Kesimpulan Hukum Rujuk

Kesimpulan Hukum Rujuk

Melihat kepada keharusan merujuk kembali isteri yang telah diceraikan, talak boleh dibahagikan kepada:

    1. Talak raj ‘ie: iaitu isteri diceraikan dengan talak satu atau talak dua selepas berlaku persetubuhan dan edahnya belum selesai.
      Hukumnya: suami diharuskan merujuk kembali berdasarkan keinginannya sendiri menggunakan akad dan mas kahwin yang lama.
    2. Talak ba’in bainunah sughra: iaitu isteri diceraikan:
      i. dengan talak satu atau talak dua dan persetubuhan belum berlaku.
      ii. dengan talak satu atau talak dua, persetubuhan telah berlaku dan edahnya telah selesai.
      iii. secara khulu’ (tebus talak).
      Hukumnya: suami boleh hidup bersamanya semula dengan mengadakan akad dan mas kahwin yang baru berdasarkan persetujuan dan keredaan bekas isterinya.
    3. Talak ba’in bainunah kubro: iaitu isteri diceraikan dengan talak tiga, sama ada sebelum persetubuhan atau selepas.
      Hukumnya: bekas suami tidak boleh hidup bersamanya kembali melainkan setelah bekas isterinya berkahwin dengan lelaki lain sebagaimana yang kita telah jelaskan sebelum ini.

 

Apabila Suami Menceraikan Isterinya dengan Talak Tiga

4. Apabila Suami Menceraikan Isterinya dengan Talak Tiga

Jika suami menceraikan isterinya dengan talak tiga, sama ada dilafazkan secara berasingan atau sekali gus dengan satu lafaz sahaja sebelum atau selepas persetubuhan, talak tersebut adalah talak bain. Suami tidak boleh rujuk kembali walau dengan apa cara sekalipun sama ada semasa edah atau selepas edah melainkan selepas melalui lima peringkat:
i. Edah dengan suami yang menceraikannya telah selesai.
ii. Selepas selesai edah, bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain dengan akad yang sah.
iii. Bekas isteri disetubuhi oleh suami barunya dengan persetubuhan yang sebenar.
iv. Suami barunya menceraikannya.
v. Edahnya dengan suami baru telah selesai.

Selepas itu jika bekas suami ingin rnemperisterikannya semula, dia boleh berbuat demikian berdasarkan persetujuan bekas isterinya dan dengan rnaskahwin dan akad yang baru. Firman Allah Taala: .

(Sesudah diceraikan dua kali itu), jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau dia diceraikan (oleh suami barunya itu dan habis edahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.
(Al-Baqarah: 230)

Aisyah r.ha. menceritakan:

Isteri Rifaah al-Qurazi telah datang berjumpa Nabi s.a.w. dan berkata: “Aku berkahwin dengan Rifaah. Kemudian dia telah menceraikan aku dengan talak tiga. Selepas itu aku berkahwin dengan Abdur Rahman bin az-Zubair, tetapi alat sulitnya seumpama benang yang tidak ditenun di tepi kain. ” Baginda bertanya: “Adakah kamu ingin kembali semula kepada Rifaah? Tidak boleh, sehingga kamu merasai ’madu’ Abdur Rahman, dan dia merasai ’madu’mu.” 1

Maksud ”merasai madu”ialah merasai nikmat bersetubuh.

Hikmat Meletakkan Syarat Di atas

Hikmat meletakkan syarat-syarat di atas sebelum seseorang lelaki dibenarkan mengahwini semula bekas isterinya yang diceraikan dengan talak tiga ialah supaya suami menjauhkan diri daripada melakukan talak tiga.


  1. Riwayat Bukhari dalam kitab penyaksian, bab penyaksian orang yang bersembunyi, no. 2496; dan Muslim dalam kitab nikah, bab suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga tidak dihalalkan mengahwini bekas isterinya kembali sehingga dia berkahwin lain,. no. 1433. ‘

Suami Menceraikan Isteri dengan Talak Satu atau Talak Dua Selepas Persetubuhan

3. Suami Menceraikan Isteri dengan Talak Satu atau Talak Dua Selepas Persetubuhan

Jika suami menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua selepas menyetubuhinya, suami dibolehkan merujuk kembali dengan menggunakan akad dan maskahwin yang lama. Keputusan tersebut berada di tangannya selagi edah isterinya masih berbaki.

Dalilnya jelas melalui firman Allah:

Dan suami-suami mereka berhak merujuk mereka kembali dalam masa edah mereka, jika suami-suami itu bertujuan hendak berdamai. ‘ ‘
(Al-Baqarah: 228)

Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu, bolehlah dia (merujuk dan) memegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya, atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah: 229)

Umar r.a. meriwayatkan:

Rasulullah s.a.w. menceraikan Hafsoh r.ha., kemudian Baginda merujuknya kembali.1

Cara Rujuk

Untuk kembali semula kepada ikatan nikah, cukuplah dengan suami berkata: “Aku rujuk engkau kembali kepada perlindungan dan akad nikahku.”

Pengakuan tersebut sunat disaksikan oleh dua orang saksi. Dalilnya ialah firman Allah Taala:

Dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujuk atau melepaskan isteri).
(At-Tolaq: 2)

Jika suami rujuk kembali, dia masih lagi mempunyai baki talaknya. Kalau isterinya diceraikan dengan talak satu, dia masih mempunyai dua talak lagi. Jika isterinya diceraikan dengan talak dua, dia hanya mempunyai satu talak sahaja lagi.

Jika suami tidak rujuk kembali sehingga isteri selesai edahnya, ketika itu suami tidak lagi mempunyai peluang untuk rujuk.Untuk mereka kembali hidup bersama, akad dan mas kahwin baru hendaklah dilakukan dengan persetujuan bekas isteri. Ia dilakukan sebagaimana perkahwinan baru. Dalilnya ialah firman Allah Taala:

Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis edah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) itu bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak).
(A1-Baqarah: 232)

Jika suami masih lagi mempunyai hak untuk rujuk kembali setelah selesai edahnya, sudah tentulah bekas isterinya tidak dibenarkan berkahwin dengan lelaki lain yang disukainya.


1  Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kitab talak, bab rujuk, no. 2283.

Perceraian Secara Khulu’

2. Perceraian Secara Khulu’

Jika suami menceraikan isterinya secara talak khulu’, ia menjadi talak bain. Mereka tidak boleh rujuk kembali rnelainkan dengan mengadakan akad dan mas kahwin yang baru, sama seperti perkahwinan baru. Hukum ini meliputi talak khulu’yang berlaku sebelum persetubuhan atau selepasnya.

 

Suami Menceraikan Isteri Sebelum Menyetubuhinya

Suami Menceraikan Isteri Sebelum Menyetubuhinya

Jika suami menceraikan isterinya sebelum menyetubuhinya,talak itu adalah talak bain. Suami tidak dibolehkan rujuk kembali kepada isterinya kerana isteri tidak diwajibkan edah akibat perceraian itu. Hukum ini jelas difahami melalui firman Allah s.w.t

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-pcrempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya (bersetubuh), maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang edah yang kamu boleh hitungkan masanya. »
(Al-Ahzab: 49)

Oleh itu talak itu menjadi talak bain.

Jika suami rnenceraikan isterinya dalam keadaan ini dengan talak satu atau talak dua, dia tidak lagi halal kepada bekas suaminya melainkan sesudah mereka mengadakan akad dan mas kahwin yang baru berdasarkan persetujuan dan keredaannya (isteri).

Jika isteri diceraikan dengan talak tiga, dia tidak lagi halal kepada bekas suaminya sehingga dia berkahwin dengan lelaki lain dan berlaku’ persetubuhan dengan suaminya yang kedua kemudian diceraikan. Selepas habis edah, barulah dia boleh berkahwin dengan bekas suaminya yang pertama dengan akad dan rnaskahwin yang baru.

RUJUK

Ketahuilah, jika suami menceraikan isterinya, talak mesti berada dalam salah satu keadaan berikut: ‘

Pertama: Suami menceraikan isteri sebelum berlaku persetubuhan.
Kedua: Suami menceraikan isteri secara khulu’ sama ada sebelum persetubuhan atau selepasnya.
Ketiga: Suami menceraikan isteri dengan talak satu atau talak selepas persetubuhan.
Keempat: Suami menceraikan isteri dengan talak tiga.
Kesimpulan hukum rujuk dan caranya

Inilah cara-cara talak yang mungkin berlaku. Di sini kita akan diterangkan hukum-hakam yang berkaitan dengan rujuk, jika suami ingin rujuk kernbali kepada isterinya.