Percayakan Malaikat

18.1. Definisi malaikat
18.2. Bilangan malaikat
18.3. Tugas-tugas malaikat
18.4. Melihat malaikat
18.4.1. Tidak boleh dilihat dengan mata kasar
18.4.2. Boleh dilihat malaikat yang berupa manusia

PERCAYAKAN MALAIKAT

Sungguhnya hendaklah kamu percaya dan beri’tiqad adalah malaikat itu satu daripada makhluk Allah Ta’ala dijadikan daripada cahaya. Mereka itu tiada makan, tiada minum, bukan lelaki dan bukan perempuan, tiada ibu dan bapa. Mereka itulah hamba-hamba Allah yang mulia, tiada sekali-kali menderhaka kepada Tuhan, bahkan ia sentiasa mengerjakan apa-apa yang diperintahkan kepadanya, bagaimana firman Tuhan:

Ertinya:  malaikat-malaikat itu tidak menderhakai Allah Ta ’ala pada apa-apa yang dzperintahkan lee atas mereka itu. (Surah At-Tahrim: Ayat 6)
Setengah-setengah malaikat itu ada yang ruku’ sahaja, ada yang sujud sahaja, ada yang bertasbih sahaja dan ada yang membuat berbagai-bagai kerja yang ditentukan Tuhan ke atasnya. Maka bilangan mereka itu tidak dapat diketahui, hanya wajib kita beri’tiqad ada bagi Tuhan beberapa banyak malaikat yang tiada dapat diketahui bilangannya, tetapi wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui dengan jalan tafiil sebanyak 10 malaikat.

  1. Jibra’il: Kerjanya membawa wahyu daripada Tuhan kepada rasul dan menurunkan musibah ke atas mereka yang membuat ma’siat.
  2. Mikail: Kerjanya menurunkan rezeki ke dunia dengan perintah Tuhan.
  3. Israfil: Kerjanya meniup sangkakala dengan dua kali tiup (sckali kerana mematikan tiap-tiap yang bernyawa dan sekali lagi kerana menghidupkan semula).
  4. Izra’il. Kerjanya mengambfl nyawa.
  5. Malik. Kerjanya menunggu pintu neraka.
  6. Ridhwan. Kerjanya menunggu pintu syurga.
  7. Raqib. Kerjanya menulis kebajikan.
  8. ‘Atid. Kerjanya menulis kejahatan.
  9. Munkar. Kerjanya menyoal mereka yang mati.
  10. Nakir. Kerjanya menyoal mereka yang mati.

A. MANUSIA BOLEH NAMPAK MALAIKAT

Kiranya keadaan malaikat itu berupa seperti asalnya nescaya manusia tidak boleh nampak melainkan anbiya’ jua kerana jisim malaikat terlalu halus, sama juga seperti manusia tidak boleh nampak angin pada hal angin itu ada penuh di dalam dunia ialah kerana keadaannya halus

Tetapi jika malaikat itu telah berupa yang kasar seperti berupa manusia, maka pada dapatlah manusia melihat akan dia.

Adapun nabi-nabi dan rasul-rasul dapat mclihnt malaikat atas rupanya yang asal kerana nabi-nabi dan rasul-rasul ada satu kelebihan yang dianugerahkan oleh allah ta’ala kepada mereka itu supaya dapat mempelajari pelajaran agama dan hukum-hukum syara’ daripadanya.

B. CARA-CARA MENGENAL MALAIKAT YANG BERUPA MANUSIA

Maka sebahagian daripada mereka-mereka yang melihat malaikat yang bukan rupa asalnya bahkan atas rupa manusia ialah sahabat Rasulullah ketika malaikat turun kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bercakap-cakap dengan nabi sebagaimana nabi bercakap dengan sahabat-sahabatnya. Ia merupakan dirinya seperti seorang sahabat nabi yang bernama (Dihyatul Kalsi) dan adakala ia berupa seorang yang segak dengan pakaian putih lagi bersih.

Maka pada mula-mulanya scorangpun tidak mengetahui ia malaikat, hanya disangkakan iaitu seorang daripada sahabat Rasulullah atau seorang yang baharu datang kepada Rasulullah jua tetapi kemudian daripada ia telah meninggalkan nabi, maka Rasulullah pun mengkhabarkan dan menerangkan yang datang itu malaikat Jibra’il.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *