Manfaat Harta Wakaf

Manfaat Harta Wakaf

Manfaat harta Wakaf adalah hak penerima Wakaf sekiranya penerima Wakaf tersebut dikhususkan. Penerima ini berhak menggunakan harta Wakaf ini untuk dirinya atau bersama orang lain sama ada meminjamkannya atau menyewakannya.

Beliau juga mempunyai hak kepada hasilnya seperti hasil buah pokok yang diwakafkan atau hasil bagi haiwan yang diwakafkan seperti bulu, susu dan anak.

Jika penerima Wakaf tidak dikhususkan tetapi diserahkan kepada golongan tertentu seperti fakir miskin maka mereka tidak memiliki manfaatnya tetapi mereka berhak menggunakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *