Had Wasiat

Had Wasiat

1 . Pewasiat digalakkan agar tidak mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga. Demikian berdasarkan hadis Saad bin Abi Waqqas r.a. katanya:

Rasulullah s.a.w. menziarahiku ketika Haji Wada’ ketika aku sedang sakit tenat hampir mati. Aku berkata: ”Wahai Rasulullah, aku kini tenat, dan aku seorang yang berharta, sedangkan aku tiada waris kecuali seorang anak perempuan. Apakah boleh aku bersedekah dengan dua pertiga hartaku?” Jawab baginda: “Tidak.” Aku bertanya: “Apakah boleh aku bersedekah dengan separuh hartaku?” Jawab baginda: ”Tidak. Satu pertiga sahaja. Satu pertiga pun sudah banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau tinggal mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta daripada orang ramai. Apa jua perbelanjaan yang engkau keluarkan semata-mata kerana Allah, nescaya engkau akan mendapat ganjarannya, termasuklah sesuap makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu. ”1

1 Hadis ini lafaz Muslim (1628) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Wasiat Satu Pertiga] dan diriwayatkan juga oleh Bukhari (2591) seumpama dengannya di dalam [Kitab Wasiat, Bab Meninggalkan Waris Kamu Kaya Lebih Baik Dari Membiarkan Mereka Meminta-minta Daripada Orang Ramai].

Namun apakah hukumnya jika pewasiat mencanggahi tegahan Rasulullah s.a.w. ini dengan mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga? ‘

Mazhab Syafie berpendapat bahawa Wasiat melebihi satu pertiga adalah makruh menurut syarak tetapi sah. Namun lebihan daripada satu pertiga tersebut hanya boleh diberikan dengan persetujuan
waris-waris si mati. Sekiranya mereka menolak, pertambahan ini terbatal menurut ijmak ulamak. Ini kerana kadar tambahan ini adalah hak pusaka mereka jika mereka bersetuju Wasiat itu boleh dilaksanakan bagi menunaikan kehendak pewasiat.

Jika pewasiat tidak mempunyai waris dengan ini dia telah mewasiatkan lebih daripada satu pertiga hartanya. Wasiat dia yang melebihi satu pertiga adalah terbatal kerana ia hak orang-orang Islam. Dia juga tidak dibenarkan berbuat demikian.

Oleh kerana itu ulamak-ulamak mazhab Syafie berpendapat wasiat adalah sunat kurang daripada satu pertiga berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. di dalam hadis tadi: “Satu pertiga sudah banyak. ”Ini juga berdasarkan kepada sebab saranan ini: ‘Sesungguhnya engkau meninggalkan waris-waris engkau dalam keadaan kaya adalah
lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta daripada orang ramai. ”
2. Harta yang diwasiatkan hendaklah dinilai ketika kematian pewasiat bukan ketika wasiat diumumkan kerana Wasiat adalah hak milik selepas kematian.

Sekiranya dia mewasiatkan satu ribu ringgit ketika dia memiliki harta sebanyak tiga ribu ringgit walau bagaimanapun ketika kematian pewasiat hartanya hanya bernilai dua ribu ringgit. Jadi, wasiat tersebut hanya dikira satu pertiga daripada dua ribu. Baikinya bergantung kepada persetujuan waris. Sekiranya mereka bersetuju wasiat ini boleh dilaksanakan jika tidak wasiat ini terbatal.

3. Satu pertiga tersebut dikira setelah dijelaskan segala hutang yang berkaitan dengan harta si mati atau tanggungan si mati.

Jika pewasiat mewasiatkan satu pertiga daripada hartanya. Maka satu pertiga ini hanya dikira setelah segala hutangnya dijelaskan.

Allah berfirman mengenai pusaka:

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutangnya.
                                                                                                    (An-Nisa’: 11)

Pelunasan hutang lebih diutamakan daripada melaksanakan wasiat sebagaimana menurut ijmak ulamak. Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak sehingga kehabisan segala hartanya maka Wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

Sekiranya wnsiat dan sedekah ketika sakit pewasiat melebihi satu pertiga tetapi tidak dipersetujui oleh waris ia perlu menurut beberapa prosedur ini:-

1. Jika sebahagian sedekah ini bersifat serta merta dan pemhagiannya tertangguh selepas mati, maka diutamakan
sedekah serta merta daripada yang tertangguh. Melaksanakan sedekah yang bersifat serta merta adalah wajib dan tidak boleh ditarik balik berbeza dengan yang tertangguh. Contohnya, jika seseorang itu mewakafkan rumahnya yang bernilai satu ribu ringgit, dan mewasiatkan satu ribu ringgit selepas kematiannya, sedangkan harta yang dimiliki selepas kematiannya hanya tiga ribu ringgit, maka wakafnya diutamakan daripada wasiatnya, dan wasiatnya dibatalkan, kecuali dengan keizinan waris lain. Ini kerana hanya satu pertiga daripada pusaka dia dibenarkan
untuk disedekahkan ketika nazak.

2. Sekiranya kesemua sedekahnya tertangguh selepas mati dan melebihi satu pertiga, jika sedekah ini tidak dipersetujui oleh waris, maka satu pertiga tersebut perlu dibahagi-bahagikan menurut bahagian yang ditetapkan untuk penerima sedekah.

Jika dia mewasiatkan kepada Zaid sebanyak 100, untuk Khalid sebanyak 50 dan untuk Amru sebanyak 50, sementara satu pertiga daripada hartanya hanya sebanyak 100, maka Zaid akan menerima 50, sementara Khalid dan Amru masing-masing menerima sebanyak 25.

3. Jika ketika nazak dia membuat pelbagai sedekah yang bersifat serta merta, seperti wakaf dan sedekah, sedangkan jumlahnya melebihi satu pertiga, maka dalam pemberian sedekah perlu diutamakan sedekah yang pertama, kemudian kedua, dan seterusnya sehingga cukup satu pertiga. Sedekah yang pertama mesti didahulukan kerana ia tidak perlu kepada persetujuan waris.

4. J ika sedekah yang bersifat serta merta ketika hampir mati ini terhimpun dalam satu bentuk maka nilai satu pertiga itu perlu dibahagikan sama rata tanpa sebarang keutamaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *