ATURCARA BERTAUBAT MENGIKUT JENIS-JENIS DOSA

A. Aturcara taubat kerana dosa kepada Allah

  1. Dosa meninggalkan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan Allah taala.
    • Jalan melepaskan dosa ini ialah mengqodhak sedapat mungkin kewajipan yang ditinggalkan itu.
  2. Dosa melakukan perkara yang diharamkan Allah Taala.
    • Jalan keluar dari dosa ini dengan rasa menyesal dan bertekad untuk meninggalkannya buat selama-lamanya

B.  Aturcara taubat kerana dosa sesama manusia

  1. Berkaitan harta orang:
    • wajib mengembalikan kepada tuannya semulaØJika tidak mampu berbuat demikian maka minta halal daripada tuannya
    • Jika tuannya sudah tiada kembalikan kepada warisnya
    • Jika tiada warisnya maka sedekahkanlah kepada fakir miskin
    • Jika tidak mampu maka perbanyakkanlah buat ibadat serta pohon pada Allah supaya dia menghalalkannya dihari kiamat.’
  2. Dosa berkaitan diri dan nyawa orang
    • Cara melepaskan dosa itu:
      • Serahkan diri kepada waris mereka atau meminta halal kepadanya
      • Jika tidak mampu maka bertaubatlah kepada Allah semoga ia menghalalkan pada hari kiamat
  3. Dosa berkaitan menjatuhkan maruah orang
    • Jika tidak menimbulkan kemarahan dan fitnah:
      1. wajiblah membuat pengakuan dihadapan orang yang melihat apa yang telah anda lakukan itu dengan menyatakan anda telah membuat satu pembohongan
      2. Dan hendaklah meminta halal daripada tuan empunya.
      3. Jika bimbangkan timbul fitnah dan kemarahannya berserahlah kepada Allah supaya membuka hatinya meredhakan dosa ITU.
  4. Jika dosa berkaitan dengan kehormatan orang’
    • Maka tiada jalan untuk meminta halal kerana akan menimbulkan fitnah dan kemarahan pihak yang terlibat
    • Jadi hendaklah merendah diri memohon kepada Allah supaya ia meredhakan hati empunya hak untuk memberi kemaafan.
    • Serta mohon supaya Allah menjadikan kebaikan yang banyak untuknya gantian kerugian kehormatan yang ternoda.
  5. Dosa berkaitan dengan agama (mengkafirkan orang)
    • Cara melepaskan daripada dosa itu
      • Hendaklah mempersalahkan kebohongan anda dihadapan orang yang mendengar luahan kata tuduhan dusta itu
      • Jika boleh minta maaf daripada tuannya
      • Jika tidak mampu berdoalah kepada Allah serta menyesal diatas keterlanjuran itu, agar Allah meredhakan yang empunya hak mahu memaafkan kesalahan itu.

2 thoughts on “ATURCARA BERTAUBAT MENGIKUT JENIS-JENIS DOSA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *