KECACATAN YANG MEMBOLEHKAN FASAKH NIKAH DAN KESANNYA

 KECACATAN YANG MEMBOLEHKAN FASAKH NIKAH DAN KESANNYA

Kita akan membahagikan perbincanganini kepada dua iaitu kecacatan yang membolehkan fasakh nikah dilakukan dan kesan daripada fasakh nikah yang disebabkan oleh kecacatan yang berlaku.

PERTAMA:  KECACATAN YANG MEMBOLEHKAN FASAKH NIKAH

Kecacatan yang membolehkan fasakh nikah terbahagi kepada dua:

1. Kecacatan yang boleh menghalang daripada berlakunya persetubuhan seperti terputus kemaluan atau mati pucuk bagi lelaki dan lubang faraj tertutup disebabkan tumbuhnya tulang atau daging bagi perempuan.

2. Kecacatan yang tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan tetapi terdapat penyakit menjijikkan atau merbahaya yang menyebabkan pasangan suami isteri tidak dapat hidup bersama kecuali terpaksa menanggung kesusahan (kemudaratan) seperti kusta, sopak dan gila.

Pembahagian Kecacatan Jika Dilihat kepada Suami Isteri

Kecacatan yang dilihat kepada pasangan suami isteri terbahagi kepada tiga bahagian:

1. Kecacatan yang boleh berlaku kepada suami dan isteri seperti kusta, sopak dan gila.

2. Kecacatan yang khusus kepada isteri sahaja iaitu tumbuh daging atau tulang yang menutup lubang faraj. ‘

3. Kecacatan yang khusus kepada suami sahaja iaitu terputus zakar atau mati pucuk.

Kecacatan yang Boleh Berlaku kepada Suami dan Isteri

Jika suami atau isteri mendapati pasangannya mempunyai penyakit gila, kusta atau sopak, dia mempunyai pilihan untuk fasakhkan nikah, sama ada dia juga mempunyai penyakit tersebut ataupun tidak. Ini kerana manusia merasa jijik melihat kecacatan orang lain tetapi tidak merasa jijik jika kecacatan tersebut ada pada dirinya sendiri.

Dalil Wujudnya Pilihan Disebabkan Kecacatan Ini ‘

Dalil seseorang mempunyai pilihan sama ada memfasakhkan nikah atau tidak disebabkan pasangannya mempunyai kecacatan yang disebutkan di atas ialah hadis berikut:

Nabi s.a.w. telah berkahwin dengan seorang perempuan daripada kabilah Ghifar. Setelah dibawa masuk kepada
baginda s.a.w.’, Baginda mendapati pada pinggangnya terdapat penyakit sopak. Baginda pun bersabda: “Pakailah pakaianmu, dan kembalilah kepada keluargamu. ”Baginda juga bersabda kepada keluarga perempuan itu: “Kamu telah menyembunyikan kecacatannya daripadaku. “

Imam Syafie meriwayatkan bahawa Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. telah memisahkan pasangan suami isteri disebabkan penyakit kusta, sopak dan gila. Tindakan seperti ini diambil berdasarkan petunjuk Rasulullah s.a.w.. Dalam hadis sahih, disebutkan :

Larilah daripada pesakit kusta, sebagaimana kamu lari daripada singa?

Imam Syafie berkata dalam kitab karangannya al-Umm: Penyakit sopak dan kusta boleh menjangkiti pasangan. Hampir-hampir tidak ada seorangpun yang merasa selesa untuk berjimak dengan pasangan yang menghidapi penyakit itu.”

1 Riwayat Baihaqi (7/214) daripada lbnu Umar r.huma..
2 Riwayat Bukhari dalam kitab perubatan, bab kusta, no. 5380.

Kecacatan yang Khusus kepada Isteri ,

Jika suami mendapati kemaluan isterinya tertutup disebabkan tulang atau daging yang tumbuh, dia berhak memfasakhkan perkahwinan kerana kecacatan ini menghalang daripada mencapai maksud perkahwinan iaitu persetubuhan.

Kecacatan yang Khusus kepada Suami ‘ “

Jika isteri mendapati kemaluan suaminya terpotong atau mati pucuk, dia mempunyai hak fasakh.

Mawardi meriwayatkan bahawa ulama sepakat menyatakan isteri boleh memilih untuk fasakh jika kemaluan suaminya didapati terpotong atau mati pucuk kerana kecacatan itu menghalang maksud perkahwinan.

Kecacatan Berlaku Selepas Akad Nikah –

Jika kecacatan yang disebutkan sebelum ini berlaku kepada suami atau isteri selepas akad nikah sama ada selepas persetubuhan atau sebelumnya, kecacatan tersebut boleh menghalang persetubuhan seperti terpotong kemaluan, atau mati pucuk bagi suami, atau lubang faraj isteri tertutup disebabkan daging atau tulang yang tumbuh atau kecacatan tersebut tidak menghalang daripada berlakunya persetubuhan seperti sopak, kusta dan gila, pasangannya boleh memilih untuk fasakh nikah sama seperti kecacatan yang telah dibincangkan sebelum ini. ‘

Walau bagaimanapun, mati pucuk yang Berlaku selepas persetubuhan dikecualikan daripada hukum di atas. Dalam masalah tersebut isteri hilang hak untuk memilih fasakh kerana maksud nikah di pihak isteri iaitu mas kahwin dan persetubuhan telah tercapai.  Perkara tersebut telah sempurna sebelum berlakunya mati pucuk

Mengubati Kecacatan ‘

Jika lubang faraj yang tertutup boleh diubati dengan melakukan pembedahan dan isteri pula bersetuju untuk melakukannya, ketika itu suami tidak ada pilihan untuk fasakhkan nikah kerana tidak ada sebab yang membolehkan fasakh.

Begitu juga jika penyakit gila, sopak dan kusta boleh diubati, hak fasakh dibatalkan kerana tiada faktor yang membawa kepada fasakh.

Hak Wali untuk Fasakhkan Nikah

Wali perempuan mempunyai hak fasakh jika dia mendapati pengantin lelaki mempunyai kecacatan sebelum berlakunya akad nikah. Hak ini ada pada wali sama ada pengantin perempuan setuju dengan fasakh tersebut ataupun tidak. Ini kerana wali akan merasa malu dengan kecacatan yang berlaku.

Wali tidak mempunyai hak untuk fasakhkan nikah jika kecacatan berlaku selepas persetubuhan. Ini kerana pada adatnya, rasa malu tidak menimpanya, berbeza dengan kecacatan yang berlaku sebelum akad.

Begitu juga Wali tidak mempunyai hak untuk fasakhkan nikah disebabkan kecacatan mati pucuk dan terpotong kemaluan yang berlaku sebaik sahaja selepas akad. Ini kerana mudarat itu hanya dihadapi oleh isteri sahaja dan dia meredainya. Pada adatnya rasa malu tidak menimpa wali.

Fasakh dengan Segera

Hak fasakh nikah kerana kecacatan yang disebutkan di atas (apabila ia wujud) hendaklah dilakukan dengan segera kerana ia adalah khiar aib. Rasa tidak puas hati (tidak reda) hendaklah segera dikemukan. Pengantin perempuan, begitu juga pengantin lelaki mestilah segera membawa perkara itu kepada hakim (qadi) untuk meminta fasakh.

Jika salah seorang daripada mereka mengetahui kecacatan pasangannya tetapi mendiamkan diri sahaja, haknya untuk fasakhkan perkahwinan terbatal. Kecuali jika dia tidak tahu bahawa dia berhak meminta fasakh maka haknya masih kekal.

Memerlukan Keputusan Qadi

Pengantin lelaki atau pengantin perempuan tidak boleh memfasakhkan sendiri perkahwinan mereka disebabkan berlakunya kecacatan yang telah disebutkan. Mereka mesti membawa perkara itu kepada qadi serta meminta qadi memfasakhkan nikah tersebut. Jika kecacatan terbukti wujud, qadi hendaklah memfasakhkan perkahwinan itu.

Tempoh kepada Suami yang Mati Pucuk

Jiku terbukti suami mati pucuk, qadi hendaklah memberikan tempoh kepadanya selama setahun berdasarkan kalendar hijrah. Ini dilakukan dengan andaian kecacatan itu akan hilang dengan berubahnya musim. Jika andaian itu tepat, itulah yang lebih baik.  Jika sebaliknya, perkahwinan itu hendaklah difasakhkan.

Dalilnya ialah kata-kata Umar bin al-Khattab r.a. mengenai suami yang mati pucuk: “Dia diberi tempoh selama setahun. Jika dia mampu (bersetubuh), perkahwifian dikekalkan. Jika tidak, mereka hendaklah dipisahkan dan isteri berhak mendapat mas kahwin serta mempunyai edah.”‘

Bagaimana Mensabitkan Suami Mati Pucuk

Semua kecacatan yang disebutkan di atas disabitkan dengan pengakuan atau laporan doktor. Kecuali mati pucuk, ia hanya disabitkan dengan pengakuan suami di hadapan qadi (hakim). Ataupun isteri bersumpah ketika suami enggan bersumpah apabila qadi memintanya bersumpah untuk membuktikan bahawa dia bukan seorang yang mati pucuk.

KEDUA: KESAN DARIPADA FASAKH NIKAH YANG OLEH KECACATAN YANG BERLAKU

Jika berlaku fasakh nikah atas permintaan suami atau isteri disebabkan kecacatan-kecacatan di atas, maka fasakh itu berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya, atau kecacatan itu berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya.

1. Jika fasakh berlaku sebelum persetubuhah, mas kahwin dikenakan. dan tidak ada bayaran mut’ah untuk isteri.
Ini kerana jika kecacatan itu berlaku kepada suami, isteri yang meminta fasakh. Oleh sebab itu dia tidak mendapat
apa. Jika kecacatan itu berlaku kepada isteri, isteri juga tidak mendapat apa-apa kerana penceraian itu adalah disebabkan oleh kecacatan yang ada padanya dan seolah-olah dia yang melakukan fasakh.

2. Jika fasakh berlaku selepas persetubuhan, manakala kecacatan pula berlaku sebaik saja selesai akaq, atau berlaku di antara akad dan persetubuhan, dan suami tidak menyedarinya, isteri wajib mendapat mahar misil.

3. Jika fasakh dan kecacatan berlaku selepas persetubuhan, isteri wajib mendapat semua mas kahwin yang telah dlsebutkan ketika akad. Ini kerana mas kahwin mesti dibayar dengan berlakunya persetubuhan sebelum wujudnya sebab-sebab fasakh. Berlakunya kecacatan selepas persetubuhan tidak merubah hakikat tersebut.

Suami Tidak Boleh Menuntut Balik Mas Kahwin daripada Orang yang Menipunya

Suami tidak boleh menuntut balik mas kahwin daripada wali atau isterinya yang menipunya. Ini kerana dia telah mendapat manafaat daripada faraj isterinya yang dinilai ketika akad. Gambaran penipuan yang berlaku ialah isteri atau wali tidak menceritakan kecacatan isteri kepada suaminya, dengan syarat kecacatan itu berlaku sebelum persetubuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *