ANUGERAH(HIBAH)

1.Makna 

1.1. Bahasa:

Pemberian bukan kerana kewajipan & ia memberi manfaat kepada penerima.

Firman Allah –surah Ibrahim: 39

ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ

Segala puji bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku ketika tua, Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar doa permohonan

1.2. Istilah:

Anugerah yg merujuk kepada akad pemindahan hakmilik semasa hidup tanpa balasan/gantian.

• • 1.Makna 

1.1. Bahasa:

Pemberian bukan kerana kewajipan & ia memberi manfaat kepada penerima.

Firman Allah –surah Ibrahim: 39

ﯓ ﯔ ﯕ ﯖ ﯗ ﯘ ﯙ ﯚ ﯛ ﯜ ﯝ ﯞ ﯟ ﯠ ﯡ

Segala puji bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku ketika tua, Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar doa permohonan

1.2. Istilah:

Anugerah yg merujuk kepada akad pemindahan hakmilik semasa hidup tanpa balasan/gantian. •

2. Ciri-ciri:

  1. Tidak berganti
  2. semasa hidup
  3. Penerima tanpa mengira kaya atau miskin
  4. wujud Ijab & Qabul • 3.Perspektif Syara’

3.1   Digalakkan

a-  Firman Allah-surah an-Nisa’:4

  ﮣ ﮤ ﮥ ﮦ ﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ ﮬ ﮭ ﮮ ﮯ ﮰ ﮱ

& surah al-Baqarah: 177

ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ ﭷ ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ

b-  Sunnah.  Sabda Nabi s.a.w

   قد كان لرسول الله صلى الله عليه وسلم جيران من الأنصار كانت لهم منائح وكانوا يمنحون رسول الله صلى الله عليه وسلم من ألبانهم فيسقينا •

3.2   Keutamaan kepada   ذوالأرحام    

a-  Firman Allah-surah an-Nisa’:

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ

b-  Sunnah.  Sabda Nabi s.a.w

   مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ

 فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

3.3   Penerima digalakkan membalas budi

  Aisyah r.a menyatakan:

    كان رسول الله يقبل الهدية ويثبت عليها •

4.  Hikmat 

  1. Memantapkan hubungan anggota masyarakat
  2. Mewujudkan kemesraan, keharmonian & saling menghormati
  3. Mendapat keredhaan Allah •

5.  Rukun & Syarat 

5.1  Rukun

5.1.1  Pemberi (الواهب) dengan syarat;

  1. Pemilik barang yg dihebah    الموهوب))
  2. Layak menyumbang (أهلا للتبرع)
  3. Berkuasa penuh menguruskan harta

5.1.2  Penerima (الموهوب له) hanya dengan syarat layak menerima •

5.2  Sighah (Ijab & Qabul) dengan syarat

  1. Mesti bersambung di antara kedua (اتصال القبول والإيجاب)
  2. Tanpa dikaitkan dengan apa-apa syarat
  3. Tanpa dikaitkan dengan tempoh tertentu kecuali al-Umra (العمرى) atau ar-Ruqba (الرقبى)

*Catatan:

  – al-Umra: mengikut umur

  – ar-Ruqba: sehingga mati •

5.3  Barangan Anugerah (الموهوب) • •

5.3  Harta yg diberikan sebagai hutang:

  1. semua barangan yg dimiliki melalui jualbeli boleh dijadikan hutang.
  2. sifat-sifatnya hendaklah boleh dinyatakan. •

6.  Syarat Hutang

  1. Kadar hutang diketahui
  2. mesti satu jenis / tidak bercampur

    catatan:  kecuali roti kerana telah   diamalkan semenjak   berzaman •

7.  Implikasi Hutang 

  1. Hak milik berpindah
  2. Pemiutang tidak berhak menarik   balik hutang setelah akad, kecuali jika kekal seperti asal & belum membabit pihak lain
  3. Penghutang tidak mempunyai hak milik kecuali jika digunakan hingga mengubah hak milik •

8.  Bayaran Hutang 

8.1  Pemiutang berhak menuntut bayaran balik setelah penghutang menerima barangan

9. Syarat Hutang & Pembatalan 

9.1  Syarat yg membatalkan Akad:

syarat-syarat yg tiada kena mengena dengan akad & memberi keuntungan kepada pemiutang •

9.2  Keuntungan yg tidak disyaratkan:

  1. lebih baik ditolak jika menfaat sebelum hutang dibayar sepenuhnya.
  2. tidak mengapa menerima jika manfaat diberi selepas hutang langsai
  3. Penghutang digalakkan berbuat demikian •

9.3  Syarat yg tidak diterimapakai & tidak membatalkan akad:

Iaitu syarat yg tidak kena mengenai dengan akad & tidak memberi faedah kepada kedua pihak atau kepada penghutang sahaja

9.4  Syarat tempoh tertentu

  1. Pemiutang boleh menuntut hutang tanpa tertakluk kepada syarat tempoh.
  2. Jika  syarat itu menguntungkan pemiutang, akad batal
  3. Digalakkan syarat tempoh itu dipatuhi. •

9.5  Syarat yg perlu dilaksanakan

  1. Syarat yg bertujuan mengukuhkan akad seperti cagaran.
  2. Pemiutang berhak membatalkan jika syarat tidak dipenuhi. •

HUTANG(QARDH)

Makna 

  1. Bahasa: Potong
  2. Istilah: Memberi hakmilik barangan kepada orang lain dengan syarat memulangkan semula gantiannya tanpa syarat tambahan.

2.Dalil:

Dibenarkan dengan syarat   

2.1  Firman Allah: (ayat 245 albaqarah

2.2  Sunnah: • : (( جاء رجل إعرابي إلى النبي صلى الله عليه وسلم يتقاضاه دينا كان عليه ، فاشتد  عليه حتى قال : ” أحرِّج عليك إلا قضيتني» ، فانتهره أصحابه وقالوا : ” ويحك تدري من تكلم ؟ •قال : إني أطلب حقي . •فقال النبي صلى الله عليه وسلم : (( هلا مع صاحب الحق كنتم ؟ )) ثم أرسل إلى ” خولة بنت قيس ” فقال لها : إن كان عندك تمرٌ ،  فأقرضينا  حتى يأتينا تمرنا فنقضيك •فقالت : نعم ، بأبي أنت يا رسول الله •فأقرضته فقضى الأعرابي وأطعمه ، فقال : ” أوفيت أوفى الله لك ” •فقال النبي صلى الله عليه وسلم : (( أولئك خيار الناس ، إنه لا قُدِّست أمة لا يأخذ الضعيف فيها حقه غير مُتَعْتَع ))

Hukum 

3.1  penghutang( المقترض)-harus

3.2  pemiutang  (المقرض) i.Sunat dalam keadaan biasa ii.Haram jika diketahui untuk kegiatan haram iii.Makruh jika bagi kegiatan tidak bermanfaat iv.Wajib jika penghutang  sangat memerlukan bagi kelangsungan hidupnya sebagai jalan terakhir

Hikmat 

4.1  Mematuhi perintah Allah yg memerintah supaya tolong menolong dan kerjasama

4.2  Memantapkan hubungan

4.3  mendapat pertolongan Allah

4.4  menghalang daripada perbuatan   yg diharamkan

Rukun Hutang 

5.1  Sighah akad hutang

5.2  Pihak yg terlibat:

    a- Pemiutang –  المقترض

  b- Penghutang- المقرض

        dengan syarat:

    a- Waras ( الرشد )

    b- Dengan kehendak sendiri ( الاختيار)

  c-  Pemiutang layak menyumbang          (bertabarru’)

5.3  Harta yg diberikan sebagai hutang

Harta yg diberikan sebagai hutang:

5.3.1  semua barangan yg dimiliki melalui jualbeli boleh dijadikan hutang.

5.3.2  sifat-sifatnya hendaklah boleh dinyatakan.

Syarat Hutang

6.1  Kadar hutang diketahui

6.2  mesti satu jenis / tidak bercampur

    catatan:  kecuali roti kerana telah   diamalkan semenjak   berzaman

Implikasi Hutang 

7.1  Hak milik berpindah

7.2  Pemiutang tidak berhak menarik   balik hutang setelah akad, kecuali jika kekal seperti asal & belum membabit pihak lain

7.3  Penghutang tidak mempunyai hak milik kecuali jika digunakan hingga mengubah hak milik

Bayaran Hutang 

8.1  Pemiutang berhak menuntut bayaran balik setelah penghutang menerima barangan 9.Syarat Hutang & Pembatalan 

9.1  Syarat yg membatalkan Akad:

syarat-syarat yg tiada kena mengena dengan akad & memberi keuntungan kepada pemiutang


9.2  Keuntungan yg tidak disyaratkan:

a-  lebih baik ditolak jika menfaat sebelum hutang dibayar sepenuhnya.

b-  tidak mengapa menerima jika manfaat diberi selepas hutang langsai

c-  Penghutang digalakkan berbuat demikian

9.3  Syarat yg tidak diterimapakai & tidak membatalkan akad:

Iaitu syarat yg tidak kena mengenai dengan akad & tidak memberi faedah kepada kedua pihak atau kepada penghutang sahaja

9.4  Syarat tempoh tertentu

a-  Pemiutang boleh menuntut hutang tanpa tertakluk kepada syarat tempoh

b-  Jika  syarat itu menguntungkan pemiutang, akad batal

c-  Digalakkan syarat tempoh itu dipatuhi.

9.5  Syarat yg perlu dilaksanakan

a-  Syarat yg bertujuan mengukuhkan akad seperti cagaran.

b-  Pemiutang berhak membatalkan jika syarat tidak dipenuhi.

Riba’

Bahasa: lebih, pertambahan dan perkembangan

Istilah: akad pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran syara’ ketika akad dilangsungkan, atau penyerahan barangan atau salah satunya dilewatkan.

Barangan berunsur riba

  • Emas dan Perak.
  • Gandum, barli, tamar dan garam.

Illah Riba: علة الربا

  1. Ciri-ciri yg menjadikan barangan atau perniagaan berunsur riba
  2. Ciri-ciri yang dapat dikesan: a.Mata wang (emas & perak) b.makanan

JENIS DAN HUKUM RIBA

  1. ربا الفضل  : Bayaran tambahan
  2. ربا النسيئة   : Bayaran tertangguh
  3. ربا اليد       : Jualan barangan mempunyai illah riba tanpa disyarat tempoh semasa akad

Kaedah penentuan riba

  1. Dua barangan nama khas yang sama berasal daripada kejadian yang sama: sejenis. Sebaliknya adalah berbeza.
  2. Bahan yang diproses daripada bahan yang berbeza adalah jenis berbeza.

Jual beli barangan riba dan syarat-syaratnya.

  1. Barang yang sejenis: i.Mesti sama ii.Akad mesti tunai iii.Saling menerima
  2. Barangan tidak sejenis tapi sama illah riba i.Mesti tunai ii.Saling menerima dalam majlis akad
  3. Barangan yg berlainan illah riba ialah jualbeli yg membabitkan salah satu barangan berbentuk mata wang & satu lagi berbentuk makanan: tidak terikat dg syarat-syarat di atas
  4. Pertukaran barangan riba dengan yang tidak: Tidak dikenakan syarat kepada urusniaga di antara barangan berunsur riba dengan yg tidak termasuk dengan wang tunai.

Persamaan dalam urusan berunsur riba (kewujudan, diambil kira dan halangan):

7.1  Wujud persamaan pada sukatan atau timbangan

7.1.1  Persamaan berdasarkan amalan setempat penduduk Hijaz zaman Nabi.

7.1.2 Jika barangan itu tiada di zaman Nabi atau tidak dapat dikenal pasti kaedah digunakan: i.Jika tidak boleh disukat perlu ditimbang ● ii.Jika boleh, disukat sama ada mengikut barangan yang hampir sama atau mengikut uruf setempat.

Masa diambil kira persamaan

7.2.1  Semasa kering.

7.2.2  Jika tidak boleh dikeringkan: persamaan hendaklah diterima dalam timbangan.

7.2.3  Barangan dihasilkan daripada bijirin: tidak boleh diurusniaga bersama jenis atau dengan bijirin asal.

7.2.4  Bijirin yg menghasilkan minyak ditentukan kesamaan samada dalam bentuk bijirin atau minyak tapi tidak boleh dijual bijirin dengan minyaknya.

7.2.5  Anggur dalam bentuk kismis, cuka atau jus dianggap kesamaan.

7.2.6  Kesamaan juga dalam susu segar.

7.3  Faktor menghalang kesamaan

7.3.1   Kerana bakaran

7.3.2   Kerana campuran

8.Dasar kesamaan… ●

8.1  cara yg menyakinkan (bukan andaian atau wujud unsur masa sukar) 8.2  semasa akad 

Perkara yg mungkin tidak terlepas   daripada perbezaan ●

9.1  Al-Muhaqalah

  Bijirin dalam kulit dengan sesamanya

9.2  Al- Muzabanah

  Rutob (Kurma basah di atas pokok) dengan Tamar (Kurma kering)

10.Jual beli Araya

Diberikan keringanan dengan syarat kurang 5 ausuq

Catatan:

Araya ialah pokok yg tidak diusik oleh tuannya untuk dimakan sendiri.

10.Jual beli Araya

Jual beli Daging

11.1  daging dengan daging.  Jika berbeza jenis tidak disyaratkan kesamaan.

11.2  Jual beli haiwan dengan haiwan tidak termasuk barangan berunsur riba

11.3  jual beli daging dengan haiwan tidak dibenarkan sama sekali.

Implikasi urusniaga berunsur Riba:

12.1  akad tidak sah.

12.2  perlu dipulangkan barangan yg telah bertukar tangan itu

12.3  perlu diakad semula apabila bebas daripada unsur riba

12.4  riba adalah dosa & menerima hukuman berat daripada Allah

13.RIBA HUTANG   (ربا القرض)

13.1  Ta’rif:

  Memberi hutang wang dalam tempoh tertentu yg dibayar balik bersama bayaran tambahan atau diberi faedah tertentu hingga hutang langsai.

Ancaman Allah kepada pengamal riba dalam surah al-Baqarah ayat 275.

13.3  Riba boleh diatasi & dibendung dengan kekuatan Iman & Taqwa (lihat ayat 278-280 surah al-Baqarah)

13.4  Di antara ancaman terhadap pengamal riba: i.Boleh dihukum bunuh. ii.Dihukum sebagai zalim. iii.Dilaknat Rasul iv.Termasuk dosa besar yg memusnahkan. v.Azab Neraka setaraf dengan golongan kuffar.

Akad Wakaf

D. Akad Wakaf

1. Takrif Akad

Akad ialah kata-kata atau yang seumpamanya seperti isyarat orang bisu yang boleh difahami atau tulisan, yang dituturkan untuk sesuatu tujuan. Akad adalah wajib bagi mengesahkan atau mewujudkan Wakaf.

2. Jenis Lafaz Akad

Ia terbahagi kepada dua jenis:

i. Sorih (jelas). Iaitu lafaz tersebut hanya membawa satu maksud. Contohnya: “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir” atau beliau berkata “Ia diwakafkan untuk mereka.” Atau pun beliau berkata: “Saya mewakakannya untuk mereka” atau “Saya sedekahkannya untuk mereka.”

Ungkapan lafaz sebegini yang telah jelas maksudnya tidak lagi memerlukan kepada niat untuk mengesahkan wakafnya. Sama sebagaimana akad jual beli yang jelas yang hanya memadai dengan pertuturan sahaja.

ii. Kinayah (simbolik). Lafaz yang membawa banyak maksud. Contohnya: “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin” atau “Saya serahkan ia kepada mereka” atau “Saya abadikan untuk mereka” dan seterusnya.

Termasuk dalam ertikata lafaz simbolik ialah lafaz dalam bentuk tulisan. Lafaz dalam bentuk simbolik ini memerlukan kepada niat untuk mengesahkannya. Sama sebagaimana akad-akad yang simbolik yang lain.

3. Syarat-syarat Lafaz Wakaf

Sama ada jelas atau simbolik lafaz wakaf perlu memenuhi beberapa syarat berikut:

i. Lafaz orang yang boleh bercakap atau tulisan orang yang bisu hendaklah jelas bermaksud wakaf. ”

ii. Hendaklah lafaz tersebut tiada batasan masa. Jika beliau berkata: “Saya mewakafkan tanah saya untuk penuntut ilmu selama setahun,” terbatal Wakafnya kerana lafaznya tidak sah dengan adanya jangka masa tertentu. Wakaf adalah memberi hak milik selama-lamanya dan tempoh ini menafikan hak ini.

Pengecualian daripada Syarat Jangka Masa

Walau pun adanya syarat jangka masa ini, ulamak telah mengecualikan masjid, benteng pertahanan dan kawasan kubur atau yang seumpama dengannya seperti membebaskan hamba. Para ulamak meletakkan hukum wakaf ini sah selama-lamanya dan jangka masa tersebut dimansuhkan. Tujuan jangka masa tersebut dimansuhkan adalah untuk menjadikan akad tersebut sah selagi ada j alan untuk itu.

Oleh itu sekiranya seseorang berkata: “Saya mewakafkan tanah saya ini untuk masjid atau untuk kubur atau untuk benteng pertahanan selama setahun,” wakaf beliau dianggap sah selama-lamanya dan tempoh tersebut dibatalkan.

iii. Dinyatakan penerima wakaf. Jika beliau menyebut saya mewakafkan harta ini atau saya sedekahkan harta ini tanpa menyebut penerima wakaf, wakaf tersebut terbatal kerana tidak diketahui pihak yang bertanggungjawab menguruskannya.

iv. Tiada sebarang syarat tambahan. Wakaf telah menjadikan harta tersebut sebagai hak milik serta merta. Tidak sah
mengaitkannya dengan apa jua syarat.

Jika seseorang berkata: “Saya mewakafkan rumah saya kepada fakir miskin dengan syarat Zaid datang,” atau “saya
mewakafkan kereta saya untuk mereka dengan syarat isteri saya mempersetujuinya,” wakaf begini terbatal. Ini kerana tujuan Wakaf tidak tercapai dengan adanya syarat-syarat ini.

Walau bagaimanapun terdapat pengecualian pada perkara yang membabitkan pembebasan hamba dan seumpama dengannya sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini. Jika pewakaf berkata: “Bila tiba bulan Ramadhan, saya akan mewakafkan rumah saya sebagai masjid,” wakafnya sah.

v. Tidak disyaratkan khiyar (pilihan untuk meneruskan akad atau membatalkannya). Tidak sah khiyar syarat untuk dirinya atau untuk orang lain dan tidak sah juga khiyar majlis. Jika beliau berkata: “Saya mewakafkan haiwan saya ini kepada fakir miskin dan saya mempunyai khiyar selama tiga hari atau saya mempunyai khiyar untuk menjualnya jika saya mahu,” maka wakafnya terbatal kerana perlaksanaan Wakaf tidak boleh dilaksanakan serta merta sebagaimana yang dikehendaki.

Syarat-syarat Penerima Wakaf

C. Syarat-syarat Penerima Wakaf

Penerima Wakaf boleh dibahagikan kepada dua kategori :

1. Penerima khusus sama ada seorang ataupun lebih.
2. Penerima tidak khusus, contohnya mewakafkan kepada golongan tertentu seperti golongan fakir.

Kedua-dua kategori ini mempunyai syarat yang tersendiri.

1. Syarat-syarat Penerima Khusus

Sekiranya penerima Wakaf ini dikhususkan sama ada seorang ataupun lebih, ia perlu menurut syarat-syarat berikut:
Dia berkeupayaan memiliki harta ini ketika Wakaf tersebut dilafazkan. Maksudnya dia hidup ketika itu. Oleh itu, tidak sah seseorang mewakafkan harta kepada anaknya sedangkan dia tidak pun mempunyai anak. Begitu juga sekjranya dia mewakafkan harta untuk anak-anak si fulan yang fakir sedangkan anak-anak si fulan tersebut tidak fakir. Wakaf seperti ini tidak sah.

Wakaf juga tidak sah kepada janin, orang yang telah mati, haiwan, kediaman atau sebagainya yang dianggap tidak
berkeupayaan untuk memiliki harta Wakaf ketika itu.

Berdasarkan kepada asas ini juga, tidak sah mewakafkan mushaf al-Quran atau buku-buku ilmu Islam kepada orang yang bukan Islam, kerana mereka tidak diharuskan memilikinya. Tidak sah juga pewakaf mewakafkan hartanya untuk dirinya sendiri kerana ia perbuatan sia-sia. Seolah-olah dia melakukan sesuatu yang telah sedia berlaku, kerana harta tersebut sememangnya miliknya dan tiada apa-apa yang berlaku dengan perbuatannya itu.

Wakaf kepada orang kafir

Ulamak-ulamak mazhab Syafie berpendapat bahawa harus mewakafkan harta kepada orang kafir sekiranya orang kafir itu adalah kafir zimmi yang tertentu, selagimana pewakaf tidak berniat jahat. Ini kerana memberi sedekah kepada orang kafir adalah harus, begitu juga dengan Wakaf.

Jika didapati ada kemungkinan penerima Wakaf akan melakukan maksiat dengan harta Wakaf tersebut, maka Wakaf tersebut tidak sah kerana maksiat tersebut akan menghilangkan hikmat dan tujuan Wakaf. Ini seperti mewakafkan harta kepada rahib yang berkhidmat di gereja.

Adapun orang kafir mu ’ahid (yang membuat perjanjian damai) dan orang kafir musta‘min (yang meminta perlindungan dengan kerajaan Islam), maka mereka ini dibenarkan menerima Wakaf sebagaimana kafir zimmi. Keharusan ini adalah selagi mana mereka berada di dalam negara Islam dan berpegang kepada perjanjian mereka.

Bagi orang kafir harbi atau orang yang murtad pula, adalah tidak sah mewakafkan harta kepada mereka. Ini kerana selagimana mereka berkeadaan sedemikian, mereka ini tidak akan kekal dan kekufuran mereka tidak boleh diakui.

Wakaf merupakan sedekah jariah. Oleh itu, apabila mewakafkan harta yang tidak bersifat kekal dianggap tidak sah begitulah juga tidak sah mewakafkan harta kepada orang yang tidak akan kekal. Syarak telah memerintahkan agar mereka ini diperangi dan dibunuh. Rasulullah‘ s.a.w. bersabda:

Aku diperintahkan agar memerangi semua manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan
Allah, dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila
mereka melakukan perkara itu, mereka telah memelihara darah mereka daripadaku melainkan dengan hak Islam, dan perhitungan mereka terserah kepada Allah.‘1

1 Diriwayatkan oleh Bukhari (25) di dalam [Kitab Iman, Bab Tafsiran Ayat: Sekiranya Mereka Bertaubat Dan Mendirikan Sembahyang Dan membayar Zakat Maka lepaskanlah Mereka] dan Muslim (22) di dalam [Kitab Iman, Bab Perintah Agar Memerangi Semua Manusia Sehinggalah Mereka Mengakui Tlada Tuhan Melainkan Allah Dan Muhammad Adalah Utusan Allah] daripada Abdullah bin Umar bin al-Khattab r.a.

“Dengan hak Islam” bermaksud apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang mengakibatkan mereka menerima hukuman, sama ada pada harta atau pada jasad mereka, maka mereka akan dihukum qisas. ”Perhitungan mereka terserah kepada Allah” bermaksud hanya Allah yang mengetahui dan menghisab mereka
berhubung isi hati mereka dan apa yang mereka rahsiakan.

Dalam sebuah hadis lain, Nabi s.a.w. bersabda:

Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.2

2 Diriwayatkan oleh Bukhari (2795) dl dalam [Kitab Jihad, Bab 1’|dak Akan Diazab Dengan Azab Allah] , Tarmlzi (1458) di dalam [Kitab Hudud, Bab Hadis Mengenai Murtad] dan lain-lain daripada lkrimah r.a.

2. Syarat-syarat Penerima Tidak Khusus

Penerima yang tidak dikhususkan seperti golongan fakir, masjid, sekolah atau sebagainya hanya perlu memenuhi satu syarat supaya Wakaf tersebut dianggap sah iaitu:

Wakaf tersebut mestilah tidak bertujuan jahat atau berbentuk maksiat kerana ia hanya membantu penerima melakukan dan mengekalkan maksiatnya. Wakaf disyariatkan untuk mendekatkan diri dengan Allah. J adi, Wakaf dan maksiat adalah dua perkara yang sama sekali tidak akan bersatu.

Berdasarkan kepada syarat ini, adalah tidak sah mewakafkan harta kepada rumah-rumah ibadat orang kafir seperti gereja atau kuil. Sama ada harta ini diwakafkan untuk pengurusan, permaidani, lampu, atau untuk pembinaan atau untuk keindahan atau sebagainya.

Begitulah juga mewakafkan senjata untuk pengacau-pengacau atau perompak-perompak adalah tidak sah. Harta ini hanya akan membantu mereka melakukan jenayah.

Dengan keterangan ini jelaslah bahawa mewakafkan harta kepada fakir miskin, ulamak, qari-qari, pejuang-pejuang Islam, atau mewakafkan harta kepada Kaabah, masjid, sekolah, kota, hospital, atau mewakafkan harta untuk mengkafankan jenazah adalah harus dari segi syarak. Bahkan ia adalah amalan yang digalakkan oleh agama dan dijanjikan ganjaran pahala.

Dalilnya adalah sama sebagaimana dalil-dalil yang menyatakan tentang keharusan wakaf dan galakan wakaf sebagaimana yang disebutkan sebelum ini.

Wakaf kepada orang kaya

Harus mewakafkan harta kepada orang kaya sebagaimana sedekah juga diharuskan untuk mereka. Mewakafkan harta kepada mereka bukan bermakna menderhakai Allah. Wakaf bermaksud memberi hak milik dan golongan kaya berhak untuk memiliki harta.

Takrif fakir miskin dan kaya dalam konteks wakaf

Jikalau pewakaf mewakafkan sebuah rumah dengan berkata: “Saya mewakafkannya supaya digunakan oleh golongan fakir atau pun saya mewakafkannya supaya digunakan oleh golongan kaya.” Apakah yang dimaksudkan dengan fakir miskin di sini dan siapa pula yang dimaksudkan dengan golongan kaya?

Fakir Miskin

Ulamak menetapkan orang fakir dalam konteks wakaf ialah orang yang layak menerima zakat. Orang yang layak menerima zakat kerana kefakirannya bermakna ia juga layak menerima wakaf kerana kefakirannya. Sebaliknya orang yang tidak layak menerima zakat juga tidak layak menerima hasil wakaf ini.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, harus menyerahkan harta wakaf kepada orang miskin iaitu orang-orang yang berkeadaan lebihbaik daripada orang fakir. Ini kerana mereka juga berhak menerima zakat.

Walau bagaimanapun tidak harus membelanjakan harta wakaf kepada isteri yang fakir sedangkan ia masih mempunyai suami yang masih memberikan ia makan dan nafkah. Begitu juga dengan anak-anak yang masih boleh ditanggung oleh bapa. Ini kerana mereka semua tidak layak menerima zakat.

Golongan Kaya

Ulamak menetapkan golongan kaya dalam konteks wakaf ialah orang yang tidak layak menerima zakat sama ada kerana harta yang dimilikinya atau kerana kekuatan yang dimilikinya atau kerana perbelanjaannya telah ditanggung oleh orang lain.

Wakaf untuk Kebajikan atau untuk jalan Allah

Jikalau pewakaf berkata: “Aku mewakafkan tanahku agar ia digunakan untuk jalan kebajikan atau pahala.” Siapakah yang berhak menikmati harta wakaf ini?

Jawapannya; Orang-orang yang layak menikmati harta wakaf ini adalah kaum keluarga pewakaf. Sekiranya tiada maka orang-orang yang layak menerima zakat kecuali golongan amil dan mualaf.

Jikalau pewakaf tersebut berkata: “….untukjalan Allah,” maka orang-orang yang layak menikmati harta wakaf tersebut ialah golongan pejuang perang yang layak menerima zakat.

Jikalau wakafnya ditujukan untuk kebajikan dan jalan Allah maka satu pertiga daripada harta wakaf tersebut adalah untuk para pejuang perang, satu pertiga untuk kaum keluarga pewakaf dan satu pertiga lagi untuk golongan-golongan penerima zakat kecuali golongan amil dan mualaf.

Wakaf untuk hiasan masjid dan binaan kubur

Para Fuqahak berpendapat tidak sah mewakafkan harta untuk mencantikkan atau menghias masjid termasuk membuat binaan kubur. Ini kerana orang yang mati akan hancur dan kubur mereka tidak perlu diperindahkan. Tidak harus membazirkan harta pada perkara yang tidak bermanfaat.

Malangnya, hukum ini tidak dihiraukan oleh orang-orang Islam masakini. Mungkin perbuatan umat Islam kini diperakui oleh ulamak sendiri atau pun mereka hanya berdiam diri sahaja.

Kita lihat pada hari ini umat Islam menghimpunkan Wang dari orang kaya dan miskin, dari harta-harta wakaf dan dari sumbangan orang ramai semata-mata untuk mencantikkan masjid, menghiasi dinding atau kubah dan membina mimbar yang hebat? Sama ada perbuatan ini dilakukan kerana jahil atau sengaja, ia adalah pemhaziran yang tidak diizinkan syarak. Pembaziran ini hanya melukakan hati orang ramai dan mengganggu sembahyang mereka. Seolah-olah mereka yang melakukan ini tidak pernah membaca firman Allah:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, yang khusyuk dalam sembahyang mereka.
(Al-Mukminun: 1 & 2)

Bagaimana mereka dapat khusyuk dalam sembahyang sedangkan di hadapan, di belakang, di kiri dan di kanan mereka penuh dengan ukiran yang melalaikan mereka?

Begitu juga yang dilakukan kepada binaan kubur. Kubur dihias, dimarmar dan dibina kubah di atasnya, sehinggakan apa yang kita sangkakan istana rupanya kubur. Seolah-olah penghuni kubur tersebut masih hidup dan dapat menikmati keindahan bangunan itu.

Terdapat segelintir masyarakat yang membelanjakan sebahagian harta mereka untuk membina kubur mereka sendiri. Mereka mewasiatkan agar kubur mereka didirikan dengan binaan yang besar dan mewah di mana mereka bakal ditempatkan. Wasiat sebegini adalah tidak sah pada segi syarak dan sia-sia.

Imam an-Nawawi menyebut dalam Matan al-Minhaj: “Adalah makruh meletakkan marmar pada kubur, atau pun membina dan menulis sesuatu padanya. Sekiranya binaan tersebut dibina di atas kawasan kubur awam maka hendaklah diruntuhkan.”

Al-Khatib asy-Syarbini menyebut di dalam Mughni al-Muhtaj: “Hendaklah binaan tersebut diruntuhkan kerana ia mengganggu orang ramai Tidak kira sama ada ia membinanya dalam bentuk kubah atau rumah atau masjid atau sebagainya.”

Wakafan orang kafir kepada rumah ibadat mereka

Sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini adalah tidak harus seorang Islam mewakafkan hartanya kepada gereja atau seumpamanya kerana ia membawa kepada maksiat.

Di sini saya nyatakan juga adalah tidak harus bagi seorang zimmi mewakafkan hartanya kepada gereja atau rumah ibadat lain berdasarkan kepada syariat dan iktikad kita. Ini sekiranya mereka mengadu masalah ini kepada kita atau bertanya kita tentang hal ini. Kita akan tetapkan hukum bahawa tidak sah harta Wakaf yang mereka berikan kepada gereja atau rumah ibadat lain.

Sekiranya mereka tidak mengadu masalah ini kepada kita dan tidak meminta pandangan kita maka kita tidak perlu bersuara dan kita biarkan mereka dengan amalan mereka.

Mengenai harta yang telah diwakafkan kepada gereja sebelum nabi diutuskan maka kita menganggapnya sebagai sah dan kita mengiktirafnya sebagaimana kita mengiktiraf kewujudan gereja tersebut.

Syarat-syarat Harta yang Diwakafkan

B. Syarat-syarat Harta yang Diwakafkan

Harta yang diwakafkan pula perlu memenuhi beberapa syarat:

1. Harta yang diwakafkan mestilah berbentuk objek yang tertentu. Maka tidak sah hanya mewakafkan rnanfaat sesuatu harta tanpa mewakafkan objeknya, sama ada manfaatnya berbentuk sementara, seperti mewakafkan rumah untuk digunakan selama setahun; ataupun dalam bentuk kekal, seperti mewakafkannya untuk digunakan selama-lamanya.

Dalam hal ini, objek adalah perkara pokok, dan manfaat adalah cabang sampingannya. Cabang akan sentiasa mengikut pokok. Jadi selagi mana hak miljk asal masih di tangan pewakaf, maka manfaatnya juga masih menjadi hak milik pewakaf. Kedua-dua aspek ini tidak dapat dipisahkan melalui wakaf.

Selain itu, tidak menentukan harta mana yang hendak diwakafkan juga adalah tidak sah. Sekiranya pewakaf mewakafkan salah satu daripada rumahnya atau salah sebuah kenderaannya tanpa menentukan yang mana satu yang diwakafkan, maka tidak sah. Sebabnya, beliau tidak menentukan apa yang diwakafkan, seolah-olah beliau hanya bergurau, bukannya bersungguh.

2. Harta yang diwakafkan hendaklah milik pewakaf dan boleh dipindah milikkan. Harta ini hendaklah memberikan faedah atau manfaat.

Dengan ini, tidak sah mewakafkan harta yang bukan milik pewakaf. Wakaf bermakna memindahkan hak milik sesuatu harta daripada tangan pewakaf. Bagaimana beliau boleh memindahkan hak milik sesuatu yang bukan miliknya. Ini bermakna mewakafkan harta yang bukan milik pewakaf adalah perbuatan sia-sia.

Sehubungan dengan itu, tidak sah seseorang yang merdeka mewakafkan dirinya sendiri, kerana dirinya bukan menjadi miliknya. Sebaliknya dirinya adalah milik Allah s.w.t..

Begitu juga tidak sah mewakafkan kandungan haiwan yang hamil tanpa mewakafkan ibunya sekali, kerana kandungan tersebut tidak boleh diwakafkan selagi mana ia berada di dalam perut ibunya. Hanya sekiranya’ diwakafkan ibunya sekali barulah sah wakafan kandungan tersebut.

Dalam pada itu harta yang diwakafkan itu diwajibkan mempunyai nilai atau faedah yang boleh dimanfaatkan. Sekiranya seorang itu mewakafkan sebidang tanah yang tidak sesuai untuk bercucuk tanam mahupun untuk pembinaan, ataupun beliau mewakafkan pakaian yang telah koyak rabak yang tidak boleh digunakan lagi, maka Wakaf sepérti ini adalah tidak sah. Ini kerana wakaf disyariatkan bertujuan untuk menikmati manfaat. Mewakafkan harta yang sedemikian tidak mendatangkan sebarang faedah atau manfaat.

3. Harta yang diwakafkan itu boleh digunakan selama-lamanya. Tidak sah mewakafkan makanan atau yang seumpama, jika manfaat daripadanya hanya akan didapati setelah dimusnahkan harta tersebut.

Selama-lamanya di sini adalah relatif bukan membawa maksud kekal selama-lamanya. Dengan kata lain, harta ini boleh kekal menjangkaui satu tempoh di mana ia boleh menghasilkan sesuatu atau hasilnya menyamai sesuatu upah. Mewakafkan sebuah kereta atau seekor haiwan adalah sah walaupun faedah sebuah kereta tidak kekal selama-lamanya kerana ia mungkin rosak atau binasa. Begitulah juga dengan haiwan.

Seperkara lagi, tidak disyaratkan faedah harta tersebut perlu diperolehi serta-merta. Cukup sekadar ia boleh dimanfaatkan walaupun pada masa akan datang. Mewakafkan seekor haiwan yang masih kecil adalah sah, kerana ia boleh dimanfaatkan di kemudian hari.

4. Penggunaan harta wakaf tersebut mestilah diharuskan oleh syarak. Mewakafkan harta yang hanya boleh digunakan untuk perkara yang diharamkan seperti alat-alat hiburan atau sebagainya adalah tidak sah. Ini kerana wakaf bertujuan untuk taqarrub dan maksiat menafikan matlamat tersebut.

Pemerintah atau Khalifah Islam Mewaka/kan Harta Baitul Mal

Ulamak-ulamak mazhab Syafie mengharuskan pemerintah Islam atau Khalifah Islam untuk mewakafkan sebahagian tanah milik Baitul Mal Islam sekiranya ini boleh membawa kebaikan kepada orang-orang Islam.

Amalan ini dikecualikan daripada syarat harta itu mestilah hak milik pewakaf. Khalifah bukan pemilik harta-harta di dalam Baitul Mal, cuma ulamak rnengharuskannya. Mereka menjadikan tindakan Umar bin al-Khattab yang mewakafkan tanah-tanah di Iraq sebagai hujah.

Imam an-Nawawi rhm. menyebut dalam kitab Raudhah: “Sekiranya pemerintah berpendapat perlu mewakaikan tanah hasil rampasan perang sebagaimana yang dilakukan oleh Umar, maka ia diharuskan dengan syarat mereka yang berperang itu bersedia menyerahkan hak mereka sama ada dengan menerima pampasan atau sebagainya.”

Wakaf Harta Tidak Alih

Adalah sah mewakafkan harta tidak alih sama ada dalam bentuk tanah, rumah, premis perniagaan, perigi atau mata air, walau bagaimana keadaan sekali pun tanah, rumah, premis, perigi atau mataair tersebut. Selagimana ia boleh mendatangkan faedah sama ada pada ketika itu juga atau kemudiannya.

Hukum ini berdasarkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan amalan para sahabat. Saya telah pun sebutkan sebelum ini kata-kata Jabir r.a.: “Tiada seorangpun di kalangan para sahabat yang berkemampuan tetapi tidak mewakafkan hartanya.” Begitu juga kata-kata Syafie rhm.: “Aku mendapat tahu bahawa 80 orang sahabat di kalangan Anshor telah bersedekah dengan sedekah-sedekah muharrimat,” maksudnya mewakafkan harta.

Sebagaimana yang diketahui umum kebanyakan harta yang diwakafkan adalah berbentuk tanah, rumah atau perigi.

Wakaf Harta Alih

Mewakafkan harta alih seperti haiwan, kenderaan, pakaian; peralatan perang, berus, bejana dan buku yang bermanfaat adalah sah.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesiapa yang mewakafkan seekor kuda di jalan Allah kerana keimanan kepada Allah dan percaya kepada janji-Nya, maka sesungguhnya kekenyangan, kehilangan dahaga, tahi dan kencing kuda itu akan diletak di atas timbangan amal kebajikannya pada Hari Kiamat.1

1 Diriwayatkan oleh Bukhari (2698) di dalam [Kitab Jihad, Bab Orang Yang Mewakafkan Kuda] dan Nasaie (6/225) di dalam [Kitab Kuda, Bab Makanan Kuda] daripada Abu Hurairah r.a.
Abu Hurairah r.a. berkata:
Adapun Khalid, maka sesungguhnya kamu semua menzalimi Khalid. Kerana beliau telah mewakafkan baju-baju besi dan alat-alat perangnya di jalan Allah 2

2 Diriwayatkan oleh Bukhari (1399) di dalam [Kitab Zakat, Bab Firman Allah s.w.t. “Dan pada Hamba… dan pada jalan Allah] dan Muslim (987) di dalam [Kitab Zakat, Bab Menyegerakan zakat atau menahannya]

Wakaf Musya’

Musya’( ) ialah harta yang menjadi milik bersama dengan orang lain tanpa dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Harta Musya’ boleh diwakafkan sama ada ia berbentuk harta alih atau harta tidak alih, sama ada seorang sahaja yang mewakafkan bahagiannya, ataupun sekumpulan yang mewakafkan bahagian mereka. Ianya sama dan diharuskan oleh syarak.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.huma.:

Umar r.a. berkata kepada Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya seratus bahagian yang menjadi hak saya di Khaibar merupakan harta yang paling saya sukai, dan saya mahu sedekahkannya.’Lalu Nabi s.a.w. bersabda: ”Wakafkanlah tanahnya, dan sedekahkanlah buah-buahannya. “1

1 Diriwayatkan oleh Nasaie (6/230 dan 231) di dalam [Kitab Wakaf, Bab Bagaimana Wakaf Didaftar] daripada lbnu Umar r.a.

Anas r.a. berkata:
Nabi s.a.w. telah memerintahkan agar dibina masjid. Baginda bersabda: “Wahai Bani Najjar, tawar-menawarlah denganku pada harga kebun kamu ini.”Mereka menjawab: “Demi Allah, kami tidak akan menuntut bayarannya melainkan daripada Allah. ”2

2 Diriwayatkan juga oleh Bukhari (2619) di dalam [Kitab Wasiat, Bab Harus Jika Beberapa Orang Mewakafkan Tanah Musyak]

Al-Khatib asy-Syarbini rhm. menyebut di dalam kitabnya ‘Mughni al-Muhtaj ila Ma ‘rifati Ma ‘ani Alfazh al-Minhaj’ karangan Imam an-Nawawi rhm.: “Semua ulamak Islam pada sepanjang zaman telah bersepakat pendapat bahawa harus mewakafkan tikar dan lampu untuk masjid, tanpa ada sesiapa yang membangkangnya.”

Syarat-syarat Pewakaf

A. Syarat-syarat Pewakaf

Bagi menjadikan wakaf ini sah dari segi syarak, pewakaf disyaratkan:

1. Beliau adalah seorang yang merdeka, baligh dan berakal. Wakaf seorang hamba tidak sah. Kerana hamba tiada hak milik, bahkan dirinya sendiri adalah harta yang dimiliki oleh tuannya. Wakafan kanak-kanak dan orang gila juga tidak sah walaupun ia dilakukan melalui penjaga mereka. Sekiranya seorang kanak-kanak (walaupun sudah mumaiyiz) atau seorang gila mewakafkan hartanya, maka wakaftersebut batal walaupun dengan persetujuan
penjaga mereka. Ini kerana perbuatan kanak-kanak dan orang gila tidak diiktiraf oleh syarak. Penjaga mereka juga tidak dibenarkan mengeluarkan sedekah menggunakan harta ini.

2. Berkelayakan untuk bersedekah. Orang yang dihalang berbelanja (al-mahjur ‘alaih) kerana tidak siuman atau kerana muflis tidak sah mewakafkan harta. Ini kerana mereka tidak dibenarkan sama sekali membelanjakan harta mereka apatah lagi mewakafkan harta, dan tidak dibenarkan juga diserahkan kepada mereka harta tersebut.

Larangan ini adalah demi kepentingan diri orang yang tidak siuman itu sendiri, dan untuk si muflis kerana mengambil kira kepentingan pemiutang-pemiutang. Allah berfirman:

Janganlah kamu memberikan (menyerahkan) kepada orang-orang yang tidak pandai membelanjakan harta dengan baik, akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, yang Allah telah menjadikannya untuk kamu. semua sebagai asas pembangunan kehidupan.
(An-Nisa‘: 5)

……….. dalam ayat ini ialah orang yang tidak pandai membelanjakan hartanya dengan baik.

Asy-Syafie menafsirkan kalimah  ………….  di sini sebagai orang yang membazirkan harta dengan membelanjakannya pada perkara yang haram.

Ayat di atas menyandarkan harta-harta itu kepada penjaga-penjaganya sedangkan pada hakikatnya ia adalah milik as-sufahak. Ini kerana harta-harta tersebut berada di dalam genggaman penjaga-penjaga dan mereka inilah sebenarnya yang memeliharanya.

Kaab bin Malik r.a. menceritakan:

Nabi s.a.w. telah menahan Muaz bin Jabal r.a. daripada menguruskan hartanya, dan baginda menjual harta Muaz
kerana hutang yang dimilikinya. Hasilnya dibahagi-bahagikan kepada pemiutang-pemiutang namun mereka hanya memperoleh lima pertujuh daripada hak mereka. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: “Hanya itu yang boleh kamu perolehi. “1
1 Riwayat al-Hakim (2/58) di dalam [Kitab Jual Beli Bab Gadaian Haiwan Bersusu Dan Haiwan Yang Ditunggang] dan diriwayatkan juga oleh al-Daruqutni dan yang lain

3.  Sukarela. Tidak sah wakafan orang yang dipaksa kerana syarat sukarela adalah antara syarat taklif.

Wakafan Pesakit yang Nazak

Pesakit yang berada dalam keadaan nazak hanya dibenarkan mcwakafkan tidak lebih daripada satu pertiga (1/3) hartanya. Ini bertujuan memelihara kepentingan pewaris-pewarisnya. Sekiranya pesakit ini mewakafkan satu pertiga (1/3) atau kurang, Wakafan lni dibenarkan bagi memelihara kepentingan dirinya sendiri untuk menerima ganjaran pahala selepas kematiannya. Dalilnya ialah hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. katanya:

Pada Tahun Hajjatul Wada’, Rasulullah s.a.w. telah menziarahiku kerana sakitku yang semakin tenat. Lalu aku. bertanya: ‘§4ku menghidap sakit yang tenat dan aku seorang yang berharta, sedangkan aku hanya diwarisi oleh
seorang anak perempuan. Apakah boleh aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku?”Baginda bersabda: “Tidak. “Aku bertanya: “Separuh?” Baginda bersabda: “Tidak.” Seketika kemudian baginda bersabda: “Satu pertiga. Satu pertiga pun sudah besar atau banyak. Sesungguhnya tindakan engkau meninggalkan waris-warismu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan melarat dan meminta-minta belas ihsan daripada orang lain. ”‘

1 Riwayat Bukhari (1233) di dalam [Kitab Jenazah Bab Nabi s.a.w. meratapi Saad bin KhauIah] dan Muslim (1628) di dalam [Kitab Wasiat Bab Wasiat Satu Pertiga]

Wakafan Orang Kafir

Ulamak-ulamak mazhab Syafie berpendapat bahawa wakaf seorang kafir adalah sah, walaupun ia disedekahkan untuk masjid. Walau bagaimanapun, ia bukan berniat taqarrub sebagaimana ikbikad kita. Golongan kafir terrnasuk dalam golongan yang layak bersedekah.

Dalam keadaan ini, kesahihan sedekah tidak bergantung kepada niat, kerana syarat niat adalah Islam sebagaimana diketahui umum. Bagi orang-orang kafir, mereka akan memperoleh ganjaran mereka di dunia kerana sumbangan dan sedekah mereka. Tetapi di akhirat, mereka tidak akan beroleh apa-apa. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi seseorang mukmin pada sesuatu kebajikan (yang dia lakukan). Dia akan diberi ganjaran dengan sebabnya di dunia, dan akan diberi pahala dengan sebabnya di akhirat. Adapun orang kafir pula, dia akan diberi makan di dunia dengan sebab kebaikan-kebaikan yang dia lakukan kerana Allah, sehingga apabila dia kembali ke akhirat, tiada lagi pahala yang akan dibalas kepadanya.

1 Riwayat Muslim (2808) di dalam [Kitab Sifat Dan Hukum Munafik, Bab Ganjaran Mukmin Di Dunia Dan Akhirat Kerana Amalan Baiknya Dan Ganjaran Baik Untuk Kafir Diberikan Di Dunia] daripada Anas bin Malik r.a.

Soalan 2018

1.Aqabah Penghalang terdiri daripada empat unsur iaitu dunia dan isinya, manusia toleh, syaitan dan hawa nafsu.

a) Berdasarkan kenyataan di atas, jelaskan perbezaan keempat-empat unsur berkenaan.

Perbezaan:

Ciri-ciri dunia dan isinya manusia toleh syaitan hawa nafsu
definisi
pesona keduniaan dan kebendaan yang meragut hatimakhluk yang menghalang daripada jalan ibadahmusuh yang nyatamusuh dalaman
Cara menolaknya bersifat bertajarrud dan zuhud.tafarrud (bersendirian) dan beruzlahmeminta perlindunga dengan Allah dan melawan bisikanDidik nafsu sehingga ia cenderong kepada kebaikan danLemahkan nafsu


b) Bagaimanakah cara mengubat apabila terkena penyakit cintakan dunia dan makhluk atau manusia toleh.

Cara mengubati penyakit cintakan dunia ialah dengan tajarrud iaitu kosongkan hati daripadanya dan sifat zuhud iaitu meninggalkan keinginan terhadap dunia yang sementara.

Cara mengubati daripada makhluk melalui jalan ibadah berusaha untuk tafarrud iaitu bersendirian dari pada makhluk dan beruzlah iaitu meninggalkan pergaulan dalam masyarakat dan bersendirian daripada manusia.

2. a. Jelaskan rintangan yang dilalui oleh Imam al-Ghazali dalam menjalani ibadatnya kepada Allah?

Ada 4 rintangan :

  1. dunia
  2. makhluk
  3. syaitan dan
  4. nafsu

Untuk menghadapi rintangan ini, ada 4 perkara

  1. Bertajarrud daripada dunia (yakni mengosongkan hatinya daripada tamak haloba cintakan dunia.
  2. Mengasingkan dirinyadaripada makhluk (manusia toleh) yang boleh mengancam, merosak atau mengacaukan urusan ibadatnya malahan keselamatan agamanya)
  3. Memerangi syaitan
  4. Menewaskan (godaan-godaan) nafsu.

b. Jelaskan sebab kepentingan ilmu.

KEPENTINGAN ILMU IBADAT

  1. Ilmu adalah paksi tempat perkisaran edaran ibadah
  2. Ilmu dan ibadah adalah 2 biji permata yang berharga
  3. Kerana ilmu dan ibadah itulah diturunkan kitab-kitab suci dan diutuskan para rasul
  4. Kerana kedua-duanyalah dijadikan langit dan bumi serta apa yang ada padanya.
    Firman Allah: “Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadat  kepadaku.” (56 – Azzariyat)
  5. Ilmu dan ibadat juga adalah maksud daripada penciptaan dunia dan akhirat

3. a) Seorang abid tidak mahu bekerja dengan alasan rezeki sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali. Bincangkan sejauh manakah rezeki itu bergantung kepada pernyataan di atas.

Rezeki iaitu persoalan dalaman tentang makanan, pakaian dan sebagainya samada untuk dirinya sendiri dan ahli keluarganya.

Ada tiga keadaan dan tempat untuk bertawakal dalam pada rezeki iaitu:

  1. Pada bab pembahagian (nasib ketentuan). Maka ia dengan percaya kepada Allah saw dimana tidak akan terluput apa yang telah ditentukan sebagai bahagian untuk dirinya.
  2. Pada bantuan. iaitu bergantung dengan Allah saw dan percaya dengan bantuan dan pertolongan Allah saw jika dia benar-benar di atas jalan Allah saw dan menghambakan diri kepadaNya.
  3. Pada bab rezeki dan keperluan. iaitu dia yakin bahawa Allah saw yang menguruskan dan menjaga kebajikannya, sesuai dengan apa yang dapat menguatkan hamba tersebut untuk beribadat kepada-Nya

b) Kehidupan moden hari ini manusia saling bergantung kehidupan kepada unsur-unsur lain selain dari Allah seperti kebergantung hidup kepada polisi insuran. Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan konsep tawakkal dan hubunganya dengan polisi insuran.

Tawakkal bererti menyerahkan diri dan urusan kepada Allah saw. Tawakkal itu ditempatnya di hati, iaitu tidak bergantung kepada selain Allah saw.

dengan mengambil mengambil polisi insuran adalah sebagai usaha dan memilih sesuatu sebab untuk mengelakkan dirinya dari kebinasaan kehilangan harta. Itu masih dalam ruang lingkup tawakkal selagi mana dia tidak bergantung hati kepada selain Allah saw dan tidal inginkan melainkan hanya kepada Allah saw dan pilihan-Nya.

4 Aqabah (pendorong) ada 3 jalan iaitu jalan berperasaan aman dan berani (terhadap Allah), jalan berperasaan berputus asa dan tidak berharapan (kepada rahmat Allah) dan jalan berperasaan takut dan berharapan (terhadap Allah)

a) Berdasarkan keterangan di atas, jelaskan kesan jalan berperasaan berputus asa dan tidak berharapan.

Kesan berperasaan putus asa iaitu mengingati kelupusan rahmat Allah saw dan sifat pemurahnya dan putusnya rasa rahmat Allah saw di dalam hati seseorang. Ia disebabkan dominasi rasa takut yang keterlaluanlalu membawa kepada rasa putus asa.

b) Bagaimana untuk melahirkan perasaan takut dan berharapan.

  1. Mengingati galakan (targhib) dan ancaman (tarhib) Allah saw .
  2. Mengingati perbuatan Allah saw yang membalas dan mengampuni seseorang, terbit daripada sifat (keagungan) dan sifat jamal (keindahan)-Nya
  3. Mengingati balasan yang dodapati oleh para hamba di akhirat kelak iaitu sama ada kurniaan pahala ataupun seksaan

5. Riak merupakan suatu sifat yang boleh melumpuhkan pahala ibadat seseorang.

a) Berdasarkan pernyataan di atas, jelaskan pengertian riak dan bahayanya kepada abid.

Pengertian riak iaitu keinginan untuk mendapat manfaat dunia dengan amalan akhirat.

Bahaya riak ialah mendapat 2 ke’aiban dan dua bala bencana.

2 ke’aiban

  1. Terbongkar ke’aiban rahsia ( amal tidak ikhlas) iaitu celaan dihadapan para malaikat.
  2. Terbongkarnya ke’aiban terang-terangan (tidak dapat berselindung lagi) di hari kiamat dihadapan khalayak ramai.

2 bala bencana

  1. Terhalang daripada masuk syurga lebih awal
  2. Terjerumus kedalam Neraka kerana maksiat riya’ tersebut.

b) Huraikan kesan terhadap seorang qariah memperelokkan bacaan tarunumnya dalam suatu pertandingan Tilawah al-Quran.

  1. Adakah ikhlas?
  2. Adakah riya’?

Jika qariah itu melakukannya untuk mendapat manafaat duniawi daripada Allah iaitu, memenangi pertandingan. maka dia masih riya’ kerana keinginan manafaat duniawi daripada ibadah.

B. Jual beli yang Tidak Dibenarkan

B. Jual beli yang Tidak Dibenarkan

Terdapat beberapa bentuk jual beli yang tidak dibenarkan oleh syarak kerana sesuatu kecacatan atau kerana sesuatu perkara yang dikaitkan dengan jual beli tersebut. Jual beli yang tidak dibenarkan ini terdapat dalam dua jenis; iaitu jual beli yang tidak sah dan jual beli yang sah tetapi haram.

1.Jual beli yang Diharamkan dan Tidak Sah

Jual beli ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana tidak memenuhi rukun-rukun atau syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak. Syarak telah menyenaraikan beberapa jenis jual beli yang tidak dibenarkan dan para fuqahak telah menetapkan jual beli ini sebagai tidak sah.

i. Menjual susu yang masih belum diperah atau bulu haiwan yang masih belum diketam atau buah-buahan yang masih belum masak.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya:
Rasulullah s.a.w. telah melarang menjual buah sehingga ia boleh dimakan atau bulu yang masih di badan atau susu yang masih di pundi susu atau keju yang masih dalam bentuk susu.

1 [Riwayat al-Daruqutni, Jual beli, no. 42]

Maksud keju yang masih dalam bentuk susu ialah susu itu masih belum diperam dan diproses.

Punca jual beli seperti ini tidak sah kerana Wujud ketidakpastian tentang barangan yang dijual. Buah-buahan yang masih belum masak tidak diketahui berapakah nilainya apabila telah masak, kerana mungkin wujud perbezaan nilai yang jauh. Demikian juga dengan susu yang masih dalam pundi susu. Bulu haiwan pula jika diketam sehingga ke pangkalnya akan membawa kemudaratan kepada haiwan tersebut. Oleh itu ia tidak dibenarkan. Jika dibiarkan sebahagiannya dengan tujuan tidak memudaratkan haiwan tersebut, jumlah yang ditinggalkan tidak diketahui pula. Semua ini terdedah kepada risiko dan ketidak pastian yang menyebabkan jual beli tersebut tidak sah.

Di sini kami ingin bincangkan secara lebih mendalam mengenai buah-buahan yang dijual sebelum masak kerana hari ini ramai orang yang terlibat dalam kesalahan ini.

Buah-buahan yang dijual sebelum masak (pajak)

Karni sebutkan istilah pajak dalam kurungan kerana pada hari ini ramai yang rnenamakan jualan seperti ini sebagai pajak. Nama ini tidak penting bagi kami kerana ia salah dalam apa jua keadaan. Apa yang penting ialah barangan yang djpajak iaitu buah-buahan tersebut dijual sebelum ia masak dan belum sesuai untuk dimakan. Malah ramai yang bertindak lebih jauh dengan membeli buah-buahan sebelum ia wujud atau dengan hanya berpandukan kepada putik atau bunga sahaja. Tindakan ini merupakan suatu kesalahan yang lebih besar yang menyebabkan jual beli ini tidak sah dan lebih besar dosanya kerana menjual barangan yang tidak wujud dan mungkin tidak akan wujud.

Dalam apa keadaan sekalipun, kami wajib memberikan penjelasan. Bagi mereka yang beriman dengan Allah Taala dan mempercayai kebenaran Rasulullah s.a.w., bagi mereka yang beriman bahawa mereka akan menghadap Allah pada hari yang tidak berguna segala harta dan anak kecuali mereka yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera, mereka ini perlu dengar, akur dan tunduk kepada perintah syarak. Mereka sepatutnya tidak melakukan perkara yang dilarang walaupun merasakan perkara itu memberi keuntungan kepada mereka. Segala kemudaratan sebenarnya wujud dalam semua perbuatan yang bercanggah dengan perintah Allah Taala atau perintah Rasulullah s.a.w.

Menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya selain kerana tidak mengetahui dengan jelas nilai buah-buahan tersebut, jual beli seperti ini juga mengandungi risiko yang besar. Ada kemungkinan wujud kerosakan akibat penyakit atau sebagainya yang mungkin menyebabkan pokok tersebut tidak mengeluarkan hasil. Dalam keadaan ini, pemilik pokok menerima sejumlah Wang tanpa sebarang timbal balas iaitu barangan jualan yang didakwa sebagai buah-buahan daripada pokoknya. Dengan ini pemilik ini telah menerima Wang orang lain dengan cara yang salah. Inilah yang dinyatakan dengan jelas oleh hadis Nabi s.a.w. apabila Baginda bersabda:

Apakah pandangan kamu, apabila Allah menahan buah-buahannya, maka dengan cara apakah seseorang kamu mahu mengambil harta saudaranya?

Dalam riwayat lain disebut:
Maka dengan cara apakah engkau mahu menghalalkan harta saudaramu?’

Dengan ini, menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya adalah haram dan tidak sah. Larangan ini telah dinyatakan dengan jelas. Kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli akan menanggung dosa

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a.:
Rasulullah s.a. w. tidak membenarkan jual beli buah-buahan kecuali setelah sampai tempoh matangnya. Baginda melarang penjual dan juga pembeli?

Hikmah di sebalik hukum ini jelas dalam realiti hari ini. Jarang sekali tidak berlaku pertelingkahan dan pergaduhan apabila dua pihak menjalankan urusniaga seperti ini. Iaitu apabila wujud pemajak dan penerima pajak (berdasarkan istilah hari ini). Sehingga ada kalanya kes ini membawa kepada pertumpahan darah. Inilah akibat mereka melanggar syariat Allah Azza wa Jalla dan menolak larangan Nabi s.a.w. serta hikmahnya.

Oleh itu, adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman malah seluruh manusia amnya untuk berpegang kepada syariat Allah supaya mereka dapat mengecapi kebahagiaan dan keharmonian hidup. Orang yang mengenepikan sesuatu hanya kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Jika buah-buahan tersebut dijual selepas tempoh matangnya dan nyata telah masak, jual beli tersebut dibenarkan. Ini disokong oleh hadis yang disebutkan tadi dan juga hadis-hadis lain yang akan dinyatakan nanti. Apabila wujud larangan menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya, bermakna menjual buah-buahan tersebut selepas tempoh matang adalah dibenarkan.

Hikmah di sebaljk hukum ini adalah jelas. Biasanya, buah-buahan akan lebih terselamat daripada kerosakan dan kemusnahan selepas tempoh matang. Ini kerana buahnya lebih tahan dan bijinya lebih besar. Sebelum tempoh ini, buah-buahan akan muda


2 [Al-Bukhari, Jual beli, Bab menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya, no. 2082. Muslim, Jual beli, Bab larangan menjual buah-buahan sebelum sampai tempoh matangnya, no. 1534.]

msak kerana ia masih tidak tahan dan bijinya masih kecil atuu
subagainya.
. Jika buah-buahan tersebut dijual selepas tempoh matang,
|‘>urnbeli berhak membiarkannya di atas pokok sehingga sampai
masa untuk dia memetiknya. Namun perkara ini perlu mengikut
umalan yang diguna pakai (uruf) di tempat itu. Kecuali jika penjual
mensyaratkan buah-buahan tersebut perlu dipetik serta-merta.
Kaedah bagi menentukan tempoh matang atau masak
Bagi buah-buahan yang bertukar warna, ia akan bertukar
kepada warna merah atau kuning atau timbul tanda-tanda
kematangannya.
Bagi buah-buahan yang tidak bertukar warna, akan timbul
tanda-tanda kematangannya dan timbul hasil yang dikehendaki
seperti rasa masam, manis, lembut atau sebagainya. .
Sebuah hadis menyebut:
$13»: $2 5‘ i~>”~’>*%.¢ai
j 1 0 ofl @ / / / 3
. J‘-4-03! j‘ )-09;; IJU
Baginda s.a.w. melarang dijual buah kurma sehingga jelas
warnanya. Ada yang berkata: “Apakah maksud jelas warna-
nya?”Baginda menjawab: ”Ia menjadi merah atau kuning. ”
Dalam hadis yang sama, disebut:
1; “/11,516:/fl,a:-/: 1,2: //./°,,: /.2: fl/
.\:g-‘.fJ§}g_j).1~4-v))Lo.>u J13 $6” Le)
Sehingga ia berubah warna. Lalu ada yang berkata: ‘1/lpakah

  • maksud ia berubah warna?”Baginda menjawab: “Ia menjadi
    rnerah, menjadi kuning dan boleh dimakan. ”’
    Namun demikian, buah-buahan yang belum masak masih boleh
    dijual dengan syarat ia mestilah dipetik dan boleh dimanfaatkan.
    Contohnya, anggur yang belum masak. Ini kerana faktor yang
    menghalang sesuatu jual beli iaitu risiko (gharar), ia tidak wujud
    di sini. Sebaliknya syarat yang dikenakan ke atas barangan yang
    dijual ialah mestilah barangan itu bermanfaat.
    1 [AI-Bukhari dan Muslim, Ibid]