Hikmah Disyariatkan Wasiat

Hikmah Disyariatkan Wasiat

Jika menurut kaedah syarak, Wasiat tidak harus kerana ia ketika mana pewasiat tidak lagi mempunyai hak ke atas hartanya. Ini kerana kematian membatalkan hak miliknya.

Walau bagaimanapun Allah Yang Maha Bijaksana telah mengharuskan wasiat kerana ia membawa faedah kepada si
kaum keluarganya dan masyarakat amnya. Pewasiat menerima faedah apabila dia menerima ganjaran dan pahala kerana wasiatnya. Kebaikan dia ini juga akan sentiasa disebut-sebut selepas kematiannya.

Kaum keluarganya juga menerima faedah kerana kebiasaannya wasiat ditujukan kepada kaum keluarga yang tidak menerima sebarang pusaka.  Dengan ini mereka boleh menerima sebahagian daripada harta pusaka tersebut melalui Wasiat. Pada kebiasaannya juga, mereka ini terdiri daripada orang-orang yang amat memerlukannya.

Faedah yang diterima oleh masyarakat pula ialah, Wasiat merupakan salah satu cara untuk menyumbang kepada kepentingan tertentu seperti pembinaan masjid, sekolah, perpustakaan, hospital dan sebagainya. Ada juga di antara Wasiat ini yang ditujukan kepada golongan seperti fakir miskin, anak-anak yatim ataupun ilmuwan.

Dengan ini Wasiat bolehlah dianggap sebagai suatu sistem sosial di dalam sistem takaful sosial didalam sistem Islam kerana faedah dan kebaikan sistem ini amat jelas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *