NIKAH

1. NIKAH

1.1. Pengertian Nikah

Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Kata sesetengah orang arab: “Pok0k-pokok itu bernikah,” Ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat di antara satu sama lain. Dari segi syarak, nikah ialah satu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh/berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak.

Ia dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya di antara satu sama lain.
Orang Arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad, juga dengan makna persetubuhan serta berseronok-seronok. Walaupun begitu makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya (majaz) ialah persetubuhan.

Al-Quran secara umumnya menggunakan perkataan nikah dengan makna akad dan bukannya persetubuhan.

Firman Allah s.w.t.: .

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi (mengahwini) perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, maka tidaklah perlu kamu menghitung edah mereka.
(Al-Ahzab: 49)

Kalimah ‘menikahi perempuan-perempuan yang beriman’ dalam ayat di atas bermaksud kamu mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan-peregmpuan yang beriman. Ini berpandukan firman Allah selepas itu yang bermaksud: ‘kemudian kamu ceraikan mereka sebelum karnu menyentuh mereka.’ Maksud. menyentuh mereka ialah menyetubuhi mereka.

1.2. Kenapa nikah disyariatkan

Islam telah mensyariatkan pernikahan serta meletakkan peraturan-peraturan yang jelas dan tepat. Peraturan-peraturan ini diasaskan di atas prinsip-prinsip kukuh yang menjamin kesejahteraan masyarakat, kebahagian rumahtangga, penyebaran kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

1.3. Dalil-dalil disyariatkan perkahwinan

Dalil-dalil disyariatkan perkahwinan diambil daripada ayat-ayat al-Qura n, hadis-hadis Nabi serta ijmak ulama. .

1. Ay at-ayat Al-Quran
Banyak ayat al-Quran yang menerangkan tentang perkahwinan. Antaranya:

Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang /eamu sukai (berkenan hati) dua, tiga atau empat orang.’
(An-Nisa‘: 3)

Dan kahwinkanlah orang-orang yang bersendirian (bujang) di antara kamu dan hamba sahaya lelaki dan
hamba sahaya perempuan yang soleh.
(An-Nur: 32)

Maksud “orang-orang yang bersendirian (bujang)” ialah perempuan-perempuan yang tidak mempunyai suami dan lelaki-lelaki yang tidak mempunyai isteri.

2. Hadis ‘
Banyak hadis yang menerangkan tentang perkahwinan.

Antaranya Rasulullah s.a.w. bersabda:

Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan
itu lebih menutup pandangan mata dan lebih menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah
dia berpuasa, kerana puasa adalah pendinding baginya.‘

Maksud berkemampuan ialah mampu bersetubuh serta mampu menyara isteri. ‘
Maksud pendinding ialah penyekat keinginan untuk bersetubuh.

3. Ijmak Ulama
Ulama di sepanjang zaman bersepakat bahawa perkahwinan merupakan syariat Allah.

1.4. Galakan berkahwin
Islam menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan mempunyai faedah yang besar kepada individu dan masyarakat.
Sabda Rasululah s.a.w.:

Dunia adalah bahan keseronakan, dan sebaik-baik bahan keseronokan dunia ialah perempuan yang solehah/

Empat perkara daripada sunnah-sunnah para rasul, iaitu malu, memakai wangian, bersugi dan berkahwin.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab galakan supaya berkahwin, no. 4779; dan Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. dalam kitab nikah, bab sunat berkahwin bagi mereka yang ingin berkahwin, no. 1400.
2 Riwayat Muslim daripada Abdullah bin Umar r.huma. dalam kitab penyusuan, bab sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan solehah, no. 1476.
3 Riwayat At-Tlrmizi daripada Abu Ayub r.a. dalam kitab nikah, bab kelebihan berkahwin dan galakan supaya berkahwin, no. 1080.

1.5. Hikmat perkahwinan disyariatkan

Perkahwinan mempunyai banyak faedah dan hikmah, antaranya:

1. Menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh Allah

Allah telah mencipta manusia serta membekalkan mereka dengan keinginan seksual dan keinginan kepada wanita. Fitrah ini juga dibekalkan kepada wanita-wanita.

Oleh kerana Islam merupakan agama fitrah, Islam telah mensyariatkan perkahwinan untuk menyahut seruan fitrah yang terpahat di jiwa manusia. Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan yang boleh memenuhi tuntutan itu.

Islam tidak menyekat naluri ini. Ia tidak menghancurkan kehidupan manusia dengan mengharamkan perkahwinan. Ia juga tidak menyeru manusia agar membujang dan hidup seperti seorang rahib.

Abi Samrah r.a. menyatakan:

Nabi melarang daripada hidup membujang.’

Saad bin Abi Waqas r.a. berkata:
Rasululah telah menolak permohonan Osman bin Maz‘un untuk hidup membujang. Kalaulah Rasulullah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri?

Islam tidak membiarkan naluri manusia tidak dipenuhi. Islam juga tidak memberikan manusia kebebasan sepenuhnya untuk memenuhi keinginan seksual sehingga boleh merosakkan diri, orang lain, akhlak, meruntuhkan keluarga dan rumahtangga serta membuka pintu yang luas kepada godaan syaitan.

Sebaliknya Islam berpendirian sederhana dengan memenuhi keinginan fitrah manusia serta mengaturnya supaya dapat berperanan dengan baik dalam melahirkan keturunan manusia serta memastikan kesinambungan kehidupan manusia.

++
1 RiwayatAt-Tirmizi dalam kitab perkahwinan, bab Iarangan meninggalkan perkahwinan.
2 Riwayat Muslim dalam kitab nikah, bab sunat berkahwin bagi sesiapa yang berkeinginan, no. 1402; dan At-Tirmizi dalam kitab nikah, bab Iarangan daripada membujang (tidak berkahwin).

2. Melahirkan keturunan yang soleh dan remaja yang berakhlak untuk masyarakat Islam

Islam menggalakkan umatnya supaya mempunyai keturunan yang ramai. Islam juga menjadikan di antara matlamatnya ialah melahirkan masyarakat Islam yang digeruni dan disegani. Sabda Rasullah s.a.w.;

Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak, kerana sesungguhnya aku akan
berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.’

Oleh itu, al-Quran menyeru manusia supaya berkahwin. Islam juga menyeru pihak penjaga (wali) supaya mengahwinkan anak laki-laki dan perempuan mereka. Firman Allah Taala:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada
hamba-hamba kamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada
mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui. ‘
(An-Nur: 32)

Masyarakat yang dipenuhi dengan remaja yang dibesarkan di bawah didikan ibu bapa yang pengasih dan penyayang serta mengetahui bagaimana membentuk akal serta kebolehan anaknya, adalah lcbih baik daripada masyarakat yang dipenuhi dengan generasi yang lahir daripada perbuatan zina.

Mereka adalah generasi terbuang. Mereka tidak pernah mengenali bapa yang mendidik dan ibu yang membelai mereka. Mereka dibesarkan dalam keadaan jiwa mereka membenci dan mendendami ibubapa, masyarakat dan manusia keseluruhannya.

1 Riwayat Abu Daud dalam Sunannya, kitab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, no. 2050; dan an-Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, no. 65/6.

3. Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani

Perkahwinan yang syar’ie akan menghasilkan ketenangan jiwa dan ketenteraman diri. Firman Allah Taalaz

Dan antara tanda~tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia mencipta untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripadajenis karnu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan Dia jadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang rnenimbulkan kesedaran) bagi 0rang~0rang yang berfikir.
(Ar-Rum 21)

Lihatlah betapa indahnya bahasa al-Quran dalam menggambarkan keperluan manusia kepada perkahwinan, serta ketenangan dan kebahagiaan yang lahir daripada perkahwinan tersebut.

Mereka (isteri-isteri kamu) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.
(Al-Baqarah: 187)

Ayat di atas mengibaratkan suami isteri sebagai pakaian bagi pasangannya kerana masing-masing saling melindungi pasangannya.

Oleh itu, keperluan suami kepada isteri dan keperluan isteri kepada suami adalah seperti keperluan masing-masing kepada pakaian. Pakaian diperlukan untuk menutup keaiban tubuh badan dan rnengelakkan dari sesuatu yang menyakitkan. Begitulah juga dengan suami dan isteri, masing-masing akan menjaga kemuliaan,
kehormatan, memberikan kerehatan serta kebahagiaan kepada pasangan masing-masing.
4. Menjaga akhlak daripada runtuh dan rosak.

Apabila manusia dilarang daripada berkahwin, dia akan memenuhi keperluan nafsunya dengan cara yang haram. Semua orang mengetahui dengan jelas bahawa zina adalah perbuatan yang tidak berakhlak. Ia boleh merosakkan keharmonian rumahtangga, mencabul kehormatan, menyebarkan wabak penyakit serta menimbulkan tekanan jiwa dan perasaan.

Untuk menjaga akhlak dan memeliharanya daripada rosak, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang kepada kamu, hendaklah kamu mengahwinkannya. Sekiranya kamu tidak melakukannya, nescaya akan timbul fitnah dan lzerosakan di atas muka bumi.
5. Menjaga kesempurnaan dan kesejahteraan keturunan manusia

Allah telah menentukan bahawa Imanusia hanya berasal dari kedua ibu’ bapa; lelaki dan perempuan. Kita sedia maklum bahawa Islam mengharamkan lelaki dan perernpuan hidup bersama melainkan dengan ikatan perkahwinan yang syar’ie. Ini menunjukkan Islam rnemelihara kewujudan manusia melalui perkahwinan.

Sekiranya Islam mengharamkan perkahwinan, golongan manusia akan pupus. Manakala jika Islam mengharuskan perzinaan, manusia akan hidup di dalam keadaan tenat dan kucar-kacir. Allah mengkehendaki hamba-Nya menikmati kebaikan dan dijauhkan daripada keburukan. Firman Allah Taala:

“Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati manusia.”
(Al-Baqarah: 143)

6. Meluaskan medan persaudaraan dan membina prinsip bekerjasama

Perkahwinan meluaskan daerah persaudaraan. Dua keluarga akan bertemu dan bersatu. Persemendaan akan melahirkan satu ikatan baru dan kasih-sayang. ‘

Perkahwinan juga akan melahirkan kerjasama di antara suami isteri. Isteri akan membantu suaminya di dalam urusannya; makan-minum, pakaian, tempat tinggal, mendidik anak-anak serta menguruskan rumah tangga. Suami pula akan membantu isteri memenuhi keperluannya, memberikan nafkah, mempertahankannya dan memelihara kehormatannya.

Islam adalah agama toleransi. Oleh itu Islam mensyariatkan perkahwinan untuk merealisasikan kesemua maslahat tersebut.

1 Riwayat Tirmizi dalam kitab nikah, bab apabila orang yang kamu redha agamanya datang meminang, hendaklah kamu kahwinkannya, no. 1085 daripada Abu Hatim al-Muzani r.a..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *