Penerimaan Barangan yang Dijualbeli dan Tanggungjawabnya

Penerimaan Barangan yang Dijualbeli dan Tanggungjawabnya

Setelah selesai sesuatu kontrak jual beli dan jual beli tersebut memenuhi kesemua rukun serta syarat yang ditetapkan, jika ketika itu barangan tersebut masih berada di tangan penjual, maka ia berada dalam tanggungjawab penjual. Ini bermakna, jika barangan tersebut rosak atau dirosakkan oleh penjual, jual beli tersebut akan terbatal dan pembeli tidak perlu memikul sebarang tanggunawab. Sebaliknya pembeli boleh mengambil semula wangnya jika pembayaran telah dibuat. Jika pembeli telah menerima barangan tersebut, tanggung-jawab tersebut kjni berada di tangan pembeli. Jika barangan tersebut dirosakkan, pembeli adalah orang yang bertanggungjawab.

Bentuk penerimaan barangan yang dijualbeli adalah bergantung kepada jenis barangan yang dijualbeli. Ini kerana setiap jenis barangan ada bentuk penerimaannya.

Bagi barangan jenis harta boleh‘ alih, bentuk penerimaannya boleh berlaku dengan cara mengambilnya dengan tangan jika barangan tersebut boleh diambil dengan tangan. Contohnya baju, buku atau sebagainya. J ika barangan tersebut tidak boleh diambil dengan tangan seperti kereta, haiwan atau sebagainya, penerimaan boleh dilakukan dengan cara memindahkan barangan tersebut.

Bagi barangan jenis harta tidak boleh alih seperti rumah dan tanah, penerimaan boleh berlaku dengan cara penjual melepaskan haknya kepada pembeli atau pembeli menguasainya atau penjual mengenepikan segala halangan untuk penyerahannya atau dengan penyerahan kunci jika barangan tersebut rumah atau sepertinya.

Penerimaan mestilah berlaku dengan kebenaran penjual kerana padaasalnya barangan tersebut adalah miliknya. Oleh itu, barangan tersebut tidak boleh diambil tanpa keizinannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *