Talak yang Dimiliki oleh Suami
Kita mengetahui bahawa talak pada asalnya adalah milik suami. Dalilnya ialah firman Allah Taala:
Atau pihak yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin itu sepenuhnya).
(A1-Baqarah: 237)
Pihak yang memegang ikatan nikah ialah suami.
Walau bagaimanapun, isteri boleh mendapatkan hak talak dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya:
- Jika dia dimudaratkan oleh suaminya.
- Jika suami cuai dan tidak memenuhi sebahagian daripada hak-hak isteri. Kemudian hubungan di antara mereka berdua tidak lagi dapat diperbaiki. Pada waktu ini qadi boleh menjatuhkan talak dengan keinginan isteri.
Selepas itu kita bertanya: Berapa kalikah suami berhak menjatuhkan talak ke atas isterinya kerana pada asalnya dia adalah pemilik hak tersebut?
Allah telah menjawab soalan ini dengan menetapkan bilangan talak yang dimiliki oleh suami melalui firman-Nya:
Talak (yang boleh rujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu, bolehlah dia (rujuk dan) memegang terus
(isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah: 229)
(Sesudah diceraikan dua kali itu), jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain.
(A1-Baqarah: 230)
Ayat di atas menerangkan, suami berhak menceraikan isterinya sebanyak tiga kali. Dua daripadanya adalah talak raj‘ie (boleh ru]uk kernbali) dan talak ketiga ialah talak yang tidak boleh dirujuk melainkan dengan syarat yang akan kita sebutkan nanti.
Ibnu Abbas r.huma. berkata:
Pada asalnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, dia berhak rujuk kembali, sekalipun dia menceraikannya
dengan talak tiga. Kemudian Allah membatalkan hukum itu dan berfirman:
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.
(al-Baqarah: 229)‘
Maksudnya talak yang suami boleh rujuk kembali hanya dua kali sahaja.Oleh itu, ijmak ulama mengatakan bahawa suami memiliki tiga talak, dan talak yang ketiga adalah talak bain yang selepasnya tidak boleh rujuk lagi. Dia hanya boleh rujuk kembali dengan beberapa syarat yang akan diterangkan nanti insyaAllah.
1 RiwayatAbu Daud dalam kitab talak, bab pemansuhan rujuk selepas talak tiga, no. 2195 dan Nasaie dalam talak, bab pemansuhan rujuk selepas talak tiga, 6/212.