Penerima Satu Pertiga Pusaka dan Syaratnya
Terdapat dua golongan yang memperoleh satu pertiga (1/3) pusaka;
1. Ibu
Ibu memperoleh satu pertiga (1/3) pusaka dengan syarat:
i. Tiada furu waris si mati sama ada lelaki atau perempuan seperti anak lelaki (al-ibnu), anak perempuan (al-bint), anak lelaki kepada anak lelaki (ibnul ibni) atau anak perempuan kepada anak lelaki (bintul ibni).
ii. Tiada adik beradik lelaki (al~ikhwah) atau adik beradik perempuan (akhawat) si mati, dua atau lebih sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu. ‘
Dalilnya ialah firman Allah:
Seterusnya, jika si mati tidak mempunyai anak, dan dia diwarisi oleh ibubapanya, maka bagi ibunya satu pertiga. (An-Nisa’: 11)
2. Dua Orang atau Lebih Adik Beradik Seibu
Adik beradik seibu boleh mewarisi satu pertiga (1/3) jika bilangan mereka melebihi seorang sama ada lelaki atau perempuan atau bercampur. Bahagian satu pertiga (1/3) ini akan dibahagi di antara mereka secara sama rata tanpa dibezakan antara lelaki dan perempuan.
Mereka layak menerima satu pertiga (1/3) dengan syarat:
i. Tiada furu waris si mati seperti anak lalaki (al-ibnu), anak perempuan (al-bint), anak lelaki atau perempuan kepada anak lelaki (walad al-ibni).
ii. Tiada usul waris si mati seperti bapa atau datuk.
Dalilnya ialah firman Allah:
Seterusnya, jika adik beradik seibu itu lebih daripada seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (di mana bahagian lelaki dan perempuan adalah sama). (An-Nisa’: 12)
Dalam sesetengah kes, datuk juga mewarisi ‘satu pertiga (1/3) bersama-sama adik beradik kandung. Ini akan diperincikan lagi dalam tajuk datuk bersama adik beradik (seibqgxébapa atau sebapa).
Ar-Rahabi menyebut dalam nazéiinnya:
Satu pertiga adalah bahagian ibu jika tiada anak dan tiada adik beradik yang ramai
Iaitu dua atau lebih adik beradik lelaki atau perempuan Tanpa mengira sama ada lelaki mahupun perempuan
Dan tiada ibnul ibni bersamanya atau bintul ibni Bahagiannya adalah satu pertiga sebagaimana yang telah dijelaskan.
Begitu juga untuk dua lelaki atau dua perempuan seibu.
Walaupun bilangan mereka lebih daripada itu hak mereka tetap sedemikian
Hak mereka sama sahaja sama ada lelaki atau perempuan
Demikian sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran.