Dalil Talak Disyariatkan
Dalil talak disyariatkan adalah berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.
Dalil-dalil daripada al-Quran
Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) dipegang terus
(isteri itu) dengan cara yang sepatutnya, atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik.
(A1-Baqarah: 229)
Wahai Nabi, apabila engkau (dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya.
(At-Tolaq: 1)
Dalil-dalil daripada sunnah
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah Taala ialah talak.’ ‘
Ibnu Umar r.huma. berkata:
Saya mempunyai seorang istéri yang saya cintai, tetapi bapa saya membencinya. Bapa meminta saya menceraikannya, tetapi saya enggan. Dia membawa perkara itu kepada Nabi s.a.w.. Baginda bersabda: “Wahai Abdullah bin Umar, ceraikan isterimu.
1 RiwayatAbu Daud dalam kitab talak, bab makruh talak, no. 2178; dan Ibnu Majah dalam permulaan kitab talak, no. 2018. ‘
2 Riwayat Tirmizi dalam bab-bab talak, bab hadis-hadis mengenai lelaki yang diminta oleh bapanya supaya menceraikan isterinya, no. 1189; Ibnu Majah dalam kitab talak, bab lelaki yang diminta oleh ayahnya supaya menceraikan isterinya, no. 2088; dan Abu Daud dalam kitab adab, bab berbuat baik kepada kedua ibu bapa, no. 5138.
Dalil daripada ijmak ulama :
Semua ulama bersepakat mengatakan talak disyariatkan. Tidak ada seorang pun yang mengingkarinya.