A. Jual Beli yang Dibenarkan

A. Jual Beli yang Dibenarkan

Terdapat beberapa bentuk jual beli yang berbeza prosesnya berbanding dengan proses jual beli yang biasa diamalkan. Perbezaan ini menyebabkan Wujud salah faham bahawa jual beli seperti ini tidak dibenarkan. Atas dasar ini, para fuqahak menjelaskan tentang jual Beli ini secara khusus bagi menolak sebarang salah faham mengenai kesahihannya. Jual beli tersebnt adalah seperti berikut

1. Tauliah

Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya dengan harga asal (harga ketika membelinya) tanpa menyebutkan harganya. Atau pun penjual berkata kepada pembeli: Saya bersetuju dengan kontrak ini secara tauliah.

2. Isyrak (Berkongsi)

Jual beli ini hampir sama seperti tauliah tetapi hanya membabitkan sebahagian barangan yang dijual sahaja, bukan semua. Contohnya penjual berkata: “Saya serahkan separuh daripada kontrak ini kepada anda sebagai rakan kongsi dengan nilai separuh harga”, atau seumpama dengannya

Namun bahagian yang ingin djkongsi perlu dinyatakan dengan jelas. Jika bahagian tersebut tidak dinyatakan dengan jelas, contohnya penjual berkata: Saya serahkan kepada anda sebahagian daripada kontrak ini sebagai rakan kongsi, kontrak tersebut tidak sah kerana wujud ketidak jelasan. Walau bagaimanapun jika had perkongsian tersebut tidak dinyatakan dengan jelas, contohnya penjual berkata: “saya jadikan anda sebagai rakan kongsi saya dalam kontrak ini.”, kontrak tersebut diterima sah dan mereka memiliki hak yang sama rata.

2. Murabahah (Keuntungan)

Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya kepada pembeli dengan harga asal (harga ketika membelinya) dengan tambahan keuntungan mengikut kadar yang diketahui dan ditentukan. Contohnya, penjual berkata: Saya jual rumah ini dengan harga yang saya beli dengan tambahan untung 10%. Ataupun penjual berkata: Dengan ditambah sebuah kereta. Atau seumpamanya dan ini bermakna keuntungan tersebut tidak perlu sama dengan jenis bayaran yang ditetapkan.

3.Muhatatah ( ) atau Wadhi’ah

Penjual menjual barangan yang dibeli dan telah diterimanya kepada pembeli dengan harga asal berserta dengan potongan atau kerugian dengan kadar tertentu contohnya 10% atau seumpamanya. Jadi, jual beli muhatatah atau wadhi’ah berlawanan dengan jual beli murabahah.

Keempat-empat jual beli ini dibenarkan dan bertepatan dengan syarak. Dalil-dalilnya adalah seperti berikut:
i. Kesemua jual beli ini memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam jual beli. Semua jual beli ini termasuk dalam firman Allah:

Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli, dan mengharamkan riba.

(A1-Baqarah: 275)

ii. Beberapa jenis jual beli ini berpandukan kepada hadis mengenai hijrah yang panjang lebar iaitu apabila Abu Bakar r.a. berkata kepada Nabi s.a.w. “Ambillah salah satu daripada dua ekor untaku ini.” Nabi s.a.w. membalas: “Boleh tetapi dengan bayaran.” Secara zahirnya, apa yang dilakukan di sini merujuk kepada kontrak tauliah. Wallahu a’lam.

Semua jual beli ini perlu memenuhi syarat berikut untuk menjadikannya sah

Kedua-dua pihak perlu mengetahui harga asal pada masa kontrak dimeterai. Jika kedua-dua pihak atau salah satu pihak tidak mengetahui harga asal ketika kontrak dimeterai, jual beli tersebut tidak sah walaupun harga bersebut dapat diketahui ketika masih dalam majlis kontrak dan sebelum mereka berpisah.

Pembeli kedua tidak mengetahui harga asal barangan tersebut bukanlah suatu yang sukar diterima. Demikian juga dengan penjual kerana penjual juga mungkin terlupa harga asal atau pun atas sebab-sebab lain.

Perlu diingatkan di sini, jika penjual berkata: Saya jual dengan harga saya beli (dalam semua bentuk jual beli di atas), kenyataan seperti ini hanya merujuk kepada harga asal yang dibayar tidak termasuk perbelanjaan-perbelanjaan lain jika ada.

Jika penjual berkata: Saya jual kepada anda dengan kos yang saya tanggung. Kenyataan ini merujuk kepada segala perbelanjaan dalam jual beli tersebut termasuk upah pengangkutan, kos penyimpanan (stor) dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis jual beli lain yang dibenarkan seperti jual béli salam, njual beli barangan berunsur riba dan pertukaran matawang. Kita akan bincangkan semua bentuk jual beli ini selepas tajuk jual beli yang tidak dibenarkan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *