Nafkah Anak Terbuang

Nafkah Anak Terbuang

Apabila seseorang telah mengarnbil anak terbuang, dan din
dibenarkan terus menjaganya disebabkan semua syarat di atas telah
dipenuhi, beberapa perkara berikut perlu diteliti;

  1. Adakah terdapat harta bersama anak itu?
  2. Atau tidak ada harta bersamanya?

Jika terdapat harta bersama anak itu, ia dikira milik anak itu kerana dia yang menguasainya dan tidak ada sesiapa yang mempertikaikannya. Harta itu perlu dibelanjakan untuk keperluan anak tersebut. Ketika itu pemerintah hendaklah membelanj akannya.
Ini dilakukan dengan memberikan keizinan kepada penjaganya untuk membelanjakan harta tersebut demi kepentingan dan keperluan anak itu. Jika penjaga membelanjakannya tanpa keizinan qadi atau hakim (pemerintah), dia hendaklah menggantikannya. Dia bertanggung jawab mengembalikan nilainya kepada anak tersebut.

Konsep yang sama diterima pakai bagi harta simpanan anak yatim yang dijaga oleh wali. Jika wali membelanjakan simpanan tersebut tanpa keizinan hakim (pemerintah), harta yang sama sepertinya atau nilainya hendaklah dipulangkan kembali kepada anak yatim itu

Perbelanjaan harta ini tertakluk kepada keizinan hakim (pemérintah). Ini kerana hak penguasaan terhadap harta anak hanya sabit untuk bapa dan datuk sahaja. Oleh itu Waris lain, lebih-lebih lagi orang luar yang tidak ada hubungan keluarga dengan anak tersebut sudah tentu tidak mempunyai hak penguasaan terhadap harta tersebut

Oleh kerana hakim (pemerintah) adalah wali mutlak kepada sesiapa yang tidak mempunyai wali, maka pemerintahlah yang menjadi rujukan dalam membelanjakan harta kanak-kanak itu. Ini boleh dilakukan dengan pemerintah sendiri yang membelanjakan harta tersebut, atau memberikan keizinan kepada penjaganya untuk membelanjakan harta anak jagaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *