Syarat Sah Talak

Syarat Sah Talak

Suami mestilah mempunyai syarat-syarat berikut supaya dia mempunyai hak talak dan membolehkan talak berlaku:

1. Akad nikah telah sabit berlaku.

Talak seorang lelaki terhadap seorang perempuan yang tidak dinikahinya tidak jatuh. Talak juga tidak jatuh terhadap perempuan yang akan dinikahinya sama ada talak itu menggunakan lafaz tanjiz (dilaksanakan terus) seperti dia berkata: “Aku ceraikan engkau” atau ta’lik (tergantung) seperti dia berkata: “Jika aku berkahwin dengan engkau, aku ceraikan engkau.”

Hukum di atas adalah berpandukan kepada firman Allah,

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh mereka, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang edah yang kamu boleh hitungkan masanya.
(Al-Ahzab: 49)

Allah Taala mengaitkan kesan talak dan hukum hakamnya dengan termeterainya akad nikah terlebih dahulu.

Dalil daripada hadis ialah sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

Talak tidak berlaku sebelum akad nikah. 1

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Nazar seseorang tidak berlaku pada sesuatu yang tidak dimilikinya. Pembebasan hamba oleh seseorang tidak berlaku pada hamba yang tidak dimilikinya. Talak seseorang tidak berlaku pada perempuan yang bukan isterinya? 2

2. Waras serta sempurna akalnya. 

Talak kanak-kanak, orang gila dan orang yang tidur tidak jatuh. Dalilnya ialah hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ali r.a.:

Diangkatkan qalam (taklif) daripada tiga golongan: daripada orang yang tidur sehingga dia terjaga; daripada kanak-kanak sehingga dia baligh; dan daripada orang gila sehingga dia kembali berakal 3

1 Riwayat Hakim dalam kitab talak, bab tidak sah talak bagi orang yang tidak memiliki, 2/205. Beliau mengatakan hadis ini sahih.
2. Riwayat Abu Daud dalam kitab talak, bab talak sebelum berkahwin, no. 2190; dan Tirmizi dalam kitab talak, bab talak sebelum kahwin, no. 1181, danpada Abdullah bin Umar r huma..
3. RiwayatAbu Daud dalam kitab hudud, bab orang gila mencuri atau me!akukan jenayah hudud, no. 4403; dan lain-lain.

Orang yang terlupa dan orang yang tidak mengetahui makna kata-kata yang telah dituturkannya termasuk ke dalam
tiga golongan yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, dakwaannya bahawa dia lupa atau dia tidak tahu makna kata-katanya tidak boleh diterima sehingga adanya bukti dan saksi yang menyokong dakwaannya.

Talak Orang yang Mabuk

Orang yang mabuk disebabkan ubat yang mesti digunakan dan dia mabuk selepas menggunakannya atau dipaksa
ugutan supaya meminum minuman yang memabukkan atau yang memabukkan dimasukkan ke dalam tubuhnya,
adalah sama dengan hukum kanak-kanak, orang yang dan orang yang lupa. Semuanya mempunyai illah yang sama iaitu keuzuran.

Jika dia mabuk dengan niat dan pilihannya sendiri tanpa sebarang keuzuran, talaknya adalah jatuh dan berlaku. Hukumnya sama seperti hukum orang yang Waras. Ia juga adalah hukuman kepadanya kerana tindakannya meminum minuman yang memabukkan. Ini kerana orang yang mabuk adalah mukallaf (bertanggung jawab terhadap tindakannya). Juga kerana ijmak sahabat Nabi s.a.w. menyatakan bahawa kata-kata yang dilafazkan semasa mabuk seperti menuduh perempuan yang suci berzina dan lain-lain akan dikenakan tindakan.

3. Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi.

Talak yang dilafazkan secara paksa tidak jatuh. Talak paksaan hendaklah mengambil kira syarat-syarat paksaan seperti

i. Paksaan yang berlaku tidak syar’ie. Tetapi jika paksaan itu berlaku secara syar’ie seperti suami memberi mudarat kepada isteri lalu hakim memaksa suami menceraikan isterinya, talak yang dilafazkan secara paksa itu tetap jatuh.

ii. Paksaan disertai dengan ugutan yang ditujukan terus kepada suami. Ugutan tersebut hendaklah ugutan yang
menyebabkan suami terdedah kepada mudarat yang besar seperti dibunuh, dipotong anggota atau dipukul dengan
yang sangat menyakitkan. Bagi mereka yang mempunyai kedudukan dan dipandang mulia, pukulan yang kurang menyakitkan dan disakiti dengan sedikit kesakitan sudah cukup untuk memenuhi syarat ini. ’

iii. Orang yang memaksa mampu melaksanakan ugutannya. Sabda Rasulullah s.a.w. :

Tidak sah talak dan tidak sah pembebas.an hamba dalam keadaan dipaksa.1

Sesungguhnya Allah telah menggugurkan daripada umatku hukum tersalah, terlupa dan dipaksa 2

iv. Suami yang dipaksa tidak melakukan lebih daripada apa yang dipaksa. Jika dia dipaksa menjatuhkan talak satu atau menjatuhkan talak tanpa disuruh berapa kali tetapi dia menceraikan isterinya dengan talak dua atau talak tiga, talak itu jatuh.

Talak Orang yang Bergurau atau Main-main

Jika diperhatikan syarat-syarat jatuhnya talak orang yang dipaksa, kamu akan mengetahui bahawa talak orang yang bergurau dan bermain-main juga jatuh selagi dia seorang yang waras, baligh, berakal dan boleh memilih. Gurauan dan main-mainnya itu tidak dianggap sebagai sebab talak tidak jatuh.

Hukum ini berpandukan kepada sabda Rasulullah s.a.W.:

Tiga perkara yang jika dilakukan secara bersungguh-sungguh akan berlaku, dan jika dilakukan secara main-main
juga akan berlaku: nikah, talak dan rujuk.3

1 Riwayat lbnu Majah dalam kitab talak, bab talak orang yang dipaksa dan orang yang lupa, no. 2046.
2 Riwayat lbnu Majah dalam kitab talak, bab talak orang yang dipaksa dan orang yang lupa, no. 2045; dan Iain-lain.
3 Riwayat Tirmizi dalam kitab talak, bab hadis tentang bersungguh dan bergurau dalam talak, no. 1184; Abu Daud dalam kitab talak, bab talak dengan bergurau, no. 2194; dan lbnu Majah dalam kitab talak, bab sesiapa yang mentalak, berkahwin dan rujuk dengan main-main, no. 2039, daripada Abu Hurairah r.a..

One thought on “Syarat Sah Talak”

  1. Assalamualaikum tuan . Saya minta maaf kerana menggangu . Saya nak minta sikit penjelasan dan pandangan dari pihak tuan . Diharap kan tuan boleh berkongsi serba sedikit bg menyelesaikan masalah rumah tangga yg saya hadapi skrg .

    pada 14/12/2015 sy telah bergaduh dgn isteri kerana wujud org ketiga bg pihak saya dan saya telah melafazkan perkataan ‘ira aku lepaskan kau . Keluar dari rumah skrg ‘ . Seterusnya sy telah membuat pengesahan lafaz cerai di pejabat agama johor baru dan disahkan telah jatuh talak satu . Kemudian pada 7/1/2016 kami telah rujuk semula dgn persetujuan kedua belah pihak di pejabat agama . Selang 2minggu lepas tu kami telah bergaduh kerana isteri membangkitkan semula isu ni jadi saya telah melafazkan perkataan ‘aku ceraikan kau dgn talak 2 ‘ . Beberapa hari lepastu saya berbaik semula dgn isteri dan melakukan hubungan suami isteri tanpa sebarang niat atau lafaz rujuk . Dan kami masih bersama sehingga lah pada 27/4/2018 sy telah bergaduh dengan isteri lg atas sebab salah faham kemudian sy telah melafazkan ‘aku ceraikan kau dgn talak 3 dihadapan isteri ‘ .

    Jadi disini sy ingin bertanya apakah status rujuk saya sah dalam keadaan kedua tu ? Sedangkan pihak mahkamah di malaysia mengguna pakai mazhab syafi’e iaitu hubungan kelamin tidak memenuhi syarat untuk rujuk kerana niat rujuk secara lafaz atau bertulis diperlukan bg merujuk kembali isteri . Jadi adakah sy dikira bersekedudukan bersama isteri sepanjang dua tahun ? Kemudian bagaimana pula dengan status sy dan isteri pada keadaan ketiga ? Adakah talak tetap dikira jatuh talak 3 ?

    Saya dalam keadaan tertekan skrg . Jadi sy harap pihak tuan dapt memberikan penjelasan . Terima kasih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *