Riba

*”APA ITU RIBA”*

*Pengertian*

Riba berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tambahan (al-ziyadah), berkembang (an-numuw), meningkat (al-irtifa’), dan membesar (al-‘uluw).

Riba dapat diertikan sebagai pengambilan tambahan dalam transaksi pinjam meminjam, bahkan tambahan dalam transaksi jual beli yang dilakukan secara batil.

Riba terbahagi kepada dua jenis iaitu riba daripada hutang piutang (Ad-Duyun) dan riba daripada urusan jual beli (Al-Buyu’).

*Jenis-Jenis Riba*

1. Riba daripada hutang piutang (Ad-Duyun)

a) Al-Qardh
b) Al-Jahiliyyah

2. Riba daripada urusan jual beli (Al-Buyu’)
*Hanya berlaku kepada barang ribawi sahaja.

a) Al-Nasiah
b) Al-Fadhl

Huraian Jenis-Jenis Riba

*1. Riba Al-Qardh*

Riba ini berlaku apabila meletakkan sesuatu syarat tambahan terhadap sesuatu pinjaman atau hutang piutang yang dibuat.

Dalil pengharaman riba :

“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.”
(QS. Al Baqarah 275)

Contoh 1:

A memberi pinjam RM100 kepada B dalam tempoh 1 bulan dan meletakkan syarat B membayar semula sebanyak RM120 kepada A.
Penambahan RM20 adalah riba Al-Qardh.

Contoh 2 :

A meminjamkan pembakar kek kepada B dengan meletakkan syarat B mesti memberikan sebiji kek kepada A. Pemberian sebiji kek daripada B kepada A adalah tergolong riba Al-Qardh.

*2. Riba Al-Jahiliyyah*

Riba ini berlaku apabila meletakkan sesuatu syarat tambahan terhadap sesuatu pinjaman atau hutang piutang yang dibuat apabila melebihi tempoh yang telah ditetapkan.

Allah SWT melarang memakan riba yang berlipat ganda.

Dalil :

”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.”
(QS. Ali Imran:13)

Contoh :

A memberi pinjam RM100 kepada B dalam tempoh 1 bulan dan meletakkan syarat bayaran RM5 sehari selepas tempoh pinjaman tamat. Jika B terlewat 5 hari, bermakna B mesti membayar sebanyak RM25(RM5 x 5 hari) kepada A. Penambahan RM25 tersebut adalah tergolong riba Al-Jahiliyyah dan ia amat ditegah syarak.

*Riba Al-Qardh dan Al-Jahiliyyah tidak hanya tertakluk kepada pinjaman atau syarat tambahan wang sahaja. Apa-apa sahaja syarat tambahan daripada pinjaman tersebut adalah dilarang syarak.

Islam hanya membenarkan pinjaman tanpa syarat tambahan(al-Qardh Hasan).
Jika peminjam hendak memberikan hadiah/hibah kepada pemiutang(pemberi hutang) sebagai tanda terima kasih terhadap pinjaman tersebut adalah dibenarkan.

* Dalam perbankan Islam di Malaysia, produk pembiayaan yang ditawarkan seperti pembiayaan perumahan dan pembiayaan peribadi tidak dianggap pinjaman dan terlindung daripada riba hutang piutang (Ad-Duyun).

Ini kerana akad yang digunakan bukan akad pinjaman(Al-Qardh), tetapi akad selain daripada itu seperti MMQ (Musyarakah Mutanaqisah). Ia berbeza dengan perbankan konvensional yang terdedah kepada riba akibat pinjaman (Al-Duyun) yang ditegah.

*Pinjaman dan pembiayaan adalah berbeza.

*3. Riba An-Nasiah*

Riba ini berlaku apabila wujud penangguhan penerimaan dan penyerahan barang ribawi dengan barang ribawi yang lain. Riba ini akibat berlaku penambahan, perubahan dan perbezaan akibat penangguhan tersebut.

Contoh :

A membeli gelang emas dengan B pada 01.01.2016 dengan harga rm140/gram. B telah menyerahkan gelang emas tersebut pada masa tersebut kepada A, namun A telah menangguhkan bayaran gelang emas tersebut kepada 01.03.2016

Walaupun A dan B bersetuju dan rela hati terhadap perkara di atas, syarak tetap tidak membenarkan.

Kenapa syarak tidak membenarkan?

A akan mengalami kerugian jika hg emas pd 01.03.2016 adalah lebih murah berbanding 01.01.2016

B akan mengalami kerugian jk hg emas pd 01.03.2016 adalah lebih mahal berbanding 01.01.2016

* Agama sangat menitikberatkan keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan.

Dalil :

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ يَدًا بِيَدٍ فَمَنْ زَادَ أَوِ اسْتَزَادَ فَقَدْ أَرْبَى الآخِذُ وَالْمُعْطِى فِيهِ سَوَاءٌ

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar (tunai). Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa.”
(HR. Muslim no. 1584)

*4. Riba Al- Fadhl*

Merupakan jual beli atau pertukaran antara 2 barangan ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat (jika dijual dengan timbang) atau kuantiti (jika dijual secara bilangan kuantiti).

Contoh :

Menukar 10 gram emas (jenis 999) dengan 12 gram emas (jenis kualiti 916). Pertukaran jenis ini adalah haram kerana sepatutnya kedua-duanya mesti sama timbangan (contoh: 10 gram atau 12 gram). Perbezaan kualiti tidak memberikan kesan kepada hukum.

Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba Al-Fadhl dan riba’ An-Nasiah, iaitu :

i) Mesti sama berat atau kuantiti nya (walau berbeza kualiti dan harganya).

ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran).

Dalil :

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ مِثْلاً بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ يَدًا بِيَدٍ فَإِذَا اخْتَلَفَتْ هَذِهِ الأَصْنَافُ فَبِيعُوا كَيْفَ شِئْتُمْ إِذَا كَانَ يَدًا بِيَدٍ

“Jika emas dijual dengan emas, perak dijual dengan perak, gandum dijual dengan gandum, sya’ir (salah satu jenis gandum) dijual dengan sya’ir, kurma dijual dengan kurma, dan garam dijual dengan garam, maka jumlah (takaran atau timbangan) harus sama dan dibayar (tunai). Jika jenis barang tadi berbeda, maka silakan engkau membarterkannya (berurusniaga) sesukamu, namun harus dilakukan secara (tunai).”
(HR. Muslim no. 1587)

*Terdapat 2 syarat yang wajib dipenuhi agar terhindar daripada riba Al-Fadhl dan riba An-Nasiah iaitu :

i) Mesti sama berat atau kuantitinya (walau berbeza kualiti dan harganya).

ii) Transaksi pertukaran mesti dilakukan dalam satu masa atau satu majlis (maksudnya, pembeli dan penjual tidak boleh beredar sebelum menyerahkan barang pertukaran) melibatkan antara barang ribawi yang tidak sama jenis, kualiti dan sukatan.

Antara syarat-syarat lain penjualan barang-barang untuk mengelakkan riba

– Barang-barang ribawi yang sama jenis :

a) Hendaklah sama sukatan atau timbangan keduanya.
b) Hendaklah sama dengan tunai.
c) Hendaklah berterimaan (terimaan dan serahan di dalam majlis aqad)

– Barang-barang ribawi yang tidak sama jenis :

a) Hendaklah dengan tunai.
b) Hendaklah berterimaan di dalam majlis aqad.

– Jika barang pertukaran (barang ribawi) itu berlainan jenis seperti beras dan wang dan sebagainya tidak dikenakan apa-apa syarat dan boleh dijual beli sebagaimana dalam persetujuan antara kedua pihak.

– Jika jual beli/ pertukaran yang tidak melibatkan antara barang ribawi seperti perabot, kereta, rumah dan-lain, maka tidak disyaratkan seperti pada syarat barang ribawi di atas.

*Kesimpulan*

Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita berusaha untuk menjauhkan diri daripada amalan riba yang amat ditegahkan dalam Islam.

Pelaburan-pelaburan dalam skim cepat kaya dan pelaburan emas juga tidak terlepas daripada amalan riba jika tidak dipraktikkan dan diamati daripada perspektif agama.

Dalil :

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ فَأْذَنُوا۟ بِحَرْبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَٰلِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya :

“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”.
(QS Al-Baqarah : 279)

SANGGUPKAH KITA BERPERANG DENGAN ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW!!!!!

Moga bermanfaat

Wan Mohammad Helman Wan Hussin
Ijazah Sarjana Ekonomi Islam (UKM) dan sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah Ekonomi Islam
25 Oktober 2015
hijrahekonomi@yahoo.com

Moga sama2 kongsikan dengan kenalan@group2 lain agar kita semua mendapat iktibar dan pengajaran. Amin…

*Katakan tidak kepada riba!!!!

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *