Penerima Dua Pertiga dan Syaratnya

Penerima Dua Pertiga dan Syaratnya

Terdapat empat jenis pewaris yang layak menerima dua pertiga (2/3) pusaka dan masing-masing tertakluk kepada syarat-syarat tersendiri:

1. Dua Orang atau Lebih Anak Perempuan kepada si Mati

Bagi memperoleh dua pertiga (2/3) pusaka, mereka perlu memenuhi satu syarat; sahaja iaitu tidak wujud bersama-sama ’ash0bah iaitu anak lelaki si mati. Dalil mereka memperoleh dua pertiga (2/3) ialah firman Allah s.w.t.:

Seterusnya, jika anak-anak perempuan itu dua orang atau lebih, maka bagi mereka dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.  (An-Nisa’: 11)

Rasulullah s.a.w. pernah menetapkan sebanyak dua pertiga pusaka Saad untuk dua orang anak perempuannya

2. Dua Orang atau Lebih Anak Perempuan kepada Anak Lelaki si Mati

Mereka memperoleh dua pertiga (2/3) dengan dua syarat:

i. Tiada ’ash0bah bersama mereka.
ii. Si mati tidak mempunyai anak sama ada lelaki ataupun perempuan.

Dalil mereka menerima dua pertiga (2/3) ialah ‘qias dengan anak-anak perempuan. Ataupun mereka ini termasuk dalam kata
nama “anak perempuan.” Ini berdasarkan bahawa kata nama ini digunakan pada makna hakiki dan simbolik.

3. Dua Orang atau Lebih Adik Beradik Perempuan Seibu Sebapa

Mereka menerima dua pertiga (2/3) pusaka jika memenuhi tiga syarat:

i. Tiada ‘ash0bah bersama mereka iaitu adik beradik lelaki.
ii. Tidak Wujud furu’ waris si mati sama ada lelaki atau perempuan.
iii. Tidak Wujud usul waris si mati sama ada bapa atau datuk.

Dalilnya ialah firman Allah:

Seterusnya, jika adik beradik perempuannya itu dua orang , maka mereka berdua mendapat dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.  (An-Nisa’: 176)

4. Dua Orang atau Lebih Adik Beradik Perempuan Sebapa

Mereka menerima dua pertiga (2/3) pusaka dengan empat syarat. Tiga daripadanya sama seperti syarat adik beradik perempuan seibu sebapa. Syarat keempat ialah tidak wujud adik beradik seibu sebapa kepada si mati sama ada lelaki (akh syaqiq) atau perempuan (ukht asy-Syaqiqah).

Dalilnya ialah ijmak ulamak. Menurut ijmak ulamak ayat al Quran yang disebutkan di atas merangkumi adik beradik perempuan seibu sebapa (ukht syaqiqah) dan adik beradik perempuan sebapa (ukht lil-Ab) tetapi tidak termasuk adik beradik perempuan seibu (Ukht lil-Umm).

Jabir bin Abdullah berkata:

Saya ditimpa sakit lalu Nabi s.a.w. datang menziarahi. Baginda mendapati aku sedang pengsan. Abu Bakar dan Umar pun datang bersama baginda tetapi mereka berdua berjalan kaki. Lalu Rasulullah s.a.w. berwuduk dan menjirusku dengan air wudhuknya itu. Lantas aku sedar daripada pengsanku lalu bertanya: Wahai_Rasulullah, bagaimana aku patut membelanjakan hartaku? Atau apakah yang patut aku lakukan pada hartaku? Baginda tidak menjawab. Jabir mempunyai sembilan orang adik beradik perempuan.

Akhirnya turun ayat pusaka:

Mereka (umatmu) meminta fatwa kepadamu (wahai Muhammad, mengenai Kalalah). Katakanlah: ‘Allah memberi fatwa kepada kamu tentang Kalalah itu, iaitu jika seseorang mati dalam keadaan tidak mempunyai anak dan mempunyai seorang adik beradik perempuan, maka bagi adik beradik perempuan itu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Adik beradik lelaki itu pula mewarisi (semua harta) adik beradik perempuannyajika dia tidak mempunyai anak. Seterusnya, jika adik beradik perempuannya itu dua orang, maka mereka berdua mendapat dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Sekiranya mereka ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat. Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.
(An-Nisa’: 176)

Jabir r.a. berkata: “Ayat ini turun berkenaan kes saya. “‘

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya:

Dua pertiga adalah untuk anak-anak perempuan (al-banat) iaitu yang lebih daripada seorang, dengarlah.
Begitulah juga untuk anak-anak perempuan kepada anak lelaki (banat al-ibni) hendaklah kamu fahami kataku ini baik-baik
Begitu juga untuk dua adik beradik perempuan atau lebih
Orang merdeka dan hamba memberi fatwa tentangnya
Demikian jika mereka adalah adik beradik seibu sebapa atau sebapa sahaja, amalkanlah nescaya kamu di jalan yang benar.

1 Riwayat al-Tarmizi (2093) dalam [Kitab Faraidh, Bab Hadis Berkenaan Pusaka Anak-Anak Perempuan] dan al-Hakim (4/334) di awal [Kitab Faraid].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *