Kesan Anak Susuan Menjadi Mahram kerana Susuan

Kesan Anak Susuan Menjadi Mahram kerana Susuan

Terdapat dua hukum yang menyusul apabila seorang anak menjadi mahram kerana susuan:

  1. Hukum berkaitan dengan perkara yang diharamkan.Hukum berkaitan dengan perkara yang dihalalkan
  2. Hukum berkaitan dengan perkara yang diharamkan ialah
    perkara yang berkaitan dengan perkahwinan.
    Hukum berkaitan dengan perkara yang dihalalkan ialah
    perkara yang berkaitan dengan khalwahl dan melihat mahram.
  1. Perkara yang Diharamkan Hasil daripada Penyusuan

Penyusuan menjalinkan hubungan kekeluargaan di antara kedua belah pihak (anak susuan dan keluarga ibu susuan). Hubungan ini memberi kesan dalam mewujudkan golongan yang haram dikahwini. Oleh itu senarai mereka yang haram dikahwini kerana hubungan kekeluargaan disebabkan penyusuan sama seperti senarai mereka yang haram dikahwini kerana hubungan kekeluargaan disebabkan keturunan.

Ibu dan ke atas, anak perempuan dan ke bawah, adik beradik (seibu sebapa, seibu dan sebapa ), ibu saudara dan jalinannya (furu datuk dan nenek sebelah ibu dan sebelah bapa), anak perempuan kepada adik beradik lelaki (seibu sebapa, seibu dan sebapa), anak perempuan kepada adik beradik perempuan (seibu sébapa, seibu dan sebapa) haram dikahwini disebabkan hubungan keturunan (nasab).
Apabila wujud hubungan kekeluargaan disebabkan penyusuan, maka golongan yang sama daripada keturunan ibu susuan juga, haram dikahwini.
Kita telah terangkan perkara ini sebelum ini dan tidak perlu diulang

Hubungan keturunan melahirnya mahram disebabkan perkahwinan sepertimana yang diketahui umum. Oleh itu ibu mertua (dia mempunyai hubungan keturunan dengan isteri) haram berkahwin, dengan menantunya iaitu suami kepada anak perempuannya).

Begitu juga seorang lelaki haram berkahwin dengan anak perempuan isterinya (anak tiri), isteri bapanya (ibu tiri) dan menantunya

Dalam contoh yang pertama, seorang suami dilarang berkahwin dengan anak tiri. Dalam contoh kedua, seorang anak lelaki dilarang berkahwin dengan ibu tirinya. Contoh ketiga pula menjelaskan seorang bapa haram berkahwin dengan menantunya. Sebab pengharaman ialah faktor perkahwinan.

Jika hubungan kekeluargaan ini wujud dalam hubungan susuan, hukumnya sama dengan hubungan keturunan dalam melahirkan mahram disebabkan perkahwinan.
Oleh itu suami haram berkahwin dengan ibu susuan isterinya (mertua susuan). Dia juga haram berkahwin dengan anak susuan isterinya (anak tiri susuan). Begitu juga dia haram berkahwin dengan isteri bapa susuan (ibu tiri susuan) dan isteri anak susuan (menantu susuan)

Sebab pengharaman ialah faktor perkahwinan yang berlaku dengan keluarga susuan. Dalil kepada kenyataan di atas ialah sabda Rasulullah s.a.w.:
Diharamkan kerana susuan, apa yang diharamkan kerana keturunan (nasab).‘ 1. Riwayat Bukhari, no. 2502; dan Muslim, no. 1447, daripada lbnu Abbas r.huma..

2. Perkara yang Dihalalkan Hasil daripada Penyusuan

Semua perkara yang dihalalkan di antara kamu dan keluarga seketurunanmu” (senarainya telah dinyatakan sebelum ini), turut dihalalkan kepada keluarga susuanmu. Oleh itu kamu dihalalkan melihat perempuan yang mempunyai hubungan susuan denganmu sebagaimana adik beradik lelaki dihalalkan melihat adik beradik perempuan yang mempunyai hubungan keturunan dengannya. Kamu juga dihalalkan berkhalwah dengannya, iaitu khalwah yang haram dilakukan oleh lelaki dan perempuan ajnabi (asing – tiada hubungan keturunan). Kamu juga dihalalkan bermusafir dengannya lebih daripada tiga hari.
Meskipun begitu, hukum ini tidaklah bermakna mengharuskan melihat perempuan susuan dengan syahwat. Begitu juga sebaliknya (melihat lelaki susuan dengan syahwat). Ini kerana pandangan syahwat diharamkan walaupun kepada keturunannya sendiri

Oleh sebab itu, ahli fikah kebelakangan ini berpendapat, seseorang perempuan makruh menyusukan kanak-kanak yang bukan anaknya tanpa sebarang hajat dan keperluan yang mendesak. Mereka juga mengatakan makruh bagi seorang lelaki dan perempuan susuan untuk bergaul bebas sesama mereka. Ini kerana kadang-kadang ia mendorong kepada berlakunya perkara-perkara haram akibat kelemahan iman. Apatah lagi dengan tidak Wujudnya rasa kasih sayang semula jadi di antara ahli keluarga

1 Khalwah ialah seorang lelaki berada bersama mahramnya di tempat yang tidak dapat dilihat oleh orang lain seperti di dalam rumah yang tertutup pintunya. (pent. Iihat Mu’jam Luhgah al-Fuqaha’ dengan sedikit penyesuaian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *