Khiyar Majlis

MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI

Menjadi dasar dalam kontrak jual beli, kontrak dianggap sah serta merta jika segala rukun dan syarat jual beli telah dipenuhi. Dengan ini, hak milik barangan yang dijual bertukar milik kepada pembeli dan hak milik barangan yang digunakan sebagai bayaran menjadi milik penjual. Oleh itu, kedua-dua pihak tidak mempunyai pilihan untuk membatalkan kontrak tersebut.

Namun demikian, Allah Taala tetap mengarnbil kira kepentingan manusia. Kedua-dua pihak yang menjalankan kontrak mungkin bersikap gopoh dan tidak teliti dalam membuat keputusan. Oleh yang demikian, kesahihan jual beli tidak semestinya berdasarkan hanya apabila rukun dan syaratnya dipenuhi. Sebaliknya, kedua-dua pihak berhak untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui. Langkah ini sebagai tanda prihatin dan bertujuan memastikan agar kontrak tersebut dijalankan dengan penuh kerelaan.

Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jual beli dalam tiga keadaan yang disebut sebagai khiyar.

1. Khiyar majlis.
2. Khiyar syarat.
3. Khiyar aib.

Keterangan mengenai khiyar-khiyar tersebut adalah seperti berikut:

1. Khiyar Majlis

Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jual beli tersebut walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ia dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya, mereka masih belum berpisah.

Jika rnereka telah berpisah daripada majlis jual beli tersebut, khiyar ini tidak dibenarkan dan kontrak tersebut perlu dilaksanakan. Apa yang dimaksudkan dengan berpisah boleh dirujuk kepada amalan yang diguna pakai (uruf).

Bagi kontrak yang dimeterai di dalarn sebuah rumah yang besar, sekiranya salah satu pihak keluar dari bilik ke halaman rumah atau sebaliknya, mereka dianggap telah berpisah.

Jika mereka berada di dalam’ rumah yang kecil, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak keluar dari rumah tersebut. Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau di atas kapal atau sebagainya, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing ke belakang dan melangkah beberapa tapak.

Sekiranya mereka berdua keluar bersama-sama atau berjalan bersama~sama, majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar.

Namun demikian hak khiyar yang dimiliki tidak boleh digunakan jika salah seorang di antara mereka atau pun kedua-dua pihak membuat keputusan untuk memeterai kontrak jual beli tersebut. Contohnya apabila mereka berkata: “Kami telah bersetuju untuk meneruskan kontrak ini,” atau “kami memilih untuk meneruskannya.” Demikian juga jika salah satu pihak meminta pihak satu lagi membuat pilihan, contohnya penjual berkata: “Pilih antara teruskan atau batalkan jual beli.” Tindakan ini menggugurkan hak khiyarnya. Jika pihak kedua juga membuat pilihan, ini bermakna haknya untuk khiyar majlis juga telah digugurkan kerana kedua-dua pihak menggugurkan sendiri hak yang telah diberikan oleh syarak kepada mereka. Jika hanya satu pihak sahaja yang membuat pilihan, hak menuntut khiyar hanya gugur daripada pihak tersebut dan pihak kedua masih berhak menuntut khiyar.

Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w.:

Dua pihak yang berjual beli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang di antara mereka memberi pilihan kepada seorang lagi. 1
Dalil di atas menunjukkan, maksud perpisahan ialah perpisahan fizikal sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Ibnu Umar r.a. telah menafsirkan hadis ini melalui perbuatannya kerana beliau adalah periwayat hadis ini. Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’ rh.a. katanya:

Jika Ibnu Umar r.a. membeli sesuatu yang disukainya, dia akan meninggalkan penjualnya

Juga diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya:

Saya menjual kepada Amirul Mukminin Uthman sejumlah harta di al-Wadi dengan sejumlah harta miliknya di Khaibar. Sételah selesai kami berjual beli, saya segera berpaling dan keluar dari rumahnya keranasaya bimbang dia akan meminta semula jualannya. Menurut sunnah, dua orang yang berjual beli boleh membuat pilihan sehinggalah mereka berpisah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *