Hikmat Talak Disyariatkan

Hikmat Talak Disyariatkan

Matlamat perkahwinan ialah kehidupan yang berterusan di antara kedua-dua pasangan suami isteri. Allah s.w.t. mensyariatkan banyak hukum hakam dan adab-adab untuk mengekalkan dan menyemarakkan hubungan suami isteri.

Tetapi kadang-kadang adab-adab dan hukum hakam ini tidak diikuti oleh kedua-duanya atau salah seorang daripada mereka. Contohnya suami tidak memilih isteri yang sesuai, atau kedua-dua pasangan atau salah seorang tidak iltizam dengan adab-adab pergaulan (hidup bersama) yang telah ditentukan oleh Islam. Ini menyebabkan kerenggangan. Kerenggangan ini,semakin melebar dari sehari ke sehari sehingga sukar untuk diperbaiki.

Ketika tidak ada cara untuk mewujudkan persefahaman dalam kehidupan berkeluarga, peraturan yang membolehkan kita menangani masalah tersebut diperlukan. Dengan itu ikatan perkahwinan dapat dirungkaikan dan hak kedua-dua pihak tidak terabai. Ini dilakukan apabila mereka tidak lagi mampu untuk hidup bersama. Allah Taala berfirman:

Dan jika mereka berdua bercerai, maka Allah akan mencukupkan (keperluan) masing-masing daripada limpah
kurnia-Nya. Allah amatlah luas limpah kurnia-Nya, lagi amat bijaksana.
(An-Nisa‘: 130)

Jika suami menggunakan talak sebagai jalan penyelesaian terakhir dalam menyelesaikan masalah yang timbul, ia adalah jalan penyelesaian yang dharuri (amat diperlukan). Dia terpaksa melakukannya walaupun kebiasaannya penceraian amat memeritkan. Jika talak digunakan untuk menunjukkan kebebalannya dan memenuhi hawa nafsunya, ia adalah “perkara halal yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t..” ‘

Allah maha mengetahui semua perkara baik dan buruk dan kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan.

Talak adalah Petanda Kehebatan Syariat Islam

Apa yang telah kita jelaskan sebelum ini rnenegaskan bahawa pensyariatan hukum hakam talak dan natijahnya sebagaimana yang digariskan oleh Islam menunjukkan kehebatan syariat Islam. Ia juga menjadi bukti terpenting menunjukkan bahawa hukum-hakam Islam benar-benar sesuai dengan fitrah dan keperluan semulajadi manusia.

Hakikat ini semakin terbukti jika kita membandingkannya dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini. Mereka tidak berpuas hati terhadap larangan talak (bercerai). Mereka menganggap perkahwinan adalah penjara untuk selama-lamanya; penjara yang mengurung kedua-dua suami isteri agar hidup bersama sama ada mereka suka atau pun tidak.

Mereka mengkaji semula larangan ini setelah melihat kesan yang amat buruk kepada masyarakat serta melahirkan jenayah yang amat merbahaya. Mereka mengkaji semula kerana mereka mendapati kehidupan harmoni suami isteri tidak mungkin berlaku dengan paksaan. Paksaan hanya akan merosakkan seluruh ahli keluarga dan menjadi gunung berapi yang akan memusnah dan menghancurkan segala-galanya.

Oleh itu Islam serius dalam mengambil langkah-langkah untuk menjadikan kedua-dua pasangan itu saling faham memahami, berkasih-sayang dan hidup kekal sebagai suami isteri.

Walaupun begitu, Islam tidak merawat masalah itu dengan mengikat tubuh badan kedua-dua pasangan tersebut antara satu sama lain (sehingga tidak boleh berpisah). Islam merawat masalah itu dengan memberikan peringatan dan panduan untuk mewujudkan perasaan kasih sayang di antara mereka. Islam juga mewujudkan faktor-faktor yang menimbulkan rasa saling faham memahami di antara kedua pasangan suami isteri serta menjauhkan kemungkinan yang boleh memisahkan mereka.

Ajaran terpenting yang diajar oleh Islam ialah mesti mempunyai kefahaman agama yang sahih serta kewajiban-kewajiban yang telah dipikulkan ke bahu Kedua-duanya juga mesti beriltizam dengan akhlak Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Taala.

Inilah yang akan menjaga kehidupan rumah tangga musnah daripada musnah. Untuk tujuan itu, Islam menjadikan undang-undang talak sebagai penyelesai yang boleh digunakan ketika diperlukan,  iaitu ketika kedua-dua pasangan suami isteri tidak dapat lagi melaksanakan ajaran-ajaran dan adab-adab Islam yang telah ditentukan oleh Allah bagi menjaga keharmonian dan kasih di antara mereka bordua.

Bukti kebenaran kata-kata di atas ialah kita hampir-hampir tidak mendapati kes-kes perceraian yang berlaku di dalam keluarga yang soleh serta terikat dengan hukum-hukam’ Islam serta adabnya. Kebanyakan kes percerairm berlaku di dalam keluarga yang jauh daripada ikatan serta tatacara hidup Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *