NUSYUZ

Takrif Nusyuz

Nusyuz bermaksud derhaka dan tidak taat. Perkataan ini diambil daripada perkataan an Nu’zu, dengan syin bersukun atau berbaris di atas.

Isteri nusyuz bermaksud isteri menderhakai dan tidak mentaati suami sebagaimana yang diwajibkan oleh Allah Taala.

Ibnu Faris berkata: “Isteri nusyuz bermaksud: berdegil dan menderhakai suaminya. Firman Allah Taala: –

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan nusyuz (derhaka).
(An-Nisa‘: 34)

Hukum Nusyuz

Hukum nusyuz adalah haram. Ia adalah salah satu daripada dosa besar. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu isterinya tidak datang dan suami tidur dalam keadaan marah, maka malaikat akan melaknat isteri itu sehingga subuh.

1 Riwayat Bukhari dan Muslim darlpada Abu Hurairah r.a..

Dalam riwayat Muslim disebut:

Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, mana-mana lelaki yang mengajak isterinya ke tempat tidur tetapi dia enggan, maka penghuni langit akan marah kepadanya sehinggalah suaminya reda kepadanya.’

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Demi Allah yang diriku berada di tangan-Nya, seseorang isteri tidaklah menunaikan hak Tuhannya sehinggalah dia menunaikan hak suaminya.?

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab apabila isteri bermalam dengan meninggalkan tempat tidur suaminya; dan Muslim dalam kitab nikah, bab pengharaman isteri enggan tidur di tempat tidur suaminya.
2 RiwayatAhmad, 4/381; dan lbnu Majah dalam kitab nikah, bab hak suami ke atas isterinya no. 1853.

 

Bagaimana Nusyuz Berlaku?

Isteri dikira menderhaka terhadap suami apabila dia tidak lagi taat serta engkar terhadap suaminya. Contohnya isteri keluar rumah tanpa alasan yang munasabah dan tanpa kebenaran suami atau dia bermusafir tanpa kebenaran dan keredaannya; atau isteri tidak membuka pintu rumah supaya suarninya boleh rnasuk; atau dia menghalang suaminya daripada menyetubuhinya tanpa alasan yang munasabah seperti sakit; atau suami memanggil isterinya, tetapi tidak diendahkannya dengan membuat halnya sendiri; atau lain-lain.

Cara Mengatasi Nusyuz

Jika isteri menunjukkan tanda-tanda nusyuz, seperti tidak melayani suami dan bermasam muka (sebelum ini dia seorang yang lembut dan manis muka), atau bercakap kasar yang luar daripada kebiasaan, maka suami digalakkan memberi peringatan berdasarkan al-Quran dan mengingatkannya tentang kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah, iaitu bergaul dengan baik dan mengiktiraf kedudukan suami.

Suami juga digalakkan mémberi amaran dengan mengingatkan nya kepada kemurkaan Allah s.W.t. dan balasanNya. Suami juga digalakkan mengingatkannya kepada sabda Rasulullah s.a.w.:

Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suami reda kepadanya, dia akan masuk syurga.’

Apabila isteri bermalam dengan meninggalkan tempat tidur suaminya, para malaikat akan melaknatnya sehingga subuh.2

1 Riwayat Tirmizi dalam kitab penyusuan, bab hadis-hadis mengenai hak suami terhadap isteri, no. 1161; dan lbnu Majah dalam kitab nikah, bab hak suami ke atas isteri, no. 1853.
2 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab apabila isteri tidur dengan meninggalkan tempat tidur suaminya; dan Muslim dalam kitab nikah, bab pengharaman isteri enggan tidur di tempat tidur suaminya. .

 

Jika dengan peringatan tersebut isteri kembali mentaati suami, al-hamdulillah dan itulah sebaik-baiknya.

Jika nusyuz semakin jelas dan berterusan, suami hendaklah tidur berasingan. Ini kerana tindakan tersebut boleh mendatangkan kesan yang baik untuk mengajarnya.

Maksud tidur berasingan ialah tidak tidur bersama isteri dan tidak rnenyetubuhinya. Jika isteri kembali mentaati suaminya,itulah yang sebaik-baiknya. Jika isteri terus dengan nusuznya, suami boleh memukul isterinya dengan pukulan mendidik yang tidak terlalu menyakitkan (tidak mendera), tidak melukakan dan tidak mematahkan tulang, tidak memukul muka dan tempat-tempat lain yang boleh mencacatkan.

Tindakan memukul dilakukan jika dijangkakan dia akan insaf. Tetapi jika sememangnya diketahui pukulan tidak berkesan malah menambahkan masalah, sepatutnya dia tidak dipukul.

Dalil kepada apa yang kami nyatakan ialah firman Allah

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka, hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan yang ringan dengan tujuan untuk mengajar). Jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(An-Nisa‘: 34)

Jika perselisihan suami isteri tidak ‘dapat diselesaikan oleh mereka berdua, dan mereka meminta pertolongan orang lain, perkara ini hendaklah dibawa kepada pemerintah (hakim). Pemerintah mestilah melantik dua orang pengantara muslim, adil dan tahu cara menyelesaikannya. Disunatkan seorang daripadanya adalah daripada
keluarga suami dan seorang lagi daripada keluarga perempuan.

Kedua-dua pengantara (orang tengah) ini hendaklah bertindak sebagai wakil suami isteri tersebut. Kedua-dua perantara disyaratkan mendapat persetujuan suami isteri sebagai wakil masing-masing. Kedua-dua perantara ini akan berusaha rnencari jalan perdamaian untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Mereka hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.

Sekiranya berjaya, itulah sebaik-baiknya. Sekiranya gagal suami hendaklah mewakilkan kepada pengantaranya untuk menceraikan isterinya dan menerima bayaran khulu’ daripada isterinya. Isteri juga hendaklah mewakilkan kepada pengantaran untuk rnenyerahkan bayaran khulu’ jika dia seorang yang waras dan menerima penceraian tersebut.

Kedua-dua pengantara hendaklah émenceraikan pasangan suami isteri tersebut jika mereka berdua berpendapat itulah jalan penyelesaiannya. Jika mereka berselisih pendapat dan tidak dapat mencapai kata sepakat, pemerintah (hakim) hendaklah melantik dua orang pengantara lain sehingga mereka boleh mencapai kata sepakat.

Jika kedua-dua suami isteri tidak bersetuju dengan kedua-dua pengantara tersebut dan tidak ada apa-apa perkembangan terhadap masalah mereka, pemerintah hendaklah menghukum suami atau isteri yang berlaku zalim, dan mendapatkan hak untuk suami atau isteri yang dizalimi. Hukuman yang dijatuhkan hendaklah berdasarkan keterangan dua orang perantara yang dilantik. Allah Taala berfirman:

Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri), maka lantiklah orang tengah (untuk mendamaikan mereka, iaitu) seorang daripada keluarga lelaki dan seorang lagi daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang tengah itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui lagi amat mendalam pengetahuanNya.
(An-Nisa‘: 35)

Suami Nusyuz

Jika suami berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak dalam pembahagian giliran bermalarn atau hak nafkah atau,
atau bertindak kasar terhadap isteri, isteri hendaklah memperingatkan suaminya terhadap haknya yang mesti ditunaikan seperti isteri memperingatkannya dengan firman Allah Taala:

Dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) kamu itu dengan cara yang baik. Jika kamu merasa benci kepada mereka (disebabkan tingkah laku mereka, maka janganlah kamu terburu-buru menceraikan mereka), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak (untuk kamu).
(An-Nisa‘: 19)

Isteri juga hendaklah mengingatkan suaminya dengan sabda Rasulullah s.a.w.:

Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya, dan saya adalah orang yang paling baik di kalangan kamu kepada ahli keluargaku.’
 
Terimalah pesananku supaya berbuat baik kepada kaum wanita (termasuk para isteri)?

1 Riwayat Tirmizi dalam kitab al-manakib, bab kelebihan isteri-isteri Nabi s.a.w., no. 3892 daripada Sayyidatina Aisyah r.ha..
2 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab wasiat tentang kaum wanita, no. 4890; Muslim dalam kitab penyusuan, bab wasiat tentang kaum wanita, no. 1468, daripada Abu Hurairah r.a..

Isteri juga hendaklah memberi amaran kepada suami akibat buruk kezalimannya. Jika peringatan tersebut berkesan
itulah yang terbaik. Jika tidak berkesan, masalah tersebut dibawa kepada pemerintah (qadi) untuk dia (isteri)
mendapatkan haknya. Ini kerana qadi dilantik untuk mengembalikan hak kepada empunya hak dan isteri yang tidak mampu mendapatkan secara sendirian. .

Qadi mesti mewajibkan suami memberikan hak giliran bermalam, menunaikan segala hak isteri dan tidak berlaku
zalim terhadap isteri.

Jika suami berkelakuan buruk dan menyakitkan isteri dengan memukulnya atau mencela isteri tanpa sebab, qadi hendaklah melarangnya daripada berkelakuan sedemikian. Jika suami melakukannya kembali, isteri boleh menuntut agar qadi menjatuhkan hukuman ta’zir terhadap suaminya. Qadi hendaklah menjatuhkan hukuman ta’ zir dalam bentuk yang boleh menyedarkan suami.

Jika perselisihan berpanjangan, qadi boleh melantik dua orang perantara sebagaimana yang telah kami sebutkan sebelum ini untuk menyelesaikannya. Atau menceraikan mereka berdua jika jalan penyelesaiaan menjadi buntu. Firman Allah Taala:

Jika seorang perempuan bimbang (akan timbul) nusyuz daripada suaminya, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang baik). Perdamaian itu lebih baik (bagi mereka daripada bercerai berai).
(An-Nisa‘: 128)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *