PERTAMA : DUNIA

PENGHALANG IBADAH ADA 4:

  1. DUNIA
  2. MAKHLUK/MANUSIA TOLEH
  3. SYAITAN
  4. HAWA NAFSU

 Dunia & Isinya

  1. Cara menolaknya dengan bersifat zuhud.
    Dengan bertajarrud (iaitu mengosongkan hati) daripada (cintakan dunia) hidup zuhud
  2. Wajib bertajarrud dan berzuhud kerana dua perkara:
    1. Supaya ibadat itu mantap lurus dan banyak.
      Maka sesungguhnya gemar kasih kepada dunia menyebabkan sibuk zahir batin. Secara zahirnya sentiasa sibuk siang dan malam dengan menuntut habuan dunia, manakala batin pula memendam keinginan terhadap dunia.
      Sehingga menjadi tajuk percakapan hati sedangkan kedua-duanya akan menghalang ibadat.
    2. Memperbanyakkan nilai amalan dan membesarkan kemuliaannya.
      Maka apabila ibadat menjadi mulia dan banyak pahalanya dengan (sebab zuhudnya) maka wajiblah bagi orang yang menuntut ibadat berzuhud pada dunia dan bertajarrud daripadanya.

PENGERTIAN ZUHUD

“Apakah makna zuhud pada dunia dan apakah hakikatnya?

Zuhud ada  2:

  1. Zuhud yang mampu dilakukan
  2. Zuhud yang tidak mampu dilakukan dengan sepontan.

Zuhud yang mampu dilakukan ada tiga jenis :

  1. Tinggalkan dunia yang belum dimiliki
  2. Bahagikan harta yang terkumpul
  3. Tinggalkan kehendak kepada dunia dan tinggalkan ikhtiar mendapat habuan dunia.

Zuhud yang tidak mampu dilakukan dengan sepontan  ialah :

  • Perasaan tidak ingin terhadap sesuatu daripada dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *