Hikmah Pensyariatan
Manusia sentiasa memerlukan pelbagai barangan. Setiap orang tidak mampu menghasilkan kesemua barangan keperluan untuk kegunaan sendiri. Oleh itu, mereka perlu membuat pertukaran untuk memperolehi kesemua barangan yang diperlukan. Pertukaran ini tidak akan berjaya dilakukan kecuali jika dilakukan secara sukarela. Kerelaan inilah yang dikatakan sebagai akad atau kontrak jual beli. Dalam masa yang sama, ada di antara mereka yang mempunyai wang tetapi tidak memiliki barangan, dan ada yang sebaliknya. Pemilik wang memerlukan barangan dan pemilik
barangan memerlukan Wang. Biasanya pertukaran ini tidak akan berjaya dilakukan tanpa perantaraan jual beli. Tambahan pula, secara semulajadi manusia sentiasa mengejar keuntungan. Oleh itu, jual beli adalah cara yang betul untuk memenuhi keperluan
1 [Riwayat al-Bukhari, Jual be\i, Babjual beli Nabi s.a.w. secara nasi’ah, no. 1962; Muslim, Musaqah, Bab gadai harus ketika menetap dan musafir, no. 1603]