Kadar Nafkah
Nafkah tidak mempunyai kadar tertentu. Ia hanya ditentukan berdasarkan konsep cukup. Cukup ditentukan berdasarkan adat kebiasaan dan kemampuan pemberi nafkah.
Firman Allah Taala:
Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberikan nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberatkan seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(At-Tolaq: 7)
Apabila Nafkah Tidak Diberikan pada Waktunya, Adakah Ia Dianggap sebagai Hutang?
Nafkah kepada furu’ tidak menjadi hutang kepada pemberi nafkah apabila tidak diberikan pada Waktunya. Ini kerana nafkah adalah pertolongan daripada usul kepada furu’. Oleh itu ia bukanlah pemilikan terhadap hak tertentu, tetapi ditetapkan kerana hubungan kekeluargaan.
Maksudnya, furu’ mendapatkan keperluannya melalui nafkah. Jika keperluan tersebut tidak diperlukan lagi dan penerima tidak mahu ditunaikan kerana ingin menjaga kehormatan diri, lupa atau sebagainya sedangkan usul mampu melaksanakannya, adalah tidak lojik tanggungjawab tersebut menjadikan bapa berhutang kepada anaknya disebabkan keperluan yang anaknya sendiri tidak meminta ditunaikan kerana menjaga kehormatan diri, tidak mengambil berat atau lupa sehingga luput waktunya dan ia tidak diperlukan lagi.
Ini adalah hukum asal yang digunapakai ketika hubungan di antan anak dan ayah berlaku seperti biasa.
Tetapi ketika berlaku perselisihan, qadi perlu masuk campur untuk menyelesaikannya. Qadi hendaklah menetapkan nafkah tertentu yang mesti diberikan oleh bapa, atau memberi izin kepada anak untuk berhutang dengan kadar tertentu atau kadar yang