Khiyar Aib

Khiyar Aib

Pada asasnya, urusan seorang muslim dengan orang lain perlu dijalankan atas landasan saling menjaga hak dan bersih daripada segala unsur penipuan. Penipuan bererti mengambil harta orang lain dengan jalan yang tidak sah. Rasulullah s.a.w. pernah memberikan peringatan yang amat keras kepada umat Islam supaya tidak menipu. Baginda bersabda:

Sesiapa yang menipu, dia bukan daripada kalangan kami

Salah satu contoh menipu dalam perniagaan ialah penjual menyembunyikan kecacatan yang ada pada barangan yang dijual walaupun dia mengetahuinya. Punca mengapa Rasulullah s.a w mengucapkan hadis di atas menjadi dalil bagi masalah ini.
Abu Hurairah meriwayatkan;

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. lalu berhampiran selonggok makanan di pasar. Baginda pun memasukkan tangan ke dalam longgokan makanan tersebut, lalu jari-jarinya terasa basah. Baginda bersabda: ”Apakah ini, wahai tuan punya makanan? ”Penjual itu berkata: “Wahai Rasulullah, makanan ini terkena hujan. ” Baginda pun bersabda: ”Alangkah baiknya jika engkau letakkan makanan yang basah ini di bahagian atas longgokan makanan ini supaya boleh dilihat oleh orang ramai? Sesiapa yang menipu, bukan daripada kalangan umatku. ’”

Hadis ini menj elaskan perbuatan menyembunyikan kecacatan adalah suatu penipuan. Oleh itu menjadi tanggungjawab penjual untuk memperlihatkan kecacatan yang ada pada barangan yang dijual dan menyatakannya kepada pembeli.
Kenyataan ini disokong oleh hadis Nabi s.a.w.:

Seseorang muslim adalah saudara kepada seseorang muslim yang lain. Tidak halal bagi seseorang muslim yang menjual sesuatu barang yang ada kecacatan kepada saudaranya kecuali dia menjelaskan kecacatan itu kepadanya?

1. [Riwayat Muslim, Iman, Bab sabda Nabi s.a.w.: Sesiapa menipu kami bukan daripada kalangan kami, no. 102. Frasa “maka bukan daripada kalangan kami” dinyatakan dalam bab yang sama, no. 101]
2. [Riwayat lbnu Majah daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a., Tljarat (pemiagaan), Bab sesiapa yang menjual barang yang cacat hendaklah menjelaskannya, no. 2246]

Orang bukan Islam juga termasuk dalam maksud hadis ini berdasarkan kepada hadis pertama tadi kerana hadis ini bersifat umum. Akhlak dalam Islam bersifat kemanusiaan dan setiap manusia perlu mengamalkan akhlak ini baik sesama Islam dan juga kepada bukan Islam.

Selain penjual, sesiapa sahaja yang mengetahui kecacatan tersebut juga wajib menjelaskannya kepada orang lain walaupun dia bukan penjual mahupun pembeli. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:

Tidak halal bagi seseorang yang menjual sesuatu kecuali dia menjelaskan keaiban yang ada padanya. Tidak halal juga bagi sesiapa yang mengetahui perkara itu kecuali dia menjelaskannya’

1 [Riwayat Imam Ahmad dalam Musnad, 3/491, daripada Wathilah bin al-Asqa’ r.a.]

Apabila kontrak jual beli telah dimeterai dan pembeli telah memperolehi barangan yang dijual tanpa dinyatakan sebarang kecacatan pada barangan tersebut kemudian baru disedari wujudnya kecacatan pada barangan tersebut, jual beli tersebut masih sah

Walau bagaimanapun, pembeli diberikan pilihan sama ada merelakan kecacatan yang ada atau memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual dengan dia membatalkan jual beli tersebut dan mengambil semula bayaran yang telah dibuat. Dia dibenarkan berbuat demikian sekiranya dia tidak mengetahui kecacatan tersebut wujud ketika kontrak dimeterai mahupun ketika penerimaan

Dalil-dalil bagi masalah ini ialah:
i. Hadis Aisyah r.ha.:

Sesungguhnya seorang lelaki telah membeli seorang hamba, lalu dia menggunakan khidmat hamba ini. Kemudian dia dapati pada hamba itu suatu kecacatan, lalu dia mengembalikan hamba itu kerana kecacatannya. Namun penjual berkata:

“Di manakah keuntungan hamba saya ini?” Nabi s.a.w. bersabda: “Keuntungan menurut tanggungan “

1 [Riwayat Ahmad, Musnad, 6/80]

Keuntungan hamba saya ini bermaksud upah hasil kerja yang dilakukan oleh hambanya itu. Keuntungan menurut tanggungan bermaksud sebarang keuntungan yang diperolehi menjadi hak orang yang bertanggung jawab terhadap barangan tersebut ketika keuntungan tersebut diperolehi

Selain hadis ini, hadis musorrah turut menjadi dalil. Hadis ini akan dibincangkan dalam tajuk jual beli musorrah.

ii. Berpandukan kepada rasional;

Pada dasarnya, jual beli mestilah melibatkan barangan yang sempurna. Pihak pembeli akan membuat bayaran penuh hanya bagi memperolehi barangan yang sempurna. Dengan ini barulah wujud timbal balik antara bayaran yang dibuat dengan barangan yang dijual. Inilah kehendak pembeli ketika bersetuju dengan jual beli tersebut. Jika barangan yang dijual tidak dapat digunakan kerana kecacatan yang ada, ini bermakna tujuan pembelian tersebut tidak tercapai dan tidak bertepatan dengan persetujuannya. Dengan ini, pembeli berhak membatalkan jual beli tersebut dan memulangkan semula barangan yang dibeli dengan mengambil semula bayaran yang telah dibuat

Syarat Dibenarkan Khiyar Aib

i. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada.

Maksudnya kecacatan tersebut wujud pada barangan yang dijual sebelum diterima oleh pembeli, tidak kira sama ada kecacatan tersebut berlaku sebelum atau sesudah memeterai kontrak. Sebabnya, sebelum barangan yang dijual itu diterima oleh pembeli, barangan tersebut masih berada dalam tanggungan penjual.

Jika kecacatan tersebut berlaku selepas barangan diterima, pembeli tidak berhak menuntut khiyar. Cuma jika kecacatan ini berpunca daripada sesuatu sebab yang berlaku sebelum ia diterima oleh pembeli. Contohnya, selepas membeli suatu barangan, pembeli mendapati barangan tersebut berkarat dan apabila diteliti, didapati ia telah terdedah kepada air sebelum penerimaan. Dengan ini pembeli berhak memulangkan semula barangan tersebut kerana kecacatan tersebut berpunca daripada sesuatu yang berlaku ketika ia berada di tangan penjual. Samalah seperti kecacatan itu berlaku
di tangan penjual

ii. Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh menjejaskan nilai barangan.

Tidak kira sama ada kecacatan tersebut menjejaskan fizikal barangan atau pun tidak. Ini kerana, jual beli adalah suatu sistem pertukaran dan perkara yang diambil kira dalam jual beli ialah nilai barangan. Cara untuk mengukur nilai ini pula ialah melalui pengalaman para peniaga yang berkemahiran

Jika kecacatan tersebut hanya menjejaskan fizikal tanpa menjejaskan nilainya, pembeli tidak berhak memulangkannya semula. Kecuali jika kecacatan tersebut menjejaskan tujuan pembeli membelinya. Contohnya, seorang pembeli membeli seekor kambing untuk tujuan korban kemudian dia mendapati sebahagian telinga kambing tersebut; terputus. Dengan ini pembeli berhak mernulangkan semula kambing tersebut kerana ia tidak boleh digunakan untuk tujuan korban. Tetapi jika tujuan kambing tersebut dibeli bukan-kerana korban yang diwajibkan, contohnya hanya untuk mendapatkan dagingnya, kecacatan itu tidak diambil kira dan pembeli tidak berhak memulangkannya semula. Ini kerana nilai kambing tersebut tidak terjejas akibat kecacatan tersebut.

Di samping itu, kecacatan fizikal kambing tersebut juga tidak menjejaskan tujuan pembeliannya.

iii. Pada kebiasaannya, kecacatan tersebut tidak wujud

Contohnya, seorang pembeli membeli sebuah kereta baru daripada wakil pengedar kemudian mendapati tayar kereta tersebut botak. Pembeli berhak memulangkan semula kereta tersebut dan membatalkan jual beli kerana kecacatan tersebut. Lain pula jika dia membeli kereta terpakai dan kemudiannya mendapati tayarnya botak, pembeli tidak berhak menuntut khiyar aib kerana barangan terpakai biasanya mempunyai kecacatan sedemikian

Bilakah.Barangan Khiyar Aib Boleh Dipulangkan?

Hak memulangkan semula barangan kerana khiyar aib diberikan sebaik sahaja kecacatan tersebut dikenal pasti, namun ia perlu menurut amalan setempat (uruf) yang diguna pakai. Jika kecacatan disedari ketika pembeli sedang makan atau sedang sembahyang, pemulangan boleh dilewatkan sehingga dia selesai. Atau pun jika disedari pada waktu malam dia boleh memulangkannya pada waktu pagi. Oleh itu jika dia lewat memulangkan barangan tersebut sedangkan dia mampu melakukannya lebih awal, hak khiyarnya digugurkan.
Hak ini juga gugur jika pembeli menggunakan barangan tersebut setelah rnenyedari kecacatannya dan sebelum menggunakannya, dia mampu memulangkannya. Ini kerana kelewatan pembeli memulangkan barangan tersebut atau menggunakannya sebelum mengembalikannya menjadi tanda dia memilih untuk meneruskan jual beli walaupun menyedari wujudnya kecacatan.

Pertambahan pada Barangan yang Cacat

Setelah pembeli menerima barangan yang dijual, kemudian mendapati wujudnya kecacatan sedia ada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tadi, sedangkan barangan tersebut telah bertambah, maka pertambahan ini tidak menggugurkan haknya untuk memulangkan semula barangan tersébut. Walau bagaimanapun beberapa perkara perlu dilihat.

Jika pertambahan tersebut tidak boleh dipisahkan (bersekali), contohnya pertambahan dalam bentuk lemak pada haiwan atau jahitan pada baju, pembeli boleh memulangkan semuanya ataupun meneruskan jual beli tersebut. Pembeli berhak membuat pilihan ini kerana pertambahan ini menjadi sebahagian daripada barangan tersebut.

Jika pertambahan tersebut berasingan, pembeli boleh memulangkan barangan cacat tersebut tanpa pertambahannya. Ini kerana pertambahan ini berlaku dalam tempoh pemilikannya atau ‘dalam tempoh tanggungannya. Inilah yang dinyatakan oleh hadis Nabi s.a.W. sebelum ini: “Keuntungan menurut tanggungan.” Keuntungan ialah pertambahan yang dihasilkan oleh sesuatu usaha atau sebagainya

Kecacatan Tambahan kepada Kecacatan Sédia Ada

Jika wujud kecacatan baru selain daripada kecacatan sedia ada yang didapati oleh pembeli selepas menerima barangan tersebut, hak pembeli untuk memulangkan semula kepada penjual secara paksa digugurkan. Ini bermakna pembeli tidak berhak memaksa penjual untuk menerima semula barangan tersebut. Walau bagaimanapun beberapa perkara perlu dilihat:

Jika penjual bersetuju menerimanya, pembeli boleh memulangkannya. Atau pun jika pembeli bersetuju menerima kecacatan tersebut dia boleh menggunakannya terus

Jika kedua-dua pihak tidak bersetuju, pilihan yang ada ialah sama ada pembeli membayar gantirugi bagi kecacatan baru dan memulangkan semula barangan tersebut kepada penjual, atau pun penjual perlu membayar gantirugi bagi kecacatan sedia ada kepada pembeli. Jika kedua-dua pihak bersetuju dengan salah satu daripada penyelesaian ini, mereka boleh menggunakannya. Ini kerana masing-masing mempunyai hak dan persetujuan kedua-dua pihak adalah perlu.

Jika mereka masih tidak mencapai persetujuan; penjual menuntut supaya barangan itu dipulangkan kepadanya dan meminta pembeli membayar gantirugi bagi kecacatan yang baru terjadi, sementara pembeli pula mahu terus memiliki barangan tersebut dan meminta penjual membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada. Atau pun pembeli mahu memulangkan semula barangan tersebut dan bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan baru, sementara penjual pula mahu pembeli terus mengambil barangan tersebut dan dia juga bersedia membayar gantirugi bagi kecacatan yang sedia ada. Dalam kedua-dua kes ini, pihak yang
menuntut supaya kontrak tersebut dikekalkan akan diberikan hak

Dalam kes pertama pembeli akan diberikan hak. Manakala dalam kes kedua, penjual diberikan hak. Dalam kes kecacatan sedia ada tidak dapat diketahui tanpa kewujudan kecacatan baru, hak memulangkan semula secara paksa barangan yang dibeli disebabkan kecacatan baru tetap ada. Contohnya, seorang pembeli yang membeli buah yang berkulit seperti tembikai, delima atau sebagainya dengan meletakkan syarat isi kandungannya mestilah elok. Dengan ini, pembeli berhak mengembalikan semula buah tersebut jika terdapat kecacatan sedia ada Walaupun setelah wujudnya kecacatan baru. Dengan syarat kecacatan baru tersebut tidak dilakukan melebihi daripada apa yang diperlukan. Hak ini diberikan kepada pembeli kerana penjual sendiri telah memberikan hak melakukan kecacatan ini kepada pemballi

Syarat Tiada Cacat Cela

Jika penjual meletakkan syarat kepada pembeli ketika kontrak, bahawa dia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatanyang ada pada barangan yang dijual, kontrak tersebut sah. Ini kerana syarat tersebut mengukuhkan lagi kontrak dan menafikan hak pembeli untuk memulangkan semula atau membatalkan pembelian. Apatah lagi secara zahirnya barangan tersebut kelihatan tidak mempunyai sebarang kecacatan

Adakah ini bermakna khiyar aib digugurkan dan pembeli tiada hak untuk memulangkan semula barangan tersebut atau membatalkan jual beli tersebut jika didapati Wujud kecacatan sedia ada, seperti mana hak yang diberikan kepada pembeli yang kita ketahui

Jawapan bagi masalah ini perlu dilihat kepada beberapa perkara

Jika barangan tersebut tidak bernyawa, syarat tersebut tidak terpakai. Jadi, pembeli masih berhak memulangkan semula dan penjual perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang Wujud pada barangan tersebut. Hak menuntut khiyar aib masih diberikan kepada pembeli sepertimana yang dinyatakan sebelum ini.

Jika barangan yang dijual tersebut bernyawa, penjual boleh melepaskan sebarang tanggungjawab terhadap sebarang kecacatan yang tidak nyata sahaja pada barangan tersebut pada masa kontrak dan yang di luar pengetahuannya.

Sebabnya, pada kebiasaannya benda yang bernyawa mempunyai kecacatan yang tidak nyata. Dengan ini penjual berhak mengenepikan sebarang tanggungjawab terhadap kecacatan tersebut melalui syarat pelepasan tanggungjawab ini. Adalah disahkan bahawa Ibnu Umar’r.a. pernah menjual seorang hamba miliknya dengan harga 800 dirham dengan syarat pelepasan tanggungjawab. Setelah itu pembeli berkata kepadanya: Hamba ini mempunyai penyakit yang engkau tidak nyatakan kepada saya. Lantas mereka mengadu kepada Uthman r.a. dan Uthman meminta Ibnu Umar bersumpah bahawa dia telah menjual hamba tersebut tanpa mengetahui penyakit yang ada pada hamba tersebut. Namun Ibnu Umar enggan bersumpah, lalu dia rnengambil semula hamba tersebut. Setelah itu dia menjual semula hamba tersebut dengan harga 1,500. Menurut riwayat pembeli tersebut ialah Zaid bin Thabit r.a., Ibnu Umar kemudiannya berkata:
Saya menolak untuk bersumpah dengan nama Allah dan Allah mernbalasnya (dengan keuntungan ini).

Keputusan Uthman r.a. ini menunjukkan hak pelepasan tanggungjawab dibenarkan bagi benda yang bernyawa. Keputusan Uthman ini diketahui oleh semua para sahabat dan tiada siapapun yang menentangnya. Dengan ini, hukum ini adalah sabit secara Ijmak

Namun jika kecacatan itu kelihatan dengan jelas, penjual tidak berhak melepaskan tanggungjawabnya kerana kecacatan tersebut mudah dilihat.

Demikian juga jika kecacatan itu diketahui oleh penjual, penjual bertanggungjawab rnemberitahu mengenainya. Jika tidak, dia dianggap telah menipu. Demikian juga jika pembeli tidak tahu tetapi kecacatan tersebut kelihatan dengan jelas.

Penjual juga tidak boleh melepaskan tanggungjawabnya jika kecacatan tersebut berlaku selepas kontrak dimeterai dan barangan tersebut belum diterima oleh pembeli. Ini kerana syarat tersebut hanya merujuk kepada kecacatan yang ada ketika kontrak. Jika penjual meminta pelepasan tanggungjawab daripada kecacatan yang akan berlaku, permintaannya tidak dibenarkan kerana permintaan tersebut dianggap menggugurkan sesuatu yang belum berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *