Implikasi Wakaf dan Hukum berkaitan
Wakaf merupakan akad yang berlangsung serta merta sebaik sahaja akadnya disahkan. Berbeza dengan wasiat yang merupakan akad yang harus untuk dibatalkan. Jadi, wakaf berhubung kait dengan beberapa hukum berikut:
1. Tiada sebarang khiyar di dalam Wakaf. Apabila diwakafkan hartanya secara sah maka pewakaf tidak mempunyai hak khiyar majlis ataupun khiyar syarat.
2. Hak milik harta Wakaf tersebut berpindah kepada Allah s.w.t.. Oleh itu pemilik asalnya tidak boleh bertindak seolah-olah harta tersebut adalah miliknya sama ada menjualnya, menghadiahkannya atau sebagainya.
3. Hak penggunaannya berpindah kepada pihak yang dikurniakan Wakaf tersebut sama ada khusus atau umum.