PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI
Pendahuluan
Islam mensyariatkan dan menggalakkan perkahwinan. Walaupun begitu, Islam mengharamkan berkahwin dengan beberapa golongan perempuan.
Pengharaman itu dilakukan kerana beberapa sebab. Antaranya sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada perempuan tersebut seperti mengahwini ibu kandung sendiri.
Antaranya kerana fitrah semula jadi manusia tidak mengingini perkara tersebut seperti mengahwini anak perempuan dan adik beradik perempuan sendiri.
Antaranya kerana matlamat perkahwinan iaitu menjaga kehormatan tidak dapat dicapai dengan sempurna apabila
mengahwini kaum-kerabat yang rapat seperti berkahwin dengan anak saudara atau cucu perempuan. Ini kerana pergaulannya dengan pergaulannya dengan mereka adalah terlalu rapat.
Antaranya kerana di antara matlamat perkahwinan ialah untuk menyusun binaan dan hubungan kekeluargan. Oleh itu diharamkan berkahwin dengan anak-anak perempuan dan cucu-cucu perempuan susuan.
Dengan sebab tujuan dan matlamat ini, Islam mengharamkan perkahwinan sebahagian golongan perempuan dengan sebahagian golongan lelaki. Berikut adalah keterangannya:
Perempuan yang Haram Dikahwini
Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua:
- Haram selama-lamanya.
- Haram untuk sementara waktu.
A. Haram Selama-lamanya
Maksud haram selama-lamanya ialah perempuan yang haram dikahwini oleh seseorang lelaki untuk selama-lamanya, walau bagaimanapun keadaan dan ketika.
Sebab Pengharaman Selama-lamanya
Haram untuk selama~lamanya disebabkan tiga faktor:
1. Hubungan keturunan (nasab)
2. Hubungan perkahwinan
3. Faktor penyusuan
Haram kerana Hubungan Keturunan (nasab)
Tujuh golongan yang diharamkan kerana hubungan keturunan iaitu:
- Ibu, nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa. Golongan ini diistilahkan sebagai usul manusia (kerana dianggap sebagai asal kepada seseorang manusia). Tidak boleh dikahwini salah seorang daripada golongan ini.
- Anak perempuan, cucu perempuan dari anak lelaki dan cucu perempuan dari anak perempuan. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ manusia (kerana dianggap sebagai cabang kepada keturunan manusia). Mereka juga haram dikahwini.
- Adik beradik perempuan seibu sebapa atau,sebapa atau seibu. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ ibu bapa (kerana mereka dianggap sebagai cabang dari ibu bapa). Mereka haram dikahwini selama-lamanya.
- Anak perempuan kepada adik beradik lelaki yang seibu sebapa, atau sebapa atau seibu.
- Anak perempuan kepada adik-beradik perempuan yang seibu sebapa atau sebapa atau seibu.
- Ibu saudara sebelah bapa iaitu adik beradik perernpuan kepada bapa. Begitu juga ibu saudara sebelah bapa sebapa dan ibu saudara sebelah bapa seibu. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ datuk dan nenek sebelah bapa. Mereka haram dikahwini dalam apa juga keadaan.
- Ibu saudara sebelah ibu iaitu adik-beradik perempuan kepada ibu. Begitu juga ibu saudara sebelah ibu seibu dan ibu saudara sebelah ibu sebapa. Golongan ini diistilahkan sebagai furu’ datuk dan nenek sebelah ibu. Mereka haram dikahwini selama-lamanya.
Pcngharaman mengahwini golongan di atas berpandukan kepada firman Allah Taala:
Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan ibu-ibu kamu, anak~anak perempuan kamu, saudara-saudara (iaitu adik-beradik) perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu (ibu-ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibu kamu (ibu-ibu saudara sebelah ibu), aak-anak perempuan saudara lelaki kamu (anak-anak perempuan kepada adik-beradik lelaki), anak-anak perempuan saudara perempuan kamu (anak-anak perempuan kepada adik-beradik perempuan)….
(An-Nisa‘: 23)
Jika akad berlaku dengan salah seorang daripada golongan ini, akadnya adalah terbatal. Jika seseorang menghalalkan perbuatan tersebut dia menjadi kafir.
Berdasarkan fakta di atas, seseorang wanita diharamkan berkahwin dengan bapa, datuk sebelah bapa, datuk sebelah ibu dan keseluruhan orang yang menjadi punca kelahirannya. Dia juga diharamkan berkahwin dengan anak lelaki, cucu dari anak lelaki, cucu dari anak purempuan serta seluruh cabang keturunannya. Dia juga diharamkan berkahwin dengan adik-beradiknya yang seibu sebapa, adik-beradik sebapa dan adik beradik seibu. Dia juga diharamkan berkahwin dengan anak-anak saudara dari adik-beradik lelaki dan anak-anak saudara dari adik-beradik perempuannya. Bagitu juga diharamkan dia berkahwin dengan bapa saudara sebelah bapa dan bapa saudara
sebelah ibu, bapa saudara ibu dan bapa saudara bapanya.
Haram kerana Perkahwinan
Terdapat empat golongan wanita yang haram dikahwini kerana hubungan perkahwinan:
1. Isteri bapa (ibu tiri). Haram juga mengahwini isteri datuk (nenek tiri) sebelah bapa dan isteri datuk sebelah ibu. Mereka diistilahkan sebagai isteri-isteri usul manusia. Mereka haram dikahwini selama-lamanya. Allah berfirman:
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu, kecuali apa yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya (perbuatan) itu adalah satu perkara yang keji dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan).
(An-Nisa‘: 22)
2. Isteri anak (menantu), isteri cucu lelaki sebelah anak lelaki dan isteri cucu lelaki sebelah anak perempuan. Begitulah seterusnya isteri~isteri furu,’ yang lain. Mereka haram dikahwini sama sekali. Firman Allah Taala:
Dan (haramjuga kamu berkahwin dengan) isteri-isteri anak-
anak kamu sendiri yang berasal daripada benih kamu.
(An-Nisa‘: 23)
Bekas isteri anak angkat tidak termasuk dalam firman Allah yang bermaksud: ‘yang berasal daripada benih kamu.”
Orang-orang di zaman jahiliah mengambil anak angkat (dengan menjadikannya sebagai anak sendiri) dan mengharamkan berkahwin dengan bekas isteri anak angkat mereka. Islam telah membatalkan pengambilan anak angkat dan rnenghalalkan bapa angkat berkahwin dengan bekas isteri anak angkat mereka. Firman Allah Taala:
Dan Dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak kamu, sendiri. (Segala yang kamu dakwa mengenai perkara tersebut itu hanyalah perkataan kamu, dengan, mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah
menerangkan yang benar, dan Dialah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
(A1-Ahzab: 4)
…Supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat mereka telah selesai kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki oleh Allah itu tetap akan berlaku.
(A1-Ahzab: 37)
3. Ibu mertua. Seseorang lelaki tidak harus mengahwini ibu mertuanya. Firman Allah Taala:
Dan (haram juga dikahwini) ibu-ibu isteri kamu.
(An-Nisa‘: 23)
Haram juga dikahwini sémua nenek isteri, moyang dan seterusnya.
Ketiga-tiga golongan yang disebutkan di atas, haram dikahwini sebaik sahaja berlangsungnya akad nikah, sama ada berlaku persetubuhan selepas akad ataupun tidak. Sekiranya akad nikah dengan salah seorang daripada golongan tersebut dilangsungkan, akadnya adalah terbatal.
4. Anak perempuan kepada isteri (anak tiri). Anak tersebut diharamkan berkahwin dengan bapa tiri selepas bapa tiri
bersetubuh dengan ibunya. Firman Allah Taala:
Dan (diharamkanjuga kamu berkahwin dengan) anak-anak tiri perempuan yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri yang telah kamu campuri (setubuhi). Tetapi kalau kamu belum mencampuri isteri-isteri kamu itu (dan kamu telah menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu berkahwin dengan anak-anak tiri kamu itu.
(An-Nisa‘: 23)
Pengharaman berkahwin dengan anak tiri tidak hanya terhad kepada mereka yang tinggal bersama dengan ibunya sahaja tetapi juga kepada anak-anak tiri yang tinggal jauh dari ibunya.
Disebutkan perkataan “dalam jagaan kamu” hanyalah untuk menerangkan kebiasaan yang berlaku kepada anak tiri, iaitu mereka dipelihara dan tinggal bersama bapa tiri.
Begitu juga seseorang wanita diharamkan berkahwin dengan bapa tirinya, suami anak perempuannya (menantu lelaki), anak tirinya dan bapa mertuanya.
Haram kerana Susuan
Terdapat tujuh golongan wanita yang diharamkan berkahwin kerana susuan. Al-Quran hanya menyebutkan dua golongan sahaja. Bakinya disebutkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam hadis-hadisnya. Tujuh golongan itu ialah:
1. Ibu susuan. Iaitu ibu yang menyusukan kamu. Turut diharamkan ialah ibu kepada ibu (nenek) susuan, nenek kepada ibu susuan sebelah ibu dan nenek kepada ibu susuan sebelah bapa. Tidak harus mengahwini salah seorang daripada golongan tersebut.
2. Adik beradik perempuan susuan. Iaitu perempuan yang menyusu dengan ibu ka\mu atau kamu menyusu dengan ibunya atau kamu dan dia menyusu dengan perempuan yang sama.
Apabila perempuan tersebut menyusu dengan ibu kamu, dia menjadi haram kepadamu dan kepada semua adik-beradikmu. Tetapi kamu boleh berkahwin dengan adik-beradik perempuannya yang lain kerana mereka tidak menyusu dengan ibumu.
Jika kamu menyusu dengan ibu perempuan tersebut, kamu diharamkan berkahwin dengannya dan dengan semua adik beradik perempuannya. Tetapi dia dan adik-beradik perempuannya boleh berkahwin dengan adik-beradik lelakimu kerana mereka tidak menyusu dengan ibumu dan adik-beradik lelaki kamu tidak menyusu dengan ibunya.
Pengharaman berkahwin dengan ibu dan adik beradik perempuan susuan adalah berpandukan firman Allah:
Dan (diharamkan kamu berkahwin dengan) ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara-saudara (iaitu adik-beradik) perempuan kamu yang sesusuan.
(An-Nisa‘: 23)
3. Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan.
4. Anak perempuan kepada adik beradik perempuan susuan.
5. Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan bapamu.
6. Ibu saudara susuan, iaitu adik beradik susuan dengan ibumu.
7. Anak perempuan susuan, iaitu perempuan yang menyusu dengan isterimu. Ini bererti kamu menjadi bapa susuannya.
Rasulullah menjelaskan perkara tersebut dengan sabdanya:
Sesungguhnya penyusuan mengharamkan apa yang haram dengan sebab kelahiran (keturunan).’
Ibnu Abbas r.huma. berkata: Nabi s.a.w. bersabda tentang anak perempuan Hamzah r.a.:
Dia tidak halal bagiku. Diharamkan dengan sebab susuan apa yang diharamkan dengan sebab keturunan. Dia adalah
anak perempuan saudara susuanku.
Begitu juga dengan seseorang perempuan. Dia diharamkan berkahwin dengan bapa susuan, anak susuan, adik beradik susuan, anak saudara susuan, adik beradik susuan bapanya dan adik beradik susuan ibunya.
1 Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha..
2 Riwayat Bukhari dalam kitab syahadat, bab syahadat kepada keturunan dan penyusuan, no. 2502 & 2503; dan Muslim dalam kitab penyusuan, bab diharamkan disebabkan penyusuan sebagaimana diharamkan disebabkan kelahiran, dan bab haram anak saudara perempuan susuan, no. 1444 & 1447.
Haram berkahwin dengan susuan disebabkan hubungan perkahwinan
1. Ibu mertua susuan, iaitu ibu yang menyusukan isteri kamu.
2. Anak tiri susuan, iaitu perempuan yang disusu oleh isterimu, tetapi dari susu suami yang lain.
3. Isteri bapa (ibu tiri) susuan, iaitu isteri bapa susuan yang kamu menyusu dengan isterinya yang kedua.
4. Isteri anak (menantu) susuan, iaitu isteri kepada lelaki yang disusu oleh isterimu.
B. Haram untuk Sementara Waktu
Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu sahaja ialah perempuan yang haram dikahwini disebabkan oleh halangan-halangan tertentu. Jika halangan itu hilang, perempuan itu boleh dikahwini. Jika akad kahwin berlaku sebelum halangan-halangan tersebut hilang, akadnya batal.
Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu ialah:
1. Berkahwin dengan dua beradik perempuan sekali gus.
Haram memadukan dua beradik sama ada kedua-dua beradik itu dari satu keturunan atau dua beradik susuan, sama ada akad nikah dengan kedua-duanya dijalankan serentak atau pada waktu yang berbeza.
Sekiranya akad nikah dengan kedua beradik tersebut dilakukan sekali gus, kedua-dua akad adalah batal. Jika akad nikah dilakukan pada dua waktu yang berbeza, akad yang kedua adalah terbatal.
Sekiranya isteri pertama meninggal dunia atau diceraikan dan tempoh iddahnya telah tamat, lelaki tersebut boleh mengahwini adik-beradik bekas isterinya. Firman Allah Taala:
Dan (diharamkan juga) kamu menghimpunkan di antara dua beradik sekaligus (untuk menjadi isteri kamu) kecuali yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya Allah amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.
(An-Nisa‘: 23)
2. Memadukan seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibunya atau ibu saudara sebelah bapanya, dan memadukan seorang perempuan dengan anak perempuan kepada adik-beradik perempuannya atau anak perempuan kepada adik-beradik lelakinya, atau memadukan seorang perempuan dengan anak perempuan kepada anak lelakinya atau anak perempuan kepada anak perempuannya.
Para ulama fekah telah meletakkan kaedah pengharaman memadukan dua orang perempuan dalam kaedah: ‘Diharamkan memadukan dua orang perempuan yang jika ditakdirkan salah seorang daripada mereka adalah lelaki, mereka haram berkahwin sesama mereka. ”
Hukum di atas berpandukan kepada hadis Nabi s.a.w.:
Tidak boleh dimadukan di antara seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah bapanya, dan di antara seorang perempuan dengan ibu saudara sebelah ibunya.’
Hikmat pengharaman
Hikmat pengharaman memadukan perempuan-perempuan yang disebutkan di atas ialah kerana perkahwinan seumpama itu akan menyebabkan timbulnya perasaan cemburu yang akan melahirkan dendam sesama saudara.
lbnu Hibban meriwayatkan:
Nabi .Muhammad s.a.w. melarang seorang lelaki memadukan seorang perempuan dengan ibu saudaranya, sambil bersabda:
“Jika kamu melakukannya, ia boleh memutuskan tali sillaturrahim kamu.”
Isa bin Tolhah berkata:
Nabi s.a.w. melarang seorang lelaki memadukan seorang perempuan dengan saudara terdekatnya, kerana bimbang perbuatan tersebut boleh memutuskan tali silaturrahim.’
Jika salah seorang daripadanya mati atau diceraikan dan edahnya telah tamat, bolehlah lelaki tersebut mengahwini saudara perempuannya yang lain. ‘
1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab tidak boleh dimadukan perempuan dengan ibu saudaranya, no. 4820; dan Muslim dalam kitab haram memadukan seorang wanita dengan ibu saudaranya, no. 1408, daripada Abu Hurairah r.a..
3. Berkahwin lebih daripada empat orang perempuan.
Seseorang lelaki tidak diharuskan mengahwini isteri kelima sebagai tarnbahan kepada empat orang isteri yang masih lagi dikahwini. Kecuali jika dia menceraikan salah seorang daripada mereka dan selesai edahnya atau salah seorang daripada isterinya meninggal dunia. Jika salah seorang daripada isterinya telah meninggal dunia atau telah diceraikan, bolehlah dia berkahwin dengan perempuan yang kelima. Firman Allah Taala:
Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan hati daripada kalangan perempuan-perempuan (lain yang bukan anak yatim), dua, tiga atau empat orang.
(An~Nisa‘: 3)
Qais bin al-Harits r.a. berkata:
Saya memeluk Islam, dan saya mempunyai lapan orang isteri. Saya memberitahu perkara itu kepada Nabi s.a.w., lalu Nabi s.a.w bersabda: “Pilihlah empat orang daripada mereka. “
4. Perempuan kafir yang menyembah berhala.
Perempuan kafir yang dimaksudkan tidak termasuk perempuan ahli kitab. Perempuan kafir boleh dikahwini jika mereka memeluk Islam. Firman Allah Taala:
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan musyrik sebelum mereka beriman (memeluk
agama Islam). Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman lebih baik daripada perempuan musyrik,
sekalipun dia menarik hati kamu.
(Al-Baqarah: 221)
1 Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam kitab hadis-hadis mursal. Lihat Nailu al-Author 6/157.
2 Lihat SunanAbi Daud, kitab talak, bab sesiapa yang memeluk Islam dan dia mempunyai lebih daripada empat orang isteri atau beristerikan dua beradik perempuan.
Peringatan
Pertama: Perempuan Islam tidak diharuskan berkahwin dengan lelaki bukan Islam walau apapun jenis agamanya. Ini kerana suami berkuasa ke atas isteri sedangkan seorang kafir tidak boleh menguasai orang Islam. Di samping itu orang kafir juga tidak boleh menjamin keselamatan agama perempuan itu kerana dia tidak beriman. Firman Allah Taala:
Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.
(An-Nisa‘: 14 1)
Dan janganlah kamu kahwinkan (perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki musyrik sebelum mereka beriman (memeluk Islam). Sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih, baik dari seorang lelaki musyrik, sekalipun dia menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang-orang kafir mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga dan keampunan dengan izin~Nya. Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada umat manusia supaya mereka dapat mengambil pengajaran daripadanya.
(Al-Baqarah: 221)
Jika lelaki kafir itu memeluk Islam, bolehlah perempuan Islam berkahwin dengannya. Jika akad nikah berlaku sebelum lelaki itu memeluk Islam, akad itu batal. Kita mesti memisahkan di antara mereka dengan segera. Jika berlaku persetubuhan, persetubuhan itu adalah zina.
Kedua: Lelaki Islam diharuskan berkahwin dengan perempuan Yahudi atau Nasrani kerana boleh jadi perkahwinan itu menyebabkan perempuan itu serta kaum keluarganya memeluk Islam serta meneliti dan mencintai Islam.
Suami yang Islam tidak boleh rnemaksa isterinya menukar agama serta menyusahkannya untuk beribadat. Firman Allah Taala:
Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamn memberi makan kepada mereka). Dihalalkan juga kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya daripada kalangan perempuan-perempuan yang beriman; dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya daripada kalangan orang-orang yang diberikan kitab sebelum kamu apabila kamu memberikan mereka maé kahwin mereka, sedang kamu (dengan cara yang demikian) bernikah bukan berzina, dan bulean pula kamu rnengambil mereka menjadi perempuan simpanan.
(Al-Maidah: 5)
5. Perempuan yang berkahwin (mempunyai suami).
Seseorang lelaki tidak diharuskan berkahwin dengan perempuan yang bersuami serta masih lagi dalam jagaannya,
sehinggalah suaminya meninggal dunia, atau dia diceraikan dan edahnya telah tamat. Jika suaminya telah meninggal dan edahnya telah tamat, bolehlah berkahwin dengannya. ”
Semasa menyenaraikan perempuan-perempuan yang haram dikahwini, Allah Taala berfirman: ‘
Dan (diharamkanjuga kamu berkahwin) dengan wanita-wanita yang bersuami.
(An-Nisa‘: 24)
6. Perempuan yang masih dalam edah.
Haram bagi seseorang lelaki berkahwin dengan wanita yang masih berada dalam edah, sama ada edah kerana diceraikan atau kerana kematian suami. Perempuan ini halal dikahwini apabila edahnya selesai. Firman Allah Taala:
Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang
ditetapkan itu. ‘
‘ (Al~Baqarah: 235)
Maksudnya: janganlah kamu bersungguh-sungguh mahu mengadakan akad nikah sehingga perempuan tersebut telah selesai edahnya dengan sempurna, sebagaimana yang telah disebutkan di dalam al-Quran.
7. Perempuan yang diceraikan dengan talak tiga.
Bagi perempuan yang diceraikan dengan talak tiga, bekas suaminya tidak dibenarkan mengahwininya semula sehingga dia berkahwin dengan lelaki lain dengan perkahwinan yang syarie lagi sahih dan dia telah diceraikan oleh suami kedua serta edahnya selesai.
Jika perkara ini berlaku, suami pertama diharuskan mengahwini bekas isterinya dengan mengadakan akad yang baru. Firman Allah Taala:
(Setelah menceraikan isterinya itu sebanyak dua kali), jika dia. menceraikannya(bagi kali ketiga pula), maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau dia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis edahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya itu) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah. Itulah peraturan-peraturan hukum diterangkan kepada kaum yang mahu mengetahui dan memahaminya.
(A1-Baqarah: 230)
Aisyah r.ha. berkata:
Isteri Rifaah al-Qurazi datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Aku adalah isteri Rifaah. Dia menceraikan aku
dengan talak tiga, lalu aku berkahwin dengan Abdur Rahman bin Az-Zubair. Tetapi alat sulitnya seperti benang
yang terurai di tepi kain (kiasan yang menunjukkan ketidakupayaan untuk bersetubuh)” Sabda Nabi s.a.w.:
“Adakah kamu ingin kembali semula kepada Rifaah? Tidak boleh, sehinggalah kamu merasai hemanisannya dan dia
merasai kemanisan kamu (iaitu bersetubuh). ”’