TIGA ILMU YANG WAJIB DITUNTUT:
- ILMU TAUHID
- ILMU FEQAH
- ILMU TASAWUF
Tahap kefardhuan dalam ilmu tauhid:
Sekadar dapat mengetahui tentang usuluddin mengenai ketuhanan, kenabian dan perkara-perkara sam’iyat seperti malaikat dan perkara yang berkaitan dengan alam akhirat .
Tahap kefardhuan dalam ilmu tasawuf:
Mengenal segala yang diwajibkan dan segala yang dilarang sehingga terhasil perasaan mengagungkan Allah Taala ikhlas baik niat serta terselamat daripada cacat cedera.
Tahap kefardhuan dalam ilmu feqah:
Segala perkara yang difardhukan untuk dilaksana seperti bersuci, sembahyang dan puasa.
Adapun zakat ,haji dan jihad jika sudah tertentu fardhunya keatas anda nescaya anda wajib mengetahuinya, tetapi jika tidak menjadi kefardhuan kerana belum cukup syarat maka tidak wajib mengetahuinya.
Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambahkan ketakutan terhadap Allah, menambahkan peglihatan mata hati pada segala keaiban dan makrifat ibadat pada Tuhan,mengurangkan kegemaran pada dunia, menambah kegemaran pada akhirat,membuka mata hati pada perkara yang merosakkan amalan sehingga menampakkan segala tipu daya syaitan.
BERILMU TANPA BERGURU….? BERAMAL TANPA ILMU….?
Kata Imam Ghazali :
Ilmu tanpa amal adalah gila, amalan tanpa ilmu adalah sia-sia