALKANNYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *