ANAK BUANGAN (AL-LAQITH)

Takrif al-Laqith

Al-Laqith ( ) bermaksud: kanak-kanak yang dibuang di jalan atau di mana-mana tempat, dan tidak ada sesiapa yang mengakuinya sebagai anaknya

Dalil Disyariatkan Mengambil Anak Buangan

Dalil yang menunjukkan mengambil anak buangan adalah disyariatkan berdasarkan kepada al-Quran dan sunnah:
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah Taala:

Dan berbuatlah kebaikan mudah-mudahan kamu berjaya.
(al-Hajj: 77)


Dan bertolong-menolonglah dalam (membuat) perkara-perkara kebaikan dan ketakwaan.
(Al-Maidah: 2)

Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang, seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia kesemuanya.
(A1-Maidah: 32)

Dalil daripada sunnah ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesiapa yang melepaskan salah satu kesusahan seseorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan salah satu kesusahannyapada H ari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan seseorang yang susah, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Allah akan membantu seseorang hamba selagi mana dia membantu saudaranya.

Sahl bin Saad r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Saya dan penjaga anak yatim di dalam syurga seperti ini, sambil baginda menunjukkan kedua-dua jari telunjuk dan jari hantunya (untuk menunjukkan betapa rapatnya hubungan di antara kedua-duanya)?
Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang tidak mengasihani manusia, dia tidak akan dikasihani oleh Allah?

1 Riwayat Muslim dalam kitab zikir, doa dan taubat, bab kelebihan berkumpul kerana membaca al-Quran…, no. 2699; dan lain-lain, daripada Abu Hurairah r.a..
2 Riwayat Bukhari dalam kitab adab, bab kelebihan orang yang menyara anak yatim, no.5679.
3 Riwayat T|rmizi dalam kitab kebajikan dan silaturrahim, bab hadis tentang rahmat kepada manusia, no 1923, daripada Jarir bin Abdillah r.a..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *