Riya’ dan ’ujub perosak ibadat

RIYA’ DAN ‘UJUB:

FAKTOR UTAMA PEROSAK IBADAH

Menjaga dari perosak amal dengan:

  1. melakukan amal dengan ikhlas.
  2. mengingati kurniaan Allah.

Untuk menghindarkan mudharat iaitu tertolak amal ibadah.

Pengertian riya’

  • bahasa adalah :Riya’ ﺍﻟﺮﻳﺎﺀ)) berasal dari kata ﺍﻟﺮﺅﻳﺔ / ru’yah, yang bererti menampakkan atau memperlihatkan suatu amal kebaikan kepada sesama manusia.
  • Istilah adalah : Melakukan ibadah dengan niat supaya ingin dipuji manusia, dan tidak berniat beribadah kepada Allah SWT.
  • Hafidz Ibnu Hajar Al Asqolani dalam Kitab-Nya Fathul Baari Berkata :”Riya’ ialah menampakkan ibadah dengan maksud dan tujuan dilihat manusia. Lalu mereka memuji pelaku amalan itu”.
  • Imam Al-Ghazali, Riya’ ialah : Mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan.
  • Imam Habib Abdullah Haddad berpendapat bahwa Riya’ ialah : Menuntut kedudukan atau meminta dihormati dari pada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk dirinya.

 

KESAN RIYA‘

(2 ke‘aiban dan 2 bencana)

2 ke‘aiban riya‘:

  1. Terbongkarnya ke‘aiban rahasia iaitu celaan dihadapan malaikat (tidak ikhlas)
  2. Terbongkarnya ke‘aiban terang-terangan di hari kiamat dihadapan orang ramai.

2 balak bencana:

  1. Terluput syurga
  2. Masuk neraka.

 

2 JENIS RIYA’

  1. Riya’ semata-mata (Riya’ kholish): melakukan ibadah menghendak manfaat dunia sahaja seperti pujian dari manusia.
  2. Riya’ yang bercampur (Riya syirik): menghendaki manfaat dunia dan akhirat seperti melakukan solat dengan niat untuk menjalankan perintah Allah, dan juga kerana untuk mendapatkan pujian dari manusia, dan keduanya bercampur.

 

KASAD  DAPAT PAHALA  ATAU DOSA?

Ibadat seseorang dapat pahala atau dosa bergantung kepada kasadnya:

  1. Semata-mata riak = membatalkan pahala ibadat
  2. Kasad lebih kepada riak daripada kepada ibadat = membatalkan pahala ibadat
  3. Bersamaan kasad ibadat dengan kasad riak = tiada diberi pahala tetapi dapat dosa dan seksa
  4. Kasad lebih kepada ibadat daripada riak = tiada hilang pahala menurut kadar segala ibadatnya dan sah ibadatnya itu dan diberi pahala tetapi diseksa menurut kadar kasad riaknya itu atau dikurangkan pahala ibadatnya sekadar riaknya

 

PERBINCANGAN TENTANG RIYA’

  1. Adakah riya’ semata-mata boleh berlaku kepada orang arif? (m/s 244)
  2. Bagaimanakah pendapat paling kukuh?
  3. Adakah orang yang beramal menghendaki manfaat dunia dari Allah termasuk riya’? (m/s 249)
  4. Adakah seseorang yang membaca surah al-waqi’ah supaya Allah meluaskan rezekinya termasuk riya’ (252)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *