Li’an

KETIGA – LI’AN

Takrif li’an

Lian ( ) daripada segi bahasa bermaksud: menghalau dan menjauhkan. Antaranya: ungkapan ” ” yang bererti: Allah telah menghalau dan menjauhkannya. Li ’an dinamakan dengan nama ini kerana jauhnya hubungan di antara kedua-dua belah suami isteri terbabit

Li’an daripada segi istilah ialah beberapa perkataan tertentu yang digunakan sebagai hujah oleh orang yang terpaksa menuduh orang yang mencemarkan tempat tidurnya dan memberi malu kepadanya sebagai berzina

Selain itu, ia dinamakan li ’an kerana perkataan-perkataan yang digunakan semasa melakukan li ’an mengandungi lafaz laknat; dan kerana kedua-dua belah pihak yang melakukan li’an menjauhkan diri di antara satu sama lain disebabkan li’an yang dilakukan.

______________________
1 Riwayat lbnu Majah dalam kitab talak, bab zihar, no. 2063; Abu Daud dalam kitab talak bab zihar, no. 2214; dan Hakim dalam al-Mustadrak, kitab tafsir, tafsir surah al-Mujadalah, 2/481.

Hikmat Disyariatkan Li ‘an

Hukum li’an berbeza dengan kandungan hukum qazaf (menuduh lelaki atau perempuan yang suci berzina). Dalam hukum qazaf, penuduh dikenakan hukuman kesalahan hudud, dan secara hukumnya tertuduh disabitkan tidak rnelakukan kesalahan yang dituduh oleh penuduh.

Apakah hikmat di sebalik perbezaan ini? Kenapa suami yang menuduh isterinya berzina tidak dikenakan hukuman qazaf

Jawapannya: seorang lelaki yang tidak bergelar suami tidak akan ber‘ada dalam keadaan terpaksa menuduh orang lain berzina sama ada dia berada di pihak yang benar atau tidak.
Malah adab Islam menuntut supaya seseorang muslim menutup keaiban dan keburukan orang lain yang terdedah kepadanya. Islam berpada dengan memberi nasihat secara diam-diam tanpa diwarwarkan kepada orang ramai.
Walau bagaimanapun, bagi seorang suami, dia seolah-olah terpaksa rnendedahkan hakikat yang berlaku dan perzinaan yang dilakukan oleh isterinya. Ini kerana perbuatan isterinya telah mencemarkan tempat tidurnya dan memconteng arang ke mukanya. Ia menjadi alasan yang dibenarkan oleh syarak untuk suami berpisah dengan isterinya.
Jika suami berpisah dengan isterinya melalui cara talak, dia pasti terjerumus ke dalam kezaliman lain. Ketika itu dia terpaksa menyerahkan sepenuhnya mas kahwin isterinya tanpa mempunyai sedikitpun hak terhadapnya sedangkan perpisahan yang berlaku disebabkan perlakuan buruk isterinya.
Oleh itu satu peraturan khusus diperlukan bagi menghadapi keadaan ini. Melalui peraturan ini, kedua-dua pihak akan mendapat keadilan dan tidak ada pihak yang menjadi korban kezaliman pihak satu lagi. Peraturan tersebut ialah hukum li’an yang kita akan bincangkan sebentar lagi.
Dengan ini kamu dapat mengetahui hikmat seorang suami menuduh isterinya berzina. Apabila ia dilakukan berdasarkan garis panduan yang digariskan oleh syariat Islam, suami tidak akan dikenakan hukuman hudud menuduh berzina. Manakala kesalahan qazaf, penuduh boleh dikenakan hukuman qazaf kerana tuduhan dusta yang dilakukan. Juga kerana dia tidak menghiraukan tuntutan menutup keaiban orang-orang Islam.

Suami pula, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menuduh isterinya berzina secara dusta disebabkan pendustaan tersebut bagaikan menconteng arang kemuka sendiri dan menjatuhkan maruahnya. Suami dibenarkan membuka pekung isterinya kerana jika dia tidak berbuat demikian, ia bagaikan menconteng arang kemuka sendiri. Tindakannya itu juga boleh menjatuhkan maruah dan kredibilitinya di kalangan masyarakat.

Hukum Menuduh Isteri Berzina

Suami berhak menuduh isterinya berzina jika dia mengetahui isterinya telah berzina atau mempunyai sangkaan () yang kuat bahawa isterinya berzina, seperti jelas sekali isterinya berzina dengan seorang lelaki di samping dia sendiri melihat mereka berdua-duan di tempat tertutup. Suami diharuskan menuduh isteri berzina jika isterinya tidak mengandung akibat perzinaan tersebut.
Jika isteri mengandung dan suami mengetahui anak tersebut bukan anaknya, dia wajib menuduh isterinya berzina dan menafikan kandungan tersebut adalah anaknya. Ini kerana tidak menafikan kandungan tersebut sebagai anaknya memberi makna dia mernperakui anak tersebut adalah anaknya. Memperakui kandungan sebagai anaknya sendiri sedangkan sebenarnya tidak adalah haram sebagaimana haramnya menafikan hubungan keturunan (nasab) dengan anaknya séndiri.

Persoalannya, bagaimana cara untuk mengetahui kandungan tersebut bukan anaknya? Caranya ialah apabila dia belum lagi menyetubuhi isterinya; atau isterinya melahirkan anak kurang daripada tempoh enam bulan dari tarikh persetubuhan, dan enam bulan adalah tempoh hamil yang minima atau isteri melahirkan anak selepas empat tahun berlakunya persetubuhan. Ini kerana empat tahun adalah tempoh hamil yang maksima.
Apabila isteri melahirkan anak dalam keadaan di atas ternyatalah anak tersebut bukan anak suaminya. Ketika itu suami wajib menafikannya supaya anak tersebut tidak mempunyai hubungan keturunan (nasab) dengannya.

Cara Suami Meli’an Isterinya

Suami boleh dikenakan hukuman qazaf jika,,dia menuduh isterinya berzina melainkan dia membawa bukti. Buktinya ialah empat orang saksi termasuk dirinya sendiri. Inilah hukum qazaf umumnya.
Nabi s.a.w. bersabda kepada Hilal bin Umayyah r.a. sewaktu beliau menuduh isterinya berzina: ‘Kemukan bukti, atau kamu dikenakan hukuman hudud di atas belakang kamu.” Hilal berkata: ”Demi Tuhan yang mengutuskan Tuan membawa kebenaran, aku memang bercakap benar. Demi Allah, pasti Allah akan menurunkan wahyu yang membebaskan aku daripada hukuman. ”

Allah telah menurunkan hukum li‘an. Ia adalah cara untuk suami menyelamatkan diri daripada dikenakan hukuman qazaf apabila menuduh isterinya berzina. Kalau begitu, bagaimana li’an dilakukan?
Li’an dilakukan di hadapan hakim dengan dihadiri oleh sekumpulan manusia. Disunatkan ia dihadiri oleh ketua-ketua masyarakat dan orang-orang soleh, serta dilakukan di masjid di tempat yang tinggi, seperti di atas mimbar dan sebagainya. Ketika itu suami hendaklah berkata: “Aku bersaksi dengan Allah bahawa sesungguhnya aku berada di pihak yang benar dalam dakwaanku bahawa isteriku si anu binti si anu berzina, dan bahawa anak ini
(jika telah beranak atau di dalam kandungan) adalah anak zina, bukan anak aku.”
Dia hendaklah menyebutnya sebanyak empat kali. Jika isterinya hadir di situ, dia hendaklah menunjukkan tangannya kearah isterinya setiap kali menyebutnya.
Kemudian, pada kali yang kelima, selepas dinasihatkan dan diberi peringatan oleh hakim supaya tidak berbohong, suami hendaklah berkata: “Aku dilaknat oleh Allah jika aku berbohong.”

Dalil Li‘an


Dalil li’an ialah firman Allah Taala:

Dan orang-orang yang menuduh isteri-isteri mereka berzina, sedangkan mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhan itu) melainkan diri mereka sahaja, maka persaksian (yang sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia daripada orang-orang yang benar. Dan sumpah yang kelima pula (hendaklah dia berkata) bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia daripada orang-orang yang berdusta.
(An-Nur: 6-7

Dalil daripada hadis pula ialah:
Sahl bin Saad r.a. berkata: Seorang lelakl Ansor datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan berhata: “Wahai Rasulullah, apakah pendapat Tuan jika seorang lelaki mendapati isterinya bersama seorang lelaki lain, adakah dia boleh membunuh lelaki itu, atau apakah yang perlu dilakukan?”
Lalu Allah menurunkan dalam al-Quran ayat yang menceritakan hukum dua orang yang berli ’an itu. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Allah telah menjelaskan hukumnya terhadap masalah kamu dengan isterimu. ”Sahl r.a. berkata lagi: Mereka berdua pun melakukan li’an di Masjid, dan aku menyaksihannya. Dalam satu riwayat lain disebut: Kedua-duanya pun melakukan li’an. Aku bersama orang ramai berada di samping Rasulullah s.a.w..’ .

Hukum-hakam Hasil daripada Suami Meli’an Isterinya

Apabila suami meli’an isterinya mengikut cara yang disebutkan diatas, ia melahirkan lima hukum iaitu:

  1. Suami tidak dikenakan hukuman hudud kesalahan qazaf.
  2. Isteri wajib dikenakan hukuman hudud kesalahan zina kecuali dia juga melakukan li’an.
  3. Hubugan perkahwinan antara mereka berdua terbatal.
  4. Menafikan kandungan atau anak yang dilahirkan adalah anaknya. Dengan itu anak tersebut tidak boleh dibinkan (dinasabkan) kepada suami dan hendaklah diserahkan kepada isteri.
  5. Mereka diharamkan berkahwin selama-lamanya.

______________________
1 Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab melakukan li‘an di masjid, no.5003; dan Muslim di awal kitab |i‘an no 1492

Ibnu Umar rhuma. meriwayatkan bahawa:
Nabi s.a.w. melakukan li’an di antara seorang lelaki dan isterinya. Dengan itu, ternafilah anak si isteri (dan anak itu tidak dibinkan kepada si suami). Lalu Baginda memisahkan di antara mereka berdua, dan menasabkan anak itu kepada si isteri.
Sahl bin Saad r.a. berkata:
Selepas peristiwa itu, telah menjadi sunnah bahawa pasangan suami isteri yang melakukan li ’an mesti dipisahkan, kemudian mereka tidak boleh berkahwin semula selama-lamanya.

Cara Isteri Melakukan Li’an

Li’an yang dilakukan oleh suami akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan qazaf. Li‘an yang dilakukan oleh isteri pula akan menyelamatkannya daripada hukuman hudud kesalahan zina akibat daripada li’an yang dilakukan oleh suaminya.
Cara li’an isteri pula ialah dia berkata: “Aku bersaksi dengan Allah bahawa sesungguhnya si polan berbohong dalam tuduhannya yang mengatakan aku berzina.”
Kata-kata ini hendaklah diulang sebanyak empat kali. Seterusnya pada kali yang kelima, dia hendaklah berkata: Kemurkaan Allah menimpaku sekiranya dia memang benar. Apabila dia berkata demikian, hukuman hudud bagi kesalahan zina tidak dikenakan ke atasnya

Dalil Li’an Isteri
Dalilnya ialah firman Allah Taala:

Dan bagi menghindarkan hukuman siksa daripada isteri (yang kena tuduh) itu, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah sebanyak empat kali bahawa sesungguhnya suaminya (yang menuduh) itu memang daripada orang-orang yang berdusta. Dalam sumpah yang kelima pula, (hendaklah dia berkata) bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya memang seorang yang benar.
(An-Nur: 8-9)

_______________________
1. Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab anak dinasabkan kepada perempuan yang melakukan li‘an, no. 5559; dan Muslim dalam kitab li‘an, no. 1494.
2. Riwayat Abu Daud dalam kitab talak, bab li‘an, no. 2250.

Syarat-syarat Li’an yang Paling Penting

Untuk menjadikan li’an itu sah, mesti mengambil kira syarat-syarat berikut:

  1. Qazaf (suami menuduh isterinya berzina) berlaku lebih dahulu daripada li’an.
  2. Li’an suami mendahului lia‘n isteri.
  3. Kedua-dua suami isteri mesti menyebut perkataan-perkataan yang kita sebutkan tadi. Jika salah seorang menukarkan lafaz penyaksian tadi dengan lafaz lain seperti aku bersumpah atau dia menukarkan perkataan laknat dengan perkataan murka atau sebaliknya, li’an tersebut tidak sah. Ini kerana lafaz li’an diterangkan dengan jelas dalam al-Quran al-Karim dan mesti digunakan semasa melakukan li’an.
  4. Kelima-lima penyaksian (lafaz li’an yang disebut sebanyak lima kali) hendaklah dilakukan secara muwalat dan berturut-turut. Oleh itu ia tidak boleh dipisahkan oleh sebarang perkara yang dianggap oleh ‘uruf sebagai pemisah.
  5. Hakim wajib memberikan nasihat dan mengingatkan kedua-dua pasangan supaya tidak berbohong seperti berkat “Perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah. Salah seorang daripada kamu adalah pembohong. Adakah sesiapa yang ingin bertaubat?”

Ibnu Umar rhuma. menceritakan bahawa:
Nabi s.a.w. memanggil lelaki yang menuduh. Baginda membaca ayat-ayat al-Quran, menasihati, mengingatkan dan memberitahu kepadanya bahawa hukuman di dunia jauh lebih ringan berbanding azab di akhirat. Lelaki itu berkata: ‘
“Demi Tuhan yang mengutuskan Tuan membawa kebenaran, aku tidak berbohong dalam tuduhanku terhadapnya.” Seterusnya, Baginda bercakap pula dengan wanita itu sambil menasihati, mengingatkan dan memberitahu kepadanya bahawa hukuman di dunia jauh lebih ringan berbanding azab
di akhirat. Perempuan itu berkata: “Tidak. Demi Tuhan yang mengutuskan Tuan membawa kebenaran, dia tidak benar.”
Ibnu Umar r.huma. berkata lagi: Kemudian Baginda memulakan dengan si suami, lalu dia bersaksi sebanyak empat kali dengan nama Allah bahawa dia memang seorang yang benar. Pada kali yang kelima, dia menyebut bahawa Allah melaknatnya jika dia berbohong.
Kemudian Baginda meminta perempuan tersebut melakukan li’an. Dia pun bersaksi dengan Allah sebanyak empat kali bahawa suaminya memang berbohong. Pada kali yang kelima, dia menyebut bahawa kemurkaan Allah menimpanya jika suaminya memang benar. Kemudian Nabi s.a.w. memisahkan di antara mereka berdua.

Dalam riwayat Bukhari disebut, Nabi s.a.w. bersabda kepada kedua-duanya:
Perhitungan sebenar kamu terserah kepada Allah. Salah seorang daripada kamu berbohong. Kamu (wahai si suami) tidak boleh lagi merujuk bekas isterimu?
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas rhuma. bahawa:
Hilal bin Umayyah menuduh isterinya berzina. Beliau rlatang, lalu bersaksi (bagi mengesahkan tuduhan). Nabi saw. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa salah seorang daripada kamu berbohong. Adakah salah
seorang daripada kamu ingin bertaubat?

Abu Hurairah r.a. mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda sewaktu turunnya ayat li’an:

Mana-mana perempuan yang memasukkan ke dalam sesuatu kaum zuriat yang bukan daripada kalangan mereka, maka perempuan itu tidak akan dirahmati oleh Allah sedikitpun, dan Allah tidak akan memasuhhannya ke dalam synrga-Nya.
Mana-mana lelaki yang menafikan anaknya, sedangkan dia melihat kepadanya (dan mengetahui bahawa anak itu kepunyaannya); maka Allah akan menghalang lelaki itu daripada rahmat-Nya, dan akan rnendedah aibnya di hadapan semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian (pada har’i kiamat).’

Kita memohon rahmat Allah di dunia dan di akhirat.

___________________

  1. Riwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab hadis-hadis mengenai |i’an, no. 1202.
  2. Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab imam (hakim) berkata kepada suami isteri yang melakukan Ii’an: “Salah seorang daripada kamu pemb0hong…,” no. 5006.
  3. Riwayat Bukhari dalam kitab talak, bab suami memulakan Ii’an, no. 5001.

Nikah

  1. Nikah
  2. Hukum Perkahwinan
  3. Kedudukan Keluarga dan Penjagaannya Dalam Islam
  4. Perempuan Yang Haram dikahwini
  5. Hukum Poligami dan Hikmat Disyariatkan
  6. Mukaddimah Perkahwinan
  7. Rukun Nikah
  8. Mas Kahwin (Hukum-hakam, Mut’ah dan Keterlaluan Dalam MasKahwin)
  9. Akad Nikah dan Kesannya
  10. Pembahagian Giliran Bermalam
  11. Nusyuz
  12. Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh Nikah dan Kesannya

TA’RIF :

  1. BAHASA : mencantum & mengumpul
  2. ISTILAH  : akad yg mengharuskan   perbuatan bermesra,    intim atau bercengkerama    dengan wanita yg bukan mahram 

KESAN AKAD:

  • Lelaki memiliki perempuan yg dikahwini.
  • Wanita halal bermesra tapi tidak memiliki secara khusus, tetapi boleh memiliki bersama wanita lain

Walimah (Kenduri Kahwin)

Walimah (Kenduri Kahwin)

Maksud Walimah

Walimah berasal daripada perkataan al-walmu ( ), maksudnya perjumpaan. Dinamakan walimah kerana kedua-dua bertemu di sini.

Maksud walimah yang disebut dalam al-Qamus ialah untuk kenduri kahwin atau semua makanan yang dibuat memanggil orang atau untuk selainnya.

 

Hukum Walimah

Hukum walimah ialah sunat muakkad kerana ia sabit daripada Nabi s.a.w. secara perkataan dan perbuatan. Antaranya hadis-hadis yang bermaksud:

Nabi s.a.w. mengadakan walimah sempena perkahwinannya dengan seorang isterinya dengan dua cupak barli.’

Nabi s.a.w. mengadakan walimah sempena perkahwinannya dengan Sofiyyah binti Huyai r.ha. dengan sawiq (sejenis makanan yang dibuat daripada tepung gandum dan barli) dan kurma?

Sesungguhnya Nabi s.a.w. mengadakan kenduri perkahwinannya dengan Zainab r.ha. dengan roti dan daging.

Baginda s.a.w. bersabda kepada Abdur Rahman bin Auf r.a.:

Buatlah walimah, walaupun dengan seekor kambing

Para ulama mengatakan perbuatan dan perkataan Nabi s.a.w. di atas menunjukkan hukum melakukan walimah adalah sunat.

 

Kadar Walimah

Kadar minima bagi orang kaya ialah seekor kambing dan tidak ada kadar maksima dalam mengadakan walimah. Bagi orang miskin kadarnya ialah makanan yang dia mampu.

Waktu Walimah

Waktu kenduri adalah luas dan panjang. Iaitu dari berlakunya akad sehinggalah selepas persetubuhan. Walau bagaimanapun waktu yang paling baik ialah selepas persetubuhan. Ini kerana Nabi s.a.w. hanya mengadakan walimah untuk perkahwinannya dengan istéri-isterinya selepas persetubuhan.

Hadis-hadis mengenai perkahwinan Nabi s.a.w. menyatakan bahawa setelah Nabi s.a.w. rnenjadi pengantin, barulah Baginda mengajak orang ramai.‘

Hikmat Disyariatkan Walimah

Hikmat disyariatkan walimah ialah untuk menunjukkan rasa syukur kepada Allah kerana berjaya mengadakan perkahwinan tersebut. Hikmat lain ialah manusia boleh berhimpun dan berjumpa pada waktu itu. Perjumpaan ini akan rnengeratkan hubungan kasih-sayang dan persaudaraan.

Walimah juga diadakan untuk menghebahkan kepada orang ramai berita yang dulunya rahsia. Pemberitahuan ini dapat menzahirkan perbezaan di antara perkahwinan yang syarie dengan perzinaan yang dilarang.

Hukum Menghadirkan Diri ke Majlis Walimah

Menghadiri majlis walimah menjadi fardu ain kepada mereka yang dijemput.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila seseorang kamu dijemput ke majlis kenduri, maka hendaklah dia hadir.

Sesiapa yang tidak menyahut jemputan, maka sesungguhnya dia télah mengingkari Allah dan Rasul-Nya.”

 

Syarat Wajib Menghadiri Walimah (kenduri kahwin)

Para ulama meletakkan beberapa syarat untuk menjadikan walimah wajib dihadiri, antaranya:

1. Walimah tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja. Jika dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja, kita tidak wajib menghadirinya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah (kenduri) yang dijemput hanya orang-orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang-orang miskin. Sesiapa yang tidak menghadiri jemputan, sesungguhnya dia telah menderhakai Allah dan Rasul-Nya.’

Hadis di atas memberitahu apa yang akan berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.. Ketika walimah, mereka hanya menjemput, merai dan menghidang makanan-makanan yang lazat kepada orang-orang kaya sahaja sebagaimana yang biasa berlaku hari ini.

2. Orang yang menjemput ialah orang Islam. Begitu juga orang yang dijemput. Jika tidak, kita tidak wajib menghadiri walimah tersebut.

3. Hendaklah jemputan pada hari pertama, jika walimahnya diadakan lebih daripada sehari. Sunat menghadirinya jika dijemput pada hari kedua. Makruh menghadiri jemputan pada hari ketiga. Rasululllah s.a.w bersabda:

Makanan (kenduri) pada hari pertama wajib dihadiri. Makanan pada hari kedua adalah sunat. Makanan pada
hari ketiga pula adalah menunjuk-nunjuk. Sesiapa yang menunjuk-nunjuk, Allah akan menunjuk-nunjuk dengannya (menghukurn dan mendedahkan aib-aibnya pada hari kiamat).’

 

Walimah pada hari pertama adalah hak, pada hari kedua adalah kebajikan, dan pada hari ketiga pula adalah
menunjuk-menunjuk dan mengharap pujian orang?

4. Jemputan dilakukan untuk menambahkan kasih-sayang dan mengeratkan hubungan. Jika jemputan dilakukan kerana takut kepadanya atau ingin mendapatkan kedudukan dan pangkat, jemputan itu tidak wajib dihadiri.

5. Empunya walimah bukan orang yang zalim, jahat atau memiliki harta haram. Jika sebaliknya, walimah itu tidak wajib dihadiri.

6. Dalam walimah itu tidak terdapat perkara-perkara mungkar seperti arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan atau gambar manusia atau haiwan yang tergantung pada dinding rumah pengantin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia duduk sama sekali di hidangan yang diedarkan arak

Jika kehadirannya boleh menghapuskan kemungkaran, dia wajib hadir dan menghapuskan kemungkaran itu.

 

Memakan Makanan Walimah

Orang yang menghadiri jemputan walimah tidak wajib memakan makanan walimah itu. Yang wajib hanyalah hadir. Jika dia mahu makan bolehlah makan. Tetapi jika tidak mahu makan bolehlah dia meninggalkan makanan tersebut. ‘
Rasulullah s.a.w. bersabda: ’

Apabila seseorang kamu dijemput untuk menikmati makanan, maka hendaklah dia pergi. Jika ingin makan, bolehlah dia makan. Jika ingin (beredar tanpa makan), bolehlah dia meninggalkannya.’

Ada ulama yang mengatakan wajib makan kecuali jika dia berpuasa. Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

Apabila seseorang kamu dijemput, hendaklah dia menghadiri jemputan itu. Jika berpuasa, hendaklah dia berdoa untuk taun punya walimah (supaya Allah memberi keampunan dan keberkatan). Jika tidak berpuasa, hendaklah dia makan?

Orang yang menghadiri walimah disunatkan makan makanan yang dihidangkan kepadanya dan dia hanya dibenarkan makan (bukan disimpan untuk dibawa pulang).

Dia boleh mengambil makanan untuk dibawa pulang misalnya, jika dia tahu tuanpunya walimah membenarkannya. Dihalalkan mencampakkan benda-benda manis dan sebagainya seperti buah kurma, kacang, duit syiling dan duit kertas ke arah pengantin perempuan. Halal mengambilnya, tetapi meninggalkannya adalah lebih utama.

 


1 Riwayat Bukhari dalam kitab wudhuk, bab membaca bismillah dalam semua keadaan dan semasa jimak, no. 141; dan Muslim dalam kitab nikah, bab kata-kata yang disunatkan ketika jimak, no 1434, daripada Abu Abbas r.huma.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab orang yang mengadakan walimah kurang daripada seekor kambing, no. 4877.
2 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai walimah, no. 1095; Abu Daud dalam kitab makanan, bab sunat mengadakan walimah ketika berkahwin, no. 3744; dan lbnu Majah dalam kitab nikah, bab walimah, no. 1909.
3 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab perkahwinan Zainab… dan sabitnya walimah  perkahwinan, no. 1428. .
4 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab walimah walaupun dengan seekor kambing, no. 4872; dan Muslim dalam kitab nikah, bab mas kahwin dan diharuskan dengan mengajar al Quran…, no. 1427.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab walimah adalah hak yang perlu ditunaikan; dan Muslim dalam kitab nikah, bab kelebihan membebaskan hamba perempuan kemudian mengahwininya.
2 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab hak menghadiri walimah dan jemputan, no. 487 dan Muslim dalam kitab nikah, bab suruhan menyahut jemputan, no. 1429, daripada lbnu Umar r.huma..
3 Riwayat Muslim dalam kitah nikah. bab suruhan menyahut jemputan, no. 1432, daripada Abu Hurairah r.a.

1 Riwayat Muslim dalam kitab’nikah, bab suruhan menyahutjemputan, no. 1432, daripada Abu Hurairah r.a..
Sabda Rasulullah s.a.w.

1 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab suruhan menyahut jemputan, no. 1430, daripada Jnbir r.a.. ‘ ‘
2 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab suruhan menyahut jemputan, no. 1431, daripada Abu Hurairah r.a.. –
3 Adat ini biasanya dilakukan oleh orang Arab untuk menzahirkan rasa gembira. (pent).

1 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai walimah, no. 1097, daripada lbnu Mas’ud r.a..
2 Riwayat Ahmad, 5/28; dan lain-lain.
3 Dikeluarkan oleh Hakim dan beliau mensahihkannya. Lihat: al-Mustadrak, kitab adab bab jangan duduk di hidangan yang diedar arak, 4/288.

Sunat Akad Nikah

Sunat Akad Nikah

Akad nikah mempunyai beberapa perkara sunat yang patut dilakukan untuk memuliakan akad tersebut, antaranya:

1. Khutbah nikah sebelum akad diadakan. Khutbah disunatkan bagi pihak suami atau wakilnya. Dalilnya ialah hadis yang di diriwayat daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. secara mauquf dan marfu’:

Apabila seseorang kamu ingin berkhutbah kerana sesuatu hajat seperti bernikah dan lain-lain, maka hendaklah dia berkata: … sehingga akhir hadis.’

Hadis ini telah disebutkan sebelum ini di bawah tajuk sunat-sunat khutbah. ‘ ’

2. Mendoakan kebaikan untuk kedua-dua pengantin. Sunat mendoakan kebaikan untuk pengantin ketika majlis perkahwinan berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

Apabila Nabi s.a.w. mahu mendoakan seseorang ketika berkahwin, baginda berkata:

Semoga Allah memberkati untuk kamu. Semoga Allah memberkati ke atas kamu. Semoga Allah. menghimpunkan
di antara kamu berdua dalam kebaikan.’

 

3. Menghebahkan akad nikah dan melahirkan kegembiraan dengan memukul gendang. Akad nikah sunat diberitahu kepada orang ramai supaya mereka boleh berkumpul di majlis tersebut. Merahsiakannya adalah makruh.

Disunatkan memalu gendang serta melagukan nasyid yang mengandungi makna yang baik bagi melahirkan kegembiraan.

Rasullullah s.a.w. bersabda:

Hebahkanlah pernikahan ini, dan palulah gendang bersempenanya.’

Pemisah di antara (perkahwinan, yang) halal dan yang haram ialah gendang dan suara (hiruk-pikuk)?

Sebarkanlah berita perkahwinan ini. Lakukanlah ia di masjid, dan palulah gendang kerananya?

Kita juga disunatkan menzahirkan kegembiraan dan keseronakan, berhibur dengan hiburan yang berakhlak dan jauh daripada dosa.

Diriwayatkan daripada Aisyah r. ha. bahawa beliau menghantar seorang pengantin perempuan kepada pengantin lelaki daripada golongan Ansor. Nabi s.a. w. bertanya: “Wahai Aisyah, tidak ada hiburankah? Sesungguhnya orang Ansor sukakan hiburan. ””

Walau bagaimanapun, nyanyian yang gila-gila, membawa kepada maksiat dan kejahatan, menceritakan kecantikan dan membawa dan membangkitkan hawa nafsu, tidak ragu-ragu lagi ia haram di majlis perkahwinan dan di tempat lain.

4. Membaca doa semasa melakukan persetubuhan.

Suami disunatkan membaca doa semasa bersetubuh dengan isterinya atau sewaktu berazam untuk bersetubuh. Iaitu:

Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan, dan jauhkanlah syaitan daripada rezeki (anak) yang kamu berikan kepada kami.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Jika seseorang lelaki ingin menyetubuhi isterinya dan dia berdoa: “Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan, dan jauhkanlah syaitan daripada rezeki yang kamu berikan kepada kami, jika ditakdirkan dia mendapat anak hasil persetubuhannya itu, maka anak itu tidak akan dimudaratkan oleh mana-mana syaitan selama-lamanya

5 Mengadakan walimah (kenduri kahwin).

Mengadakan kenduri kahwin adalah sunat. Kita akan membincangkan perkara ini secara lebih terperinci.


1 Takhrijnya telah berlalu.
2 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai apa yang dikatakan kepada pengantin no 1091, abu daud dalam kitab bab apa yang dikatakan kepada pengantin, no 2130 dan Ibnu Majah dalam kitab , bab tahniah perkahwinan no 1905

1 Riwayat lbnu Majah dalam kitab nikah, bab menyebarkan berita perkahwinan, no. 1895 daripada Aisyah r.ha.
2 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai penyebaran berita perkahwinan, no. 1088; dan lain-lain. .
3 Riwayat Tilrmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai penyebaran berita perkahwinan, no. 1089.
4 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab para perempuan menghantar pengantin perempuan kepada suaminya, no. 4867.

Hak-hak dan Tanggung jawab Selepas Akad Nikah

Hak-hak dan Tanggung jawab Selepas Akad Nikah

Jika akad nikah yang sahih berlaku, terdapat pelbagai hak dan tanggung jawab yang mesti ditunaikan oleh kedua-dua pasangan

Hak-hak dan tanggung jawab ini akan dibincangkan dalam tajuk-tajuk yang khusus nanti. Cukuplah di sini dengan kita menyenaraikannya dan menyatakan dalil-dalilnya sahaja. .

Hak-hak dan kewajipan suami isteri adalah seperti berikut;

1. Halal bagi suami isteri beristimta’ (berseronok dan bersetubuh) dalam bentuk yang syarie. Firman Allah Taala:

Isteri-isteri kamu adalah seumpama kebun tanaman kamu. Oleh sebab itu, datangilah kebun tanaman kamu sebagaimana yang kamu sukai.
Al-Baqarah: 223

2. Isteri wajib mengikuti, mentaati dan menjadikan suami sebagai penguasa dirinya. Dia juga Wajib menjaga rumahtangga suaminya. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Apabila seseorangperempuan bermalam dengan meninggalkan tempat tidur suaminya (tanpa izinnya), malaikat akan melaknatnya sehingga subuh hari. 1

Dalam satu riwayat lain, Nabi s.a.W. bersabda:

Apabila seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidumya, lalu si isteri tidak datang kepadanya, dan si suami bermalam dalam keadaan marah kepada isterinya, maka si isteri dilaknat oleh para malaikat sehingga masuk waktu pagi.

Ketika khutbah Haji al-Wada’, Nabi s.a.w. bersabda:

Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya di atas hamparan kamu (memasuki rumah kamu)  2

3. Mas kahwin.

Mas kahwin adalah hak isteri yang diwajibkan kepada suami.  Firman Allah Taala:

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai satu pemberian (yang wajib).
(An~Nisa‘: 4)

4. Nafkah.

Semua orang islam bersepakat mengatakan bahawa nafkah isteri adalah kewajiban suami. Firman Allah Taala:

Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
(A1-Baqarah: 233)
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani edah) itu di tempat kediaman kamu, sesuai dengan kemampuan kamu. Janganlah kamu menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan kamu hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).
(At-Tolaq 6)

Rasulullah s.a.w. bersabda semasa Haji al-Wada’:

Kamu wajib memberikan rezeki dan pakaian kepada mereka (para isteri) secara yang baik.’ 3

Termasuk dalam pengertian nafkah ialah memberi makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal. Perkara ini akan dibincangkan semula secara panjang lebar.

5. Bahagian yang sama kepada para isteri.

Pembahagian yang sama bagi semua isteri diwajibkan kepada mereka yang berpoligami. Sabda Rasulullah s.a.w.: ‘

Apabila seorang lelaki mempunyai dua orang isteri, tetapi dia tidak berlaku adil terhadap mereka, maka pada hari kiamat dia datang dengan sebelah badannya jatuh. 4

Aisyah r.ha. berkata:

Nabi s.a.w. telah melakukan pembahagian kepada semua isterinya secara adil. Baginda berkata:
 
Ya Allah, inilah pembahagianku pada apa yang aku miliki (tempat tinggal dan nafkah). Janganlah Engkau mencelaku pada apa yang Engkau miliki tetapi aku tidak rnemilikinya (rasa cinta dan kasih sayang). 5

6. Keturunan.

Anak yang lahir selepas perkahwinan dinasabkan kepada bapanya jika isteri mengandung mengikut masa hamil yang biasa iaitu sekurang-kurangnya enam bulan dan paling lama empat tahun. Oleh itu setiap anak yang lahir hasil daripada perkahwinan yang sah adalah dinasabkan kepada suami. Sabda Nabi s.a.w. :

Anak (yang lahir daripada hubungan suami isteri yang sah) dinasabkan kepada bapanya. Penzina pula hanya kempunan tidak berhak ke atas anak yang lahir daripada hubungan zina).

7. Hak mewarisi harta pusaka antara suami dan isteri berdasarkan syarat-syarat yang terdapat dalam bab harta pusaka. Firman Allah Taala:

Dan bagi kamu (wahai para suami) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu, jika mereka tidak mempunyai  anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, kamu beroleh satu perempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkandan sesudah dibayar hutangnya. Bagi mereka-mereka (isteri-isteri ) pula seperempat daripada harta yang kamu tinggalkan. Tetapi jika kamu mempunyai anak, maka bahagian mereka ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggal, sesuadah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayar kamu
(An-Nisa‘: 12)


1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab apabila isteri bermalam dengan meninggalkan tempat tidur suaminya, no. 4897; dan Muslim dalam kitab nikah, bab pengharaman isteri enggan tidur di tempat tidur suaminya, no. 1436, daripada Abu Hurairah r.a..
2 Riwayat Muslim dalam satu hadis yang panjang dalam kitab haji, bab haji Nabi s.a w no 1218 dan lain-Iain.

3 Riwayat Muslim, no. 1218; dan lain-Iain. _
4 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai penyamarataan di antara madu-madu, no. 1141; lbnu Majah dalam kitab nikah, bab pembahagian kepada para isteri, no. 1969; dan Abu Daud dalam kitab nikah, bab pembahagian kepada para isteri, no 2133 daripada Abu Hurairah r.a.

1 Riwayat Tirmizi dalam kitab: nikah, bab: apa yang diriwayatkan tentang penyamaan diantara madu-madu. no. 1140;Abu Daud dalam kitab: nikah, bab: mengenai pembahagian diantara para isteri, no. 2134; dan lain-Iain.
2 Riwayat Muslim dalam kitab penyusuan, bab anak dinasabkan kepada bapanya dan tututan menjauhi syubhah, no. 1457.

Jenis-jenis Nikah

Jenis-jenis Nikah

Nikah terbahagi kepada dua iaitu nikah yang batil dan nikah sah

Nikah yang batil ialah nikah yang tidak cukup rukun atau syarat sah nikah.

Hukum nikah ini adalah haram. Tidak ada apa-apa kesan yang lahir daripada perkahwinan itu. Walaupun begitu, dalam sesetengah bentuk nikah yang batil, perempuan wajib dibayar mahar misil, contohnya, perkahwinan tanpa wali dan perempuan itu telah disetubuhi. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Mana-mana perempuan yang berkahwin tanpa kebenaran walinya, maka nikahnya adalah batal, sambil Baginda mengulanginya tiga kali. Jika berlaku persetubuhan, maka baginya mahar misil dengan sebab dia menghalalkan farajnya.’ 1

 

Nikah yang sah ialah nikah yang cukup rukun dan syarat sah perkahwinan. Perkahwinan ini melahirkan kesan-kesan dan tanggung jawab yang akan disebutkan nanti.


1 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai tiada nikah melainkan dengan wali no.1102

Makna Nikah

Makna Nikah

Nikah ( ) dari segi bahasa ialah bergandingan, bercampur dan bergaul. Orang Arab berkata: “Si polan menikahkan unta-untanya,” bermaksud: menggandingkan sebahagiannya dengan sebahagian yang lain. Mereka juga berkata: “Dia dinikahi tidur,” bermaksud: dicampuri tidur.

Begitu juga firman Allah Ta’ala:

(Dikatakan kepada para malaikat): ”Himpunkanlah orang-orang yang zalim dan gandingan-gandingan mereka (iaitu syaitan-syaitan). “
As-Soffat: 22

Nikah dari istilah syarak ialah akad yang mengharuskan suami-isteri melakukan istimta’ (berseronok dan bersetubuh) dengan cara yang syarie.

AKAD NIKAH DAN KESANNYA

Akad Nikah dan Kesannya