Qadha’ dan Qadar

21.1. Definisi Qadha’ dan Qadar
21.2. Perbuatan makhluk dan hubungannya dengan Qadha’ dan Qadar
21.3. Konsep redha

QADHA’ DAN QADAR

Sebermula qadha’ itu ialah kejadian, hukum yang tcrjadi dan yang berlaku pada diri manusia, misalnya seperti kaya
miskin, untung rugi, molek buruk, mati hidupnya, dan sebagainya.

Dan qadar itu iaitu ukuran dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk.

Misalnya seperti Zaid ditetapkan pada 13 Muharram akan susah, maka manakala tiba 13 Muharram, Zaid pun susah, maka ketentuan pada 13 Muharram itulah yang dikatakan qadar atau taqdir dan susah yang mengenai atas Zaid pada 13 Muharram itu dikatakan qadha’.

PEKERJAAN MAKHLUK DENGAN QADHA’ DAN QADAR

Tiap-tiap seorang hendaklah beri’tiqadkan segala-gala pekerjaan makhluk sama ada dengan sengaja, seperti; berdiri, duduk, makan, minum, ataupun tidak sengaja, seperti; jatuh, terantuk, terperanjat, kesemuanya itu berlaku dcngan kehendak Allah Ta’ala dan dengan taqdirnya yang tclah menentukan baginya di dalam azali dan dengan diketahuinya sebelum masa berlakunya.

Demikian juga wajib dii’tiqadkan segala gerak-geri anggotanya, baik atau jahat. Sungguhnya berlaku dengan kehendak takdir, qadha’ Tuhan sekadarkan yang baik dengan redhanya. Dan yang jahat itu bukan dengan redhanya dan bagi hamba ada mempunyai satu sifat kemahuan dan ianya mendapat pahala atas mengerjakan kcbajikan dan mendapat dosa atas mengerjakan kejahatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *