Penerima Satu Perlapan dan Syaratnya

Penerima Satu Perlapan dan Syaratnya

Hanya isteri atau para isteri sahaja yang layak menerima satu perlapan (1/8) pusaka. Disyaratkan suaminya mempunyai anak atau anak kepada anak lelaki (walad al-ibni) sama ada lelaki atau perempuan. Demikian menurut ijmak ulamak. Dalilnya ialah firman Allah:

Seterusnya, jika kamu mempunyai anak, maka bagi isteri-isteri kamu satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan. (An-Nisa’: 12)

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Satu perlapan adalah untuk isteri atau para isteri
Jika bersama al-ibnu atau al-bint
Ataupun bersama walad al-ibni, oleh itu ketahuilah
Tanpa ragu-ragu bahawa kebersamaan ini merupakan  syaratnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *