Sepuluh Mabadi ilmu tauhid
Perkataan “mabadi”’ itu bahasa ‘Arab jama’ daripada mabda’, asal maknanya: Punca mula terbit, sebab maksudnya ialah keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ‘ilmu sebelum membaca atau belajar ‘ilmu itu. Hari ini orang sebut “Seri Pembukaan” atau ‘Anggaran Dasar”
Adalah mabadi ‘ilmu tauhid itu sepuluh perkara:
1. Nama ‘ilmu ini : Iaitu dinamakan ‘Ilmu Tauhid, ‘Ilmu Kalam, ‘Ilmu Ushuluddin. ‘Ilmu Sifat, ‘Ilmu ‘Aqaid dan Al-Iman.
2. Tempat ambilannya : Iaitu diterbitkan daripada Qur’an dan Hadith.
3. Kandungannya : Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan kepada Tuhan dan kepada Rasul-rasulNya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperoleh i’tiqad yang yakin, kepercayaan yang putus sekira-kira menaikkan perasaan bekerja dan ber‘amal menurut bagaimana kepercayaan itu.
4. Tempat bahasannya (maudhu’nya) kepada empat tempat:
Yang Pertama : Pada Dzat Allah Ta’ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, sifat-sifat yang mustahil atasNya, dan sifat yang harus padaNya.
Yang Kedua : Pada Dzat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib baginya, sifat-sifat yang mustahil atasnya dan sifat yang harus padanya.
Yang Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan ‘aradh-‘aradh sekira-kira keadaannya itu jadi pertunjukan dan dalil atas wujud yang menjadikan dia.
Yang Keempat: Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal syurga, neraka dan hal-hal hari qiamat.
5. Faedah ‘ilmu ini : Iaitu dapat mengenal Tuhan dan percayakan Rasul dan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.
6. Nisbah ‘ilmu ini dengan lain-lain ‘ilmu : Iaitu ‘ ilmu ini ialah ‘ilmu yang terbangsa kepada agama Islam yang paling utama sekali.
7. Yang menghantarkan : Iaitu yang pertama mereka yang mengaturkan titisan ‘ilmu tauhid dengan mendirikan dalilnya untuk menolak perkataan mereka yang menyalahi ialah daripada ‘ulama’-‘ulama’ yang masyhur, Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari dan Imam Abu Manshur Al-Maturidi, tetapi mereka yang pertama menerima ‘ilmu tauhid daripada Tuhan ialah Nabi Adam ‘Alaihissalam dan yang akhir sekali ialah Saiyidina Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam.
8. Hukumnya : Iaitu fardhu ‘ain atas tiap-tiap orang yang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Tuhan dengan jalan zjmal (ringkasan atau rangkum) dan dengan jalan tafsil (huraian atau satu-persatu) berserta dengan dalil ajmal. Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah.
9. Kelebihanya : Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ‘ilmu-‘ilmu yang lain kerana menurut hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
Ertinya: Sanya Tuhan tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada mengEsakan Tuhan dan jika ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya, nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang ruku’ selama~lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya.
Dan juga kerana ‘ilmu tauhid ini jadi asal bagi segala ‘ilmu-‘ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi kerana mulia maudhu’nya iaitu Dzat Tuhan dan Rasul, dari itu jadilah ia semulia-mulia ‘ilmu.
10. Kesudahan ‘ilmu ini : laitu dapat membezakan di antara ‘aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.