Pengertian Keluarga
Keluarga dari segi bahasa ialah kelompok individu yang mempunyai hubungan rapat dengan lelaki tertentu.
Dari segi istilah, keluarga dalam sistem Islam ialah satu sel atau kelompok yang mengandungi bapa, ibu, datuk, nenek, anak lelaki dan perempuan serta cucu-cucu.
Keluarga merupakan Tiang Asas bagi Masyarakat
Jika individu merupakan batu-bata yang paling penting dalam pembentukan masyarakat, keluarga pula merupakan sel yang paling penting untuk menghidupkan asas tersebut. Individu merupakan satu juzuk daripada keluarga yang
mengambil ciri-ciri istimewa keluarga tersebut. Firman Allah Taala:
(Mereka berkembang biak sebagai) satu keturunan zuriat yang sebahagiannya berasal daripada sebahagian yang lain.
(Ali Imran: 34)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah semulajadi. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi atau Kristian atau Majusi, sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan telinganya terpotong?’
Fitrah bermaksud keadaan semulajadi yang dijadikan oleh Allah untuk kebaikan. Fitrah ini merupakan asal kejadian manusia sebagaimana haiwan yang melahirkan anaknya dengan anggota yang sempurna tanpa mempunyai kecacatan.
Telinganya terpotong bermaksud kecacatan ini berlaku setelah kelahirannya. Kecacatan ini timbul kerana pengaruh alam sekitar dan juga hasil perbuatan manusia atau sebagainya. Keadaan ini juga berlaku kepada manusia. Istiqamah atau penyelewengannya adalah hasil daripada persekitaran atau suasana tempat ia dibesarkan.
Oleh sebab itu dapatlah dikatakan bahawa individu adalah sebahagian daripada keluarga. Keluarga pula adalah sebahagian daripada rnasyarakat. Keluarga menjadi tiang asas kepada masyarakat. Jika keluarga itu baik maka individu juga akan baik. Jika individu baik maka keluarga juga akan turut baik dan masyarakat juga akan menjadi baik.
Gambaran Penekanan Islam kepada Keluarga
Islam amat mengambil berat terhadap institusi keluarga. Ini dapat dilihat melalui undang-undang dan syariat yang dibuat oleh Islam untuk menyusun institusi kekeluargaan. Berikut adalah sebahagian daripada contoh yang boleh dipaparkan:
1. Perintah supaya Berkahwin
Perintah ini dilakukan untuk membentuk institusi kekeluargaan kerana keluarga tidak akan wujud tanpa perkahwinan. Setiap hubungan seks yang berlaku di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan adalah zina. Allah s.w.t. berfirman:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Al-Isra‘: 32)
1 Riwayat Muslim dalam kitab qadar, bab maksud setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, no. 2658 daripada Abu Hurairah r.a..
Dan (dihalalkan kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan mereka (yang suci) daripada kalangan perempuan-perempuan yang beriman.
(Al-Maidah: 5)
2. Islam Menetapkan Tangggungjawab dan Hak-hak Suami dan Isteri
Islam mewajibkan suami dengan perkara-perkara berikut:
i. Mas kahwin.
Firman Allah Taala:
Dan berikanlah kepada perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
(An-Nisa‘: 4)
ii. Nafkah.
Firman Allah Taala: .
Dan kewajiban bapapula ialah memberi makan danpakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(Al-Baqarah: 233)
Sabda Rasulullah:
Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.’
iii. Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik.
Firman Allah:
1 Riwayat Muslim dalam kitab haji, bab haji Nabi s.a.w., no. 1218. Hadis ini panjang.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang baik.
(An-Nisa‘: 19)
Islam juga mewajibkan isteri dengan beberapa perkara:
i. Taat kepada suami dalam perkara yang bukan maksiat.
Firman Allah:
Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita.
(An-Nisa‘: 34)
ii. Tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredhaan suami.
Snbda Rasulullah s.a.W.:
Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri-isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya di atas hamparanmu (memasuki rumahmu).’
Imam Nawawi r.h.m. berkata: “Isteri-isteri tidak boleh membenarkan seseorang yang kamu benci untuk masuk dan tinggal didalam rumah kamu.”
iii. Menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta-benda suami.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
’I’idakkah kamu mahu aku tunjukkan kamu kepada sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang solehah yang apabila suami melihatnya, dia mengembirakan suaminya; apabila suami rnenyuruhnya, dia taat; dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.’
1 Riwayat Muslim berno. 1218.
3. Islam Mensyariatkan Hak Anak dan Hak Ibu-bapa
Islam telah mewajibkan ibubapa dengan beberapa kewajiban terhadap anak-anak:
i. Nafkah.
Firman Allah Taala.
Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya (nafkahnya).
(At-Tolaq : 6)
Allah mewajibkan bayaran upah kepada ibu yang menyusu sebagai nafkah kepada anak.
ii. Mendidik anak-anak supaya sentiasa beribadat dan berakhlak.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Didiklah anak-anak kamu dengan tiga sifat: cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu, dan membaca al-Quran?
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Ketahuilah, semua kamu adalah penjaga dan bertanggung jawab terhadap jagaan kamu. Pemerintah yang memerintah rakyatnya bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki menjadi penjaga terhadap keluarganya, dan dia bertanggung jawab terhadap mereka. Isteri adalah penjaga rumah suaminya dan anak-anaknya, dan dia bertanggung jawab terhadap mereka. Hamba adalah penjaga harta tuannya, dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Ketahuilah, setiap kamu, adalah penjaga. Setiap kamu bertanggungjawab dan
akan ditanya mengenai penjagaannya.’
1 RiwayatAbu Daud dalam kitab zakat, bab hak harta benda, no. 1664. Hadis ini dihukum sahih oleh Hakim dalam kitab al-Mustadrak.
2 Riwayat Dailami. Sila lihat buku al-Jami’ ash-Shoghir, karangan Imam as-Suyuthi.
Islam juga mewajibkan anak-anak dengan beberapa kewajiban terhadap ibubapa:
Taat kepada kedua-dua ibu-bapa dalam perkara yang tidak maksiat serta berbuat baik kepada mereka.
Firman Allah Taala:
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) telah perintahkan supaya kamu semua tidak menyembah melainkan Ia semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu-bapa.
(Al-Isra‘: 23)
Dan bergaullah dengan mereka di dunia ini dengan cara yang baik. .
(Luqman: 15)
Memberikan nafkah kepada kedua ibu-bapa sekiranya mereka fakir miskin dan anak pula adalah orang yang senang.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sesungguhnya antara sebaik-baik harta yang dimakan oleh seorang lelaki ialah daripada hasil usahanya sendiri. Dan anaknya juga adalah daripada usahanya sendiri.
Kamu dan harta kamu adalah hak bapamu. Sesungguhnya anak-anak kamu adalah antara sebaik-baik usaha kamu. Maka makanlah daripada hasil usaha anak-anak kamu.’
Banyak lagi hukum berkaitan penyusunan hidup berkeluarga yang telah ditetapkan oleh Islam. Hukum-hukum dan syariat ini menunjukkan betapa Islam memberikan perhatian yang amat serius terhadap keluarga serta penjagaannya.
Dikeluarkan oleh Bukhari dalam kitab Jumaat, bab Jumaat di kampung dan di bandar, no. 853; Muslim dalam kitab pemerintahan, bab kelebihan pemerintah yang adil, no. 1829; dan lain-lain.