Apabila Suami Menceraikan Isterinya dengan Talak Tiga

4. Apabila Suami Menceraikan Isterinya dengan Talak Tiga

Jika suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, sama ada dilafazkan secara berasingan atau sekali gus dengan satu lafaz sahaja sebelum atau selepas persetubuhan, talak tersebut adalah talak bain. Suami tidak boleh rujuk kembali walau dengan apa cara sekalipun sama ada semasa edah atau selepas edah melainkan selepas melalui lima peringkat:
i. Edah dengan suami yang menceraikannya telah selesai.
ii. Selepas selesai edah, bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain dengan akad yang sah.
iii. Bekas isteri disetubuhi oleh suami barunya dengan persetubuhan yang sebenar.
iv. Suami barunya menceraikannya.
v. Edahnya dengan suami baru telah selesai.

Selepas itu jika bekas suami ingin rnemperisterikannya semula, dia boleh berbuat demikian berdasarkan persetujuan bekas isterinya dan dengan rnaskahwin dan akad yang baru. Firman Allah Taala: .

(Sesudah diceraikan dua kali itu), jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau dia diceraikan (oleh suami barunya itu dan habis edahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.
(Al-Baqarah: 230)

Aisyah r.ha. menceritakan:

Isteri Rifaah al-Qurazi telah datang berjumpa Nabi s.a.w. dan berkata: “Aku berkahwin dengan Rifaah. Kemudian dia telah menceraikan aku dengan talak tiga. Selepas itu aku berkahwin dengan Abdur Rahman bin az-Zubair, tetapi alat sulitnya seumpama benang yang tidak ditenun di tepi kain. ” Baginda bertanya: “Adakah kamu ingin kembali semula kepada Rifaah? Tidak boleh, sehingga kamu merasai ’madu’ Abdur Rahman, dan dia merasai ’madu’mu.” 1

Maksud ”merasai madu”ialah merasai nikmat bersetubuh.

Hikmat Meletakkan Syarat Di atas

Hikmat meletakkan syarat-syarat di atas sebelum seseorang lelaki dibenarkan mengahwini semula bekas isterinya yang diceraikan dengan talak tiga ialah supaya suami menjauhkan diri daripada melakukan talak tiga.


  1. Riwayat Bukhari dalam kitab penyaksian, bab penyaksian orang yang bersembunyi, no. 2496; dan Muslim dalam kitab nikah, bab suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak dihalalkan mengahwini bekas isterinya kembali sehingga dia berkahwin lain,. no. 1433. ‘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *