Pusaka Melalui ‘Ashobah

Pusaka Melalui ‘Ashobah

‘Ashobah sebagaimana yang dinyatakan dalam definasi sebelum ini merupakan kaum keluarga lelaki sebelah bapa. Mereka dinamakan ‘ash0bah kerana mereka melingkungi nasab si mati dan kuatnya hubungan si mati dengan mereka.

Telah disebutkan juga bahawa ’ash0bah daripada segi istilah ialah orang yang mengambil kesemua harta sekiranya dia adalah pewaris tunggal. Atau orang yang mengambil baki yang ditinggalkan oleh pewaris melalui fardh (Ashabul Furudh) jika dia bukan pewaris tunggal. Walau bagaimanapun dia tidak akan menerima sebarang pusaka jika tiada lagi baki setelah kesemua pusaka dibahagikan kepada pewaris melalui fardh.

‘Ash0bah dalam bahasa “arab pula adalah kata nama jamak yang menunjukkan ramai. Walau bagaimanapun para ahli fikah menggunakannya untuk seorang kerana ia seolah-olah ramai kerana mengaut kesemua harta pusaka.

Ar-Rahabi menyebut dalam nazamnya mengenai takrif ‘ash0bah:

Mereka yang mengaut semua harta
terdiri daripada ahli keluarga atau pembebas hamba
Atau mereka yang mengaut baki pusaka setelah furudh
Mereka ialah golongan ’ash0bah yang dihormati

Pensyariatan Pusaka Melalui ‘Ashobah

Al-Quran dan sunnah telah menyebut tentang kesahihan pusaka melalui ’ashobah.

Firman Allah:

Allah memerintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan.  (An-Nisa’: 11)
 
Dan sekiranya mereka adalah adik beradik, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. (An-Nisa’: 176)

Kedua-dua ayat ini menyebut bahawa anak lelaki dan adik beradik lelaki akan mewarisi pusaka secara ’ash0bah dan mereka Juga akan menjadikan adik beradik perempuan mereka sebagai ’ashobah.

Sunnah pula menyebut melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Berikanlah bahagian-bahagian pusaka yang telah ditentukan itu kepada para pemiliknya. Seterusnya, apa sahaja yang berbaki selepas itu, maka ia adalah hak waris lelaki yang terdekat.1

Oleh itu, hadis ini mengesahkan hak ‘ash0bah bagi semua adik beradik lelaki. Hadis ini juga menunjukkan jika terdapat lebih daripada seorang ‘ash0bah, keutamaan diberikan kepada lelaki yang paling hampir dengan si mati. ‘

_________________________
1. Riwayat al-Bukhari (6351) dalam [Kitab Faraidh Bab Pusaka Anak Bersama Bapa Dan lbunya], Muslim (1615) dalam [Kitab Faraidh, Bab Berikan Bahagian Furud Kepada Yang Layak].

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *