Hikmah Pusaka Disyariatkan

Hikmah Pusaka Disyariatkan

Hikmah hukum pusaka disyariatkan dan harta dibahagikan pewaris amat jelas. Antaranya:

  1. Menghormati fitrah manusia. Allah telah menetapkan fitrah manusia mengasihi anak yang dianggap sebagai cahaya hidup dan penyambung hayatnya. Oleh itu, kita dapati manusia sanggup bersusah payah hanya untuk anak-anak mereka. Dengan kesungguhan inilah, kehidupan dan kekayaan dunia berkembang. Sekiranya Islam mengharamkan pusaka, nescaya kesungguhan untuk bekerja menjadi malap dan jiwa mereka tertekan. Manusia melihat dunia ini gelap dan segala usaha mereka hanya sia-sia. Hasil susah payah mereka akan bertukar tangan, mungkin kepada orang yang tidak disukai mereka. Fenomena ini bertentangan dengan fitrah yang Allah jadikan untuk manusia. Allah berfirman:Harta dan anak pinak itu adalah perhiasan hidup dunia. (Al-Kahfi: 46)

    Dikiaskan indah kepada (pandangan) manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak. (Aali-Imran: 14)

  2. Merealisasikan keseimbangan sosial dalam lingkungan keluarga kerana harta yang mereka miliki melalui pusaka ini kebaikan kepada mereka.
  3. Memelihara hubungan silaturahim setelah kematian si mati. Ini kerana kaum keluarga si mati seperti adik beradik lelaki, adik beradik perempuan dan sebagainya akan menerima bahagian masing-masing daripada harta si mati.

Sumber Rujukan Ilmu Faraid

Asas dalil dan hukum-hukum ilmu faraidh diambil daripada empat sumber iaitu al-Quran, sunnah Nabi, ijmak para ulamak, dan ijtimak para sahabat r.hum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *