Dua Kalimah Syahadah

Pengertian dan huraian dua kalimah syahadah

WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH

Maka termasuklah di dalam makna kata “wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”  itu, iaitu empat sifat yang wajib bagi Rasul:

  1. Siddiq.
  2. Amanah.
  3. Tabligh.
  4. Fathonah.

Dan lawannya empat sifat, iaitu:

  1. Dusta.
  2. Khianat.
  3. Menyembunyikan.
  4. Bodoh.

Dan satu sifat yang harus pada Rasulullah berjumlah sembilan sifat, maka inilah sekurang-kurang ‘aqa’id yang masuk pada kalimah yang tersebut itu.

EMPAT PERKARA LAGI MASUK PADA KALIMAH ITU

Selain daripada sembilan sifat yang tersebut itu ada empat perkara lagi masuk pada makna kata “wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah”( ).

  1. Percayakan Anbiya’.
  2. Percayakan sekalian Malaikat.
  3. Percayakan segala Kitab.
  4. Percayakan Hari Qiamat.

Kerana keempat-empat perkara yang di atas ini Nabi Muhammad Shallalllahu ‘alaihi wasallam yang mengkhabarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *