Mensabitkan Penyusuan .

Mensabitkan Penyusuan .

Sebelum ini telah dijelaskan bahawa hukum penyusuan sama dengan hukum seketurunan dilihat daripada segi haram berkahwin.
Oleh itu, cara mensabitkan penyusuan juga sama. Dengan ini, penyusuan
dapat disabitkan melalui tiga cara yang telah disebutkan iaitu:

  1. Syahadah (penyaksian)
  2. Pengakuan (ikrar)
  3. Istifadhoh (penerimaan orang ramai dengan kuantiti yang ramai)

Walau bagaimanapun, saksi lelaki tidak disyaratkan dalam mensabitkan penyusuan, berbeza dengan syarat mensabitkan keturunan yang mensyaratkan saksi lelaki. Malah dalam mensabitkan penyusuan, saksi perempuan dibenarkan. Ini kerana mereka lebih terkehadapan dalam masalah ini

Berdasarkan kenyataan di atas, penyaksian yang diterima dalam mensabitkan penyusuan ialah

  1. Penyaksian oleh dua orang lelaki adil.
  2. Penyaksian oleh seorang lelaki adil dan dua orang wanita adil.
  3. Penyaksian oleh empat orang wanita adil.

Hukum-hakam Berkaitan dengan Keturunan

Apabila anda telah memahami perbincangan sebelum ini, anda seharusnya mengetahui bahawa terdapat pelbagai hukum kesan daripada sabitnya keturunan di antara dua individu. Antaranya ialah:

  1. Hukum perkahwinan: perkara yang dihalalkan dan perkara yang diharamkan.
  2. Hukum nafkah dan penyelarasan tanggung jawab yang berkaitan dengannya. ’
  3. Al-Wilayah dan kedudukannya.
  4. Harta pusaka, pembahagiannya dan penyelarasan status waris. Wasiat dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya. Kebanyakan sebab yang melahirkan hukum-hakam wasiat ialah faktor keturunan dan keperluan mengetahui adakah penerima wasiat adalah waris si mati atau tidak?

Inilah pembentangan ringkas tentang beberapa hukum penting kesan daripada sabitnya keturunan, dan kesan yang sama hasil daripada sabitnya penyusuan terhadap sebahagian hukum-hakam tersebut.
Perincian kepada hukum-hakam ini terdapat dalam perbincangan yang khusus mengenainya. Sebahagiannya telah kita bincangkan dan sebahagian lagi akan kita bincangkan secara panjang lebar Insya Allah.

Wallahu a‘lam.

Kesan Anak Susuan Menjadi Mahram kerana Susuan

Kesan Anak Susuan Menjadi Mahram kerana Susuan

Terdapat dua hukum yang menyusul apabila seorang anak menjadi mahram kerana susuan:

  1. Hukum berkaitan dengan perkara yang diharamkan.Hukum berkaitan dengan perkara yang dihalalkan
  2. Hukum berkaitan dengan perkara yang diharamkan ialah
    perkara yang berkaitan dengan perkahwinan.
    Hukum berkaitan dengan perkara yang dihalalkan ialah
    perkara yang berkaitan dengan khalwahl dan melihat mahram.
  1. Perkara yang Diharamkan Hasil daripada Penyusuan

Penyusuan menjalinkan hubungan kekeluargaan di antara kedua belah pihak (anak susuan dan keluarga ibu susuan). Hubungan ini memberi kesan dalam mewujudkan golongan yang haram dikahwini. Oleh itu senarai mereka yang haram dikahwini kerana hubungan kekeluargaan disebabkan penyusuan sama seperti senarai mereka yang haram dikahwini kerana hubungan kekeluargaan disebabkan keturunan.

Ibu dan ke atas, anak perempuan dan ke bawah, adik beradik (seibu sebapa, seibu dan sebapa ), ibu saudara dan jalinannya (furu datuk dan nenek sebelah ibu dan sebelah bapa), anak perempuan kepada adik beradik lelaki (seibu sebapa, seibu dan sebapa), anak perempuan kepada adik beradik perempuan (seibu sébapa, seibu dan sebapa) haram dikahwini disebabkan hubungan keturunan (nasab).
Apabila wujud hubungan kekeluargaan disebabkan penyusuan, maka golongan yang sama daripada keturunan ibu susuan juga, haram dikahwini.
Kita telah terangkan perkara ini sebelum ini dan tidak perlu diulang

Hubungan keturunan melahirnya mahram disebabkan perkahwinan sepertimana yang diketahui umum. Oleh itu ibu mertua (dia mempunyai hubungan keturunan dengan isteri) haram berkahwin, dengan menantunya iaitu suami kepada anak perempuannya).

Begitu juga seorang lelaki haram berkahwin dengan anak perempuan isterinya (anak tiri), isteri bapanya (ibu tiri) dan menantunya

Dalam contoh yang pertama, seorang suami dilarang berkahwin dengan anak tiri. Dalam contoh kedua, seorang anak lelaki dilarang berkahwin dengan ibu tirinya. Contoh ketiga pula menjelaskan seorang bapa haram berkahwin dengan menantunya. Sebab pengharaman ialah faktor perkahwinan.

Jika hubungan kekeluargaan ini wujud dalam hubungan susuan, hukumnya sama dengan hubungan keturunan dalam melahirkan mahram disebabkan perkahwinan.
Oleh itu suami haram berkahwin dengan ibu susuan isterinya (mertua susuan). Dia juga haram berkahwin dengan anak susuan isterinya (anak tiri susuan). Begitu juga dia haram berkahwin dengan isteri bapa susuan (ibu tiri susuan) dan isteri anak susuan (menantu susuan)

Sebab pengharaman ialah faktor perkahwinan yang berlaku dengan keluarga susuan. Dalil kepada kenyataan di atas ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
Diharamkan kerana susuan, apa yang diharamkan kerana keturunan (nasab).‘ 1. Riwayat Bukhari, no. 2502; dan Muslim, no. 1447, daripada lbnu Abbas r.huma..

2. Perkara yang Dihalalkan Hasil daripada Penyusuan

Semua perkara yang dihalalkan di antara kamu dan keluarga seketurunanmu” (senarainya telah dinyatakan sebelum ini), turut dihalalkan kepada keluarga susuanmu. Oleh itu kamu dihalalkan melihat perempuan yang mempunyai hubungan susuan denganmu sebagaimana adik beradik lelaki dihalalkan melihat adik beradik perempuan yang mempunyai hubungan keturunan dengannya. Kamu juga dihalalkan berkhalwah dengannya, iaitu khalwah yang haram dilakukan oleh lelaki dan perempuan ajnabi (asing – tiada hubungan keturunan). Kamu juga dihalalkan bermusafir dengannya lebih daripada tiga hari.
Meskipun begitu, hukum ini tidaklah bermakna mengharuskan melihat perempuan susuan dengan syahwat. Begitu juga sebaliknya (melihat lelaki susuan dengan syahwat). Ini kerana pandangan syahwat diharamkan walaupun kepada keturunannya sendiri

Oleh sebab itu, ahli fikah kebelakangan ini berpendapat, seseorang perempuan makruh menyusukan kanak-kanak yang bukan anaknya tanpa sebarang hajat dan keperluan yang mendesak. Mereka juga mengatakan makruh bagi seorang lelaki dan perempuan susuan untuk bergaul bebas sesama mereka. Ini kerana kadang-kadang ia mendorong kepada berlakunya perkara-perkara haram akibat kelemahan iman. Apatah lagi dengan tidak Wujudnya rasa kasih sayang semula jadi di antara ahli keluarga

1 Khalwah ialah seorang lelaki berada bersama mahramnya di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain seperti di dalam rumah yang tertutup pintunya. (pent. Iihat Mu’jam Luhgah al-Fuqaha’ dengan sedikit penyesuaian)

Syarat Penyusuan yang Menjadikan Anak Susuan sebagai Mahram

Syarat Penyusuan yang Menjadikan Anak Susuan sebagai Mahram

Penyusuan tidak menjadi penyebab untuk mengkatagorikan anak susuan sebagai ahli keluarga atau mahram yang haram dikahwini melainkan apabila memenuhi dua syarat berikut:
1. Anak yang disusu belum mencapai usia dua tahun. Jika anak itu disusukan ketika usianya dua tahun lebih, penyusuan itu tidak menjadikannya mahram dan tidak dikatagorikan sebagai ahli keluarga ibu yang menyusukannya

Hukum ini berpandukan kepada firman Allah Taala:

Dan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
(Al-Baqarah: 233)


I Riwayat Bukhari dalam kitab syahadat, bab syahadah berkenaan keturunan, no. 2502; dan Muslim dalam kitab penyusuan, bab pengharaman anak perempuan saudara susuan, no. 1447.

Dan pemisahan susuannya adalah dalam masa dua tahun. (Luqman: 14)
Dalil daripada hadis pula ialah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Tidak sah penyusuan (yang mengharamkan) melainkan yang berlaku dalam masa dua tahun

Penyusuan tidaklah mengharamkan melainkan penyusuan yang membelah usus perut (masuk ke dalamnya dan mengenyangkan bayi) semasa menyusu, dan berlaku sebelum anak itu bercerai susu.

Maksud “sebelum anak itu bercerai susu ”ialah sebelum anak 1tu mencapai usia genap dua tahun, sebagaimana firman Allah Taala

Dan pemisahan susuannya adalah dalam masa dua tahun.
(Luqman: 14)


Aisyah r.ha. menceritakan:
Nabi s.a.w. masuk berjumpa beliau. Ketika itu terdapat seorang lelaki bersama beliau. Seolah-olah muka baginda berubah. Seolah-olah baginda membenci kehadirannya.
Aisyah pun berkata: ”Sesungguhnya dia adalah saudara susuanku.” Baginda bersabda: ”Lihatlah siapa saudara kamu. Sesungguhnya penyusuan itu menghilangkan kelaparan.

Maksud penyusuan itu menghilangkan kelaparan” ialah penyusuan mengharamkan jika dilakukan pada masa kanak-kanak itu merasa lapar kerana tidak menyusu dan kenyang apabila menyusu. Ini tidak berlaku melainkan sernasa kanak-kanak itu masih kecil.


Riwayat Daraqutni dalam kitab penyusuan, 4/174.
Riwayat Tirmizi dalam kitab penyusuan, bab hadis tentang penyusuan
mengharamkan melainkan semasa kecil, no. 1152, daripada Ummu Salamah r.ha..
Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab sesiapa yang berkata tidak ada penyusuan selepas dua tahun, no. 4814; dan Muslim dalam kitab penyusuan, bab sesungguhnya penyusuan kerana lapar, no. 1455.

2. Kanak-kanak itu disusu dengan lima kali susuan yang berasingan.
Sesuatu penyusuan itu dikira sebagai penyusuan yang berasingan atau tidak dengan melihat adat kebiasaan masyarakat setempat. Jika anak tersebut berhenti menyusu kerana kenyang, ia dikira sekali susuan. Tetapi jika anak itu berhenti menyusu kerana sendawa untuk rnengeluarkan angin, kemudian kembali menyusu, atau dia bertukar daripada payu dara ke payu dara satu lagi, ia dikira sekali susuan sahaja

Dalilnya ialah hadis berikut:
Aisyah r.ha. berkata:
Antara ayat-ayat al-Quran, yang pernah diturunkan adalah:
Sepuluh kali penyusuan yang dimaklumi mengharamkan.
Kemudian ia dinasakhkan (dibatalkan) dengan lima kali susuan sahaja. Kemudian Rasulullah s.a.w. diwafatkan, tetapi mereka masih membaca ayat lima kali susuan sebagai ayat al-Quran

Maksudnya, ayat lima kali susuan juga dimansukhkan bacaannya di akhir-akhir kewafatan Rasulullah s.a.w.. Walau bagaimanapun, sesetengah orang Islam masih membacanya sebagai ayat al-Quran, kerana mereka belum menerima berita ayat tersebut telah dimansukhkan.
Nabi s.a.w. bersabda:

Sekali atau dua kali penyusuan, begitu juga sekali atau dua kali hisapan susu tidaklah mengharamkan

I Riwayat Muslim dalam kitab penyusuan, bab pengharaman dengan lima kali susuan, no. 1452.
7 Riwayat Muslim dalam kitab penyusuan, bab sekali dan dua kali hisap, no. 1451, daripada Ummu al-Fadhli r.ha..

Dalil Penyusuan Menjadikan Anak Itu Mahram

Dalil Penyusuan Menjadikan Anak Itu Mahram

Perkara yang telah kita bincangkan adalah berpandu kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Dalil daripada al-Quran ialah firman Allah s.w.t.:

Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan susuan kamu.
(An-Nisa‘: 23)

Dalil daripada hadis ialah sabda Rasulullah s.a.w.

Sesungguhnya penyusuan mengharamkan apa yang haram dengan sebab kelahiran (keturunan).’

1 Riwayat Bukhari, no. 2553; dan Muslim, no. 4144, daripada Aisyah r.ha…

Ibnu Abbas r.huma. berkata

Nabi s.a.w. bersabda tentang anak perempuan Hamzah r.huma.: “Dia tidak halal bagiku (untuk dikahwini). Apa yang haram dengan sebab keturunan turut haram dengan sebab penyusuan. Dia adalah anak perempuan saudara
susuanku.
Ayat di atas menunjukkan dengan sebab penyusuan, ibu susuan menjadi ibu kepada anak yang disusukan dan anak-anak perempuannya menjadi adik-beradik perempuan anak susuannya

Hadis di atas menjelaskan kesan yang timbul ekoran penyusuan iaitu -ibu susuan sama kedudukannya dengan ibu sebenar (keturunan)

Oleh itu, mereka yang termasuk dalam senarai keturunan ibu susuan atau saudara perempuan susuan yang haram dikahwini oleh anak susuan sama seperti mereka yang termasuk dalam senarai keturunan ibu kandung atau adik beradik perempuannya sendiri.

Kesan Penyusuan terhadap Hubungan Kekeluargaan

Kesan Penyusuan terhadap Hubungan Kekeluargaan

Jika seseorang perempuan menyusukan seseorang kanak ajnabi (bukan anaknya), anak itu menjadi anak susuannya dan suaminya menjadi bapa susuannya. Hukum yang berlaku hasil daripada penyusuan itu adalah seperti berikut:

  1. Anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susuannya.
    Dia juga haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada
    keturunan ibu susuannya. Senarai keturunan ibu susuan yang
    haram dikahwini sama seperti senarai keturunan ibunya sendiri. Mereka ialah:
    i. Adik-beradik perempuan ibu susuan kerana mereka adalah
    ibu saudara susuan.
    ii. Anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik-
    beradik susuan.
    iii. Cucu perempuan kepada ibu susuan (anak perempuan kepada anak lelaki ibu susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan ibu susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik beradik perempuan susuan.
    iv. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).
    Begitu juga dengan keturunan bapa susuan (suami ibu susuan).
    Senarai keturunan bapa susuan yang haram dikahwini sama seperti
    senarai keturunan ibu susuan. Mereka ialah:
    i. Adik beradik perempuan bapa susuan kerana dia adalah ibu saudara susuan.
    ii. Anak perempuan bapa susuan Walaupun dengan isteri yang lain kerana dia adalah adik-beradik perempuan susuan. iii. Cucu perempuan kepada bapa susuan (anak perempuan kepada anak lelaki bapa susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan bapa susuan) kerana rnereka adalah anak perempuan adik beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik beradik perempuan susuan.
    iv. Ibu kepada bapa susuannya kerana dia adalah nenek susuan.

2. Haram kepada ibu susuan dan keturunannya berkahwin dengan anak susuannya sebagaimana yang telah kami jelaskan. Begitu juga haram berkahwin dengan keturunan anak susuan. Ini kerana jika anda mengandaikan ibu susuan adalah ibu sebenar kepada anak susuan, sudah tentu semua keturunan anak tersebut haram dikahwininya. Begitu juga hukumnya dengan ibu susuan.
Sebagaimana anak susuan tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik beradik susuan, anak kepada anak susuan (cucu susuan) juga tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kapada ibu susuan bapanya kerana dia adalah ibu saudara susuan. Begitulah seterusnya.

3. Ibu susuan dan keturunannya yang telah disebutkan sebelum ini boleh berkahwin dengan ahli keluarga anak susuannyacyang lain seperti adik beradik lelaki, bapa dan ibu saudaranya kerana mereka adalah orang asing (ajnabi) kepada ibu susuan dan keturunannya.

Kesan Langsung Penyusuan adalah Hak, Bukannya Kewajipan

Kesan Langsung Penyusuan adalah Hak, Bukannya Kewajipan

Berdasarkan keterangan di atas, terdapat beberapa perkara menjadi kesan langsung kepada kenyataan penyusuan adalah ibu, bukannya kewajipan. Ia boleh diringkaskan seperti berikut:

  1. Suami tidak dibenarkan memaksa isterinya menyusukan mereka. Jika suami memaksa isteri melakukannya dia enggan, dia tidak dianggap mengingkari dan suaminya. ’
    Kecuali jika tidak ada seorang wanita pun yang sesuai menyusukan anak mereka selain isterinya. Keadaan ini suami memaksa isterinya demi menjaga kehidupan anaknya ltu.
  2. Suami wajib memberikan upah penyusuan kepada berdasarkan kadar semasa setempat jika isteri meminta.
    Jika isteri tidak meminta upah sebagaimana yang biasa pada hari ini, suami tidak wajib membayarnya. Hak isteri meminta upah digugurkan jika isteri menyusukan anaknya percuma dan dia tidak menampakkan tanda-tanda inginkan upah.

Dalil Penyusuan adalah Hak Ibu, Bukan Kewajipannya

Dalil Penyusuan adalah Hak Ibu, Bukan Kewajipannya

Dalil yang menunjukkan penyusuan adalah hak ibu dan bukan kewajipannya ialah firman Allah s.w.t.:

Dan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, bagi sesiapa yang ingin meyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah: 233)

Dan sebaliknya,jika kamu (daripada kedua-dua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(At-Tolaqz 6)

Dalam ayat yang sama Allah berfirman:

Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya. ‘
(At-Tolaqz 6)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa penyusuan adalah hak ibu bukan kewajibannya.

Penjelasan cara mengambil dalil daripada ayat-ayat di atas ialah ketika Allah s.w.t. berfirman: (Dan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka. (Al-Baqarah: 233), boleh jadi maksudnya: ibu-ibu wajib menyusukan anak-anak mereka.
Boleh jadi juga ia bermaksud: ibu-ibu adalah orang yang berhak menyusukan anak-anak mereka.

Seandajnya Allah Taala berfirman: “Dan ibu-ibu wajib menyusukan
anak-anak mereka,” maka andaian kedua tidak boleh digunapakai.

Walau bagaimanapun, apabila kita membaca firman Allah s.w.t,. (Dan sebaliknya, jika kamu (daripada kedua~duapihak) mengalami leesulitan, maka bolehlah perempuan lain) menyusukannya. (At-Tolaq: 6)), jelaslah andaian kedua dalam ayut surah al-Baqarah di atas lebih sesuai untuk digunapakai, iaitu penyusuan menjadi hak ibu.

Jika penyusuan adalah kewajiban ibu, sudah tentu Allah tidak akan berfirman dengan firman-Nya yang bermaksud: ” Maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.” Oleh kerana kesulitan dan perselisihan faham dengan suami boleh berlaku disebabkan penyusuan, dan ibu pula mempunyai hak untuk tidak menyusukan anaknya, maka jekaslah penyusuan adalah hak ibu, bukan kewajibannya

Semasa kita membaca firman Allah s.w.t.:
(Dan sekiranya mereka (ibu-ibu) menyusukan anak bagi kamu,maka berikanlah kepada mereka upahnya. (at-Talaq: 6)), ayat ini menguatkan lagi makna (andaian) kedua dalam ayat surah al-Baqarah di atas untuk diguna pakai. Malah ia menetapkan bahawa itulah makna sebenar ayat tersebut

Ini disebabkan jika penyusuan adalah kewajiban ibu, sudah tentu mereka tidak berhak mendapat upah, kerana tidak ada upah bagi perkara-perkara yang wajib. Ketika Allah memerintahkan para suami memberikan upah penyusuan kepada mereka disebabkan penyusuan yang dilakukan (jika mereka menuntutnya), ini menunjukkan para isteri diberikan pilihan untuk menyusukan anaknya dan bukannya dipaksa

Kesimpulannya:

penyusuan adalah hak yang perlu diberikan kepada ibu sekiranya dia meminta. Ia bukanlah kewajibannya.
Dia tidak diwajibkan sekiranya dia tidak mahu melakukannya. Melainkan ketika tidak ada pilihan lain dan hanya dia sahaja yang boleh menyusukan, ketika itu penyusuan adalah disebabkan faktor dharurah.

Adakah Ibu Wajib Menyusukan Bayinya atau Ia adalah Hak Ibu?

Adakah Ibu Wajib Menyusukan Bayinya atau Ia adalah Hak Ibu

Jika kamu mengatakan ibu Wajib menyusukan bayinya, ia bermaksud ibu Wajib melakukannya sama ada dia rela ataupun tidak. Ibu Wajib menyusukannya selagi dia mampu melakukannya serta tiada keuzuran dan sebab-sebab syarie yang menghalangnya. Jika kamu mengatakan penyusuan adalah hak ibu, ia bermaksud ibu boleh menentukan pilihannya sendiri. Jika dia memilih untuk menyusukan anaknya, suami dan orang-orang lain tidak boleh menghalang. Tetapi jika dia tidak mahu melakukannya suami mesti mencari seorang ibu susuan lain untuk menyusukan anaknya.
Apabila perbezaan di antara Wajib dan hak telah jelas, persoalannya apakah kedudukan sebenar masalah ini? Adakah ia merupakan hak atau kewajiban ibu.
Fatwa dalam mazhab Syafie menyatakan bahawa penyusuan adalah hak ibu, dan dia boleh menyusukan anaknya apabila ia mahu. Ia bukanlah kewajipan ke atasnya. Ibu tidak diwajibkan menyusukan anaknya melainkan jika tidak ada orang lain yang boleh menunaikan tanggungjawab tersebut. Ketika itu ibu Wajib menyusukan anaknya kerana keadaan terpaksa (dharurah).

Dalil Disyariatkan Penyusuan

Dalil Disyariatkan Penyusuan

Daripada segi syarak, hukum seorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus. Ini kerana ia telah diamalkan sebelum dan selepas kedatangan Islam. Islam memperakuinya dan tidak mengharamkannya. Ini kerana dalam sesetengah keadaan ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu seperti jika ibu bayi tersebut meninggal dunia ataupun ibu tersebut menghidap sakit yang menghalangnya daripada menyusukan anak.
Keadaan ini memerlukan wanita lain menyusukan anaknya bagi meneruskan survival anak tersebut.

Dalil Harusnya Penyusuan

Dalil harusnya penyusuan ialah firman Allah s.w.t.:

Dan sebaliknya jika kamu (daripada kedua-dua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(At-Tolaq : 6)

Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu.
(A1-Ba’qarah: 233)

Takrif Penyusuan

Takrif Penyusuan

Penyusuan ( ) daripada segi bahasa ialah nama perbuatan menghisap tetek dan meminum susunya.
Penyusuan daripada segi istilah syarak pula ialah nama perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut atau mengesani otak seseorang kanak-kanak.