Penerima Wakaf Khusus Hendahlah Bersetuju Menerima Wakaf Tersebut

Penerima Wakaf Khusus Hendahlah Bersetuju Menerima Wakaf Tersebut

Apabila Wakaf tersebut dikhususkan kepada pihak yang tertentu, seperti dia mewakafkan rumahnya kepada Khalid, maka akad tersebut dikira sah apabila penerima Wakaf tersebut setuju. Hendaklah penerimaan ini dinyatakan sejurus setelah tawaran pewakaf; iaitu apabila pewakaf berkata: “Saya mewakafkan rumah saya ini untuk Khalid.” Wakaf ini hanya sah setelah ia diterima oleh Khalid dan jika Khalid menolak terbatallah Wakaf ini.

Jika Wakaf tersebut tidak dikhususkan kepada orang yang tertentu, contohnya ia diwakaflian untuk fakir miskin atau untuk masjid maka tidak disyaratkan persetujuan penerima Wakaf sebagai syarat sah kerana ini sukar untuk dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *