Beberapa Masalah Talak

Penutup: Beberapa Masalah Talak

  1. Jika seorang lelaki bukan berbangsa Arab melafazkan talak menggunakan Bahasa Arab sedangkan dia tidak mengetahui maknanya, talak itu tidak jatuh, kerana dia tidak berniat demikian. Tetapi jika dia melafazkan talak menggunakan bahasanya, talak itu jatuh, sekalipun dia tidak berniat talak.
    Hukum ini berlaku selagi lafaz yang digunakan adalah lafaz sorih (jelas), iaitu tidak boleh ditafsirkan selain daripada makna talak. Jika lafaz yang digunakan tidak sorih (ielas), ia memerlukan niat, agar talak tersebut jatuh sebagaimana talak yang diucapkan menggunakan bahasa Arab.
  2. Seorang lelaki berkata kepada isterinya: ”     (aku bercerai daripada kamu). Jika dia berniat talak, talak itu jatuh.
    Jika tidak, talak tidak jatuh. Ini kerana lafaz tersebut bertukar menjadi lafaz kinayah (kiasan) disebabkan dia menyandarkan sesuatu bukan pada tempatnya. Dengan ini, niat diperlukan dalam menentukan jatuh talak atau tidak.
  3. Suami berkata kepada isterinya: “Aku ceraikan kamu. Aku ceraikan kamu. Aku ceraikan kamu.” Jika suami diam seketika di antara ketiga-tiga ayat tersebut, jatuhlah talak tiga, jika ‘uruf menganggap diam tersebut sebagai pemisah antara ayat-ayat yang dilafazkan. Mahkamah tidak boleh ménerima dakwaannya yang mengatakan dia melafazkannya sebanyak tiga kali untuk menzahirkan kesungguhannya, kerana ia bertentangan dengan zahir ayat. ‘ Jika suami menyebutnya secara bersambung tanpa berhentl (tidak dipisahkan oleh pemisah seperti dalam masalah di atas), jika dia melakukannya dengan niat menguatkan lagi kata katanya, maka jatuh talak satu. Jika dia berniat talak tiga, jatuh talak tiga. Jika dilafazkan tanpa mempunyai apa-apa niat (bukan untuk menguatkan kata-kata, dan bukan juga untuk menjatuhkan talak tiga), maka jatuh talak tiga berdasarkan zahir lafaz yang digunakan.
  4. Jika suami berkata kepada isterinya: “Insya Allah (jika Allah kehendaki) aku ceraikan kamu,” talak tersebut tidak jatuh jika dia berniat mengaitkannya dengan kehendak Allah. Ini kerana kita tidak tahu kehendak Allah. Jika suami tidak berniat mengaitkannya dengan kehendak Allah tetapi berniat mengambil berkat, atau tidak mempunyai sebarang niat, maka jatuh talak tersebut.
  5. Isteri mencerca suami, seperti berkata: “Wahai si bodoh,” atau “wahai si dungu,” dan suami pula menjawab: “Jika aku ini seperti yang kamu katakan, aku ceraikan kamu.” Jika suami berkata demikian sebagai membalas kata-kata isterinya dan menzahirkan kemarahannya dengan ancaman talak, sebagaimana isterinya rnenzahirkan kemarahannya dengan celaan itu, maka talak tersebut jatuh walaupun suaminya tidak bodoh atau dungu. Ini seolah-olah suami berkata: “Jika engkau menyangka aku seperti itu, aku ceraikan kamu.”  Jika suami bermaksud mengaitkan talak dengan wujudnya kebodohan atau kedunguan, atau suam1 menyebutnya tanpa mempunyal maksud tertentu, maka hukumnya sama seperti talak ta’lik. Jika suami tidak bodoh atau dungu, talak tersebut tidak jatuh. Jika suami benar-benar bodoh atau dungu seperti yang dikatakan, talak tersebut jatuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *