2.1. Pengertian Hukum ‘Aqal
2.2. Pengertian ‘Aqal
2.3. Bahagian Hukum ‘Aqal
2.4. Bahagian Wajib ’Aqli
2.5. Bahagian MustahiI’Aqli
2.6. Bahagian Harus ‘Aqli
2.7. Tanda-Tanda Yang Menunjukkan Hukum ‘Aqal
KENYATAAN YANG PERTAMA HUKUM ‘AQAL
Sesungguhnya tiap-tiap seorang yang hendak mengenal Allah Ta’ala dan mengetahui sifat-sifatNya, maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum ‘aqal dan bahagiannya, kerana ia jadi neraca bagi hendak menghukumkan sifat-sifat Tuhan yang diperintahkan mengenal itu. Sekalipun permulaan wajib atas tiap-tiap mukallaf mengenal Tuhan tetapi permulaan wajib untuk mengenal sifat-sifat Tuhan itu ialah mengetahui hukum-hukum ‘aqal.
A. PENGERTIAN HUKUM ‘AQAL
Hukum ‘aqal itu ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (bersalahan hukum ‘adi, yakni ‘adat) dan tidak tergantung kepada suatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf (bersalahan hukum syar’i).
B. PENGERTIAN ‘AQAL
Adalah ‘aqal itu satu sifat yang dijadikan Tuhan pada manusia sehingga dengan dia terbeza manusia daripada haiwan. Maka dengan dialah boleh menerima ‘ilmu nazhariyyuh (pengetahuan yang berkehendakkan fikir) dan boleh mentadbirkan segala-gala pekerjaan dengan fikiran yang halus-halus dan yang sulit-sulit dan daripadanya tempat terbit dan terpancarnya berbagai-bagai manfa‘at dan kebahagiaan bagi manusia. Tetapi kiranya ‘aqal itu bersendirian maka tidak akan dapat ‘aqal sejahtera , ‘aqal waras dan ‘aqal sihat melainkan berpandu kepada undang-undang syara’, demikian juga undang-undang syara’ tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada ‘aqal. Walhasil antara kedua-duanya itu berlaziman dan berhajat antara satu dengan yang lain (‘aqal berhajat kepada syara’ dan syara’ berhajat kepada ‘aqal)
C. BAHAGIAN HUKUM ‘AQAL,
Adalah hukum ‘aqal itu terbahagi kepada tiga bahagi. Kerana adalah ‘aqal itu berkehendak bekerja atas sekira-kira hal pada mematutkan sesuatu bagi dihukurnkan pada ‘ilmu tauhid, tiada sunyi daripada tiga perkara iaitu menghukumkan mesti ada atau menghukumkan mesti tiada, atau menghukumkan boleh menerima ada atau tiada.
Yang Pertama : Disebut wajib ‘aqli, iaitu perkara yang tiada diterima ‘aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima ada. Yang demikian apakala dikatakan wajib bagi Allah bcrsifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Tuhan bersifat qidam.
Yang Kcdua : Disebut mustahil ‘aqli, iaitu perkara yang tiada diterima ‘aqal akan adanya, hakikatnya mesti tiada, yang demikian apakala dikatakan mustahil Tuhan baharu maka maksudnya tiada sekali-kali Tuhan itu baharu.
Yang Ketiga : Disebut harus ‘aqli, iaitu perkara yang diterima ‘aqal adanya dan tiadanya dengan jalan berganti-ganti, maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seorang itu ada kalanya boleh ia bergerak atau diam.
D. BAHAGLAN WAJIB ‘AQLI
Adalah wajib ’aqli terbahagi dua:
1. Wajib ‘Aqli Dharuri (senang mudah): Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan mendirikan kenyataan-kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua.
2. Wajib ‘Aqli Nazhari : Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan wajib wujud Tuhan yang menjadikan ‘alam ini, maka tidak dengan senang menghukumkan Wajib wujud Tuhan itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendirikan dalil.
E. BAHAGIAN MUSTAHIL ‘AQLI
Adalah mustahil ‘aqli terbahagi dua:
1. Mustahil ‘Aqli Dharuri : laitu menghukumkan suatu itu tetap tiada dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti menghukumkan tiada terima ‘aqal satu itu separuh daripada tiga.
2. Mustahil ‘Aqli Nazhari : Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima ‘aqal ada yang menyengutu bagi Allah Ta’ala maka tidak dengan senang ‘aqal menghukumkan mustahil ada syarik (yang menyengutu) bagi Allah Ta’ala itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendirikan dalil.
F. BAHAGIAN HARUS ‘AQLI
Adalah harus ‘aqli itu terbahagi dua:
1. Harus ‘Aqli Dharuri : Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada secara jalan berganti-ganti dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendirikan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu ada kalanya ia bergerak atau diam.
2. Harus ‘Aqli Nazhari : laitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti memberi Tuhan orang Islam yang tiada ber‘amal itu pahala, maka tidak dengan senang ‘aqal menghukumkan hal itu harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Tuhan memperlakukan seperti itu.
G. TANDA-TANDA YANG MENUNJUKKAN HUKUM ‘AQAL
Andaikata apabila kita dapati kemudian daripada “wajib” perkataan “bagi” atau “pada” maksudnya wajib ‘aqli. Apabila kita dapati kemudian daripada “mustah1’l ” perkataan “was” atau “pada” maksudnya mustahil ‘aqli dan apabila kita dapati kemudian daripada ”wajib” perkataan “atas” maksudnya wajib syar’i (barang yang diperbuat dapat pahala dan ditinggalkan dapat dosa)