Tujuan Ilmu Faraid

Tujuan Ilmu Faraid

Tujuan ilmu Faraidh ialah mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterirna oleh pewaris.

Skop Ilmu Faraid

Skop ilmu faraidh ialah harta pusaka itu sendiri.

Definisi Harta Pusaka

Harta pusaka ialah semua harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya, sama ada harta boleh alih, seperti emas, perak, mata Wang dan perabot; ataupun harta tidak boleh alih seperti tanah, rumah dan sebagainya. Kesemua ini termasuk dalam definisi harta pusaka, dan Wajib diberikan kepada mereka yang layak.

Pelaksanaan Hukum Pusaka adalah Wajib ‘

Sistem pusaka adalah suatu sistem yang sah berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, sunnah dan ijmak ulamak. Ia sama seperti hukum sembahyang, zakat, muamalat dan hudud.

Ia wajib dilaksanakan, diamalkan, tidak harus diubah atau diabaikan, Walaupun ia telah lama disyariatkan. Ia merupakan syariat Allah Yang Maha Bijaksana dan Terpuji. Ia memelihara kepentingan semua orang. Walau bagaimana sekalipun manusia merasakan pandangan mereka lebih baik, namun undang-undang Allah tetap yang terbaik. Allah berfirman:

(Segala hukum yang tersebut) itu adalah batas-batas (syariat) Allah. Sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga-syurga yang sungai-sungai mengalir di bawahnya, dalam keadaan mereka kekal di dalamnya. Itulah kejayaan (sebenar) yang besar. Sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya serta melampaui batas-batas syariat-Nya, akan dimasukkan oleh Allah kedalam api neraka, dalam keadaan dia kekal di dalamnya, dan baginya azab yang menghinakan. (An-Nisa‘: 13-14)

Tidak harus bagi mana-mana orang yang beriman, lelaki atau perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka (tidak harus) ada pilihan (yang lain) mengenai urusan mereka. Sesiapa yang derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (Al-Ahzab: 36)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *