MAS KAHWIN

MAS KAHWIN
(HUKUM-HAKAM, MUT’AH DAN KETERLALUAN DALAM MAS KAHWIN)

PERTAMA: HUKUM HAKAM BERKAITAN MAS KAHWIN

Takrif Mas Kahwin

Mas kahwin ialah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya disebabkan berlakunya akad nikah.
Sebab dinamakan mas kahwin ialah sebagai lambang kebenaran keinginannya untuk berkahwin. –

Hukum-hakam Mas Kahwin

Mas kahwin mempunyai beberapa hukum yang akan kita sebutkan nanti.

1. Hukum Mas Kahwin ,

Mas kahwin menjadi wajib ke atas suami sebaik sahaja akad nikah berlaku, sama ada mas kahwin disebutkan dalam akad dengan kadar tertentu daripada harta seperti RM1,000.00 (seribu Ringgit Malaysia) ataupun tidak disebut. Jika mereka bersepakat menafikannya atau tidak menyebutnya, persepakatan itu batal dan hukum mas kahwin tetap wajib.

2. Dalil Wajib Memberikan Mas Kahwin

Dalil wajib memberikan mas kahwin adalah berpandukan kepada al-Quran, Hadis dan Ijmak ulama.

Dalil-dalil daripada ayat al-Quran ialah:

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
(An-Nisa‘: 4)

Kemudian, mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah dia menjadi isteri kamu), maka berikanlah mas kahwin mereka (dengan sempurna), sebagai satu ketetapan yang diwajibkan oleh Allah.
(An-Nisa‘: 24)

Tidaklah kamu bersalah (dan tidak kamu menanggung bayaran kos mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu, sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka.
(Al-Baqarah: 236)

Dalil-dalil daripada hadis Nabi s.a.w. ialah:

Sahal bin Saad r.a. berkata: “Seorang perempuan datang menemui Nabi s.a.w. dan menyatakan bahawa dia telah menyerahkan dirinya kepada Allah dan Rasul-Nya. Lalu Nabi saw. bersabda: ’Aku tidak berhajat kepada perernpuan.’ Seorang lelaki pun berkata: Kahwinkanlah aku dengannya.’ Baginda menjawab: ‘Berikan kepadanya sehelai pakaian.’ Dia berkata.” ‘Aku tidak memilikinya.’ Baginda bersabda: Berikanlah kepadanya walaupun sebentuk cincin besi. ‘ Dia memberitahu bahawa dia juga tidak memiliki sebentuk cincin besi. Baginda bertanya: ‘Apakah ayat atau surah al-Quran yang ada bersamamu?’ Dia rnenjawab: ‘Begian, begian Baginda bersabda: ‘Maka aku kahwinkan engkau dengan perempuan ini dengan mas kahwin al-Quran yang ada bersamamu. ‘”’

Ijmak Ulama

Semua ulama bersepakat bahawa mas kahwin adalah wajib dan tidak ada seorangpun yang mengingkari pendapat ini.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab kelebihan al-Quran, bab sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, no. 4741; dan Muslim dalam kitab nikah, bab mas kahwin dalam bentuk mengajar al-Quran atau sebentuk cincin besi dan lain-lain adalah diharuskan sama ada sedikit atau banyak, dan disunatkan mas kahwin dalam bentuk wang 500 dirham bagi mereka yang mampu melakukannya, no. 1425.

3. Hikmat Disyariatkan Mas Kahwin

Hikrnat disyariatkan mas kahwin ialah untuk menyatakan kebenaran keinginan suami untuk h1dup sebagai suami ister1 secara mulia dan terhormat. Hikmat lain ialah membolehkan perempuan menyediakan keperluannya seperti pakaian dan pelbagai keperluan lain untuk rnemasuki kehidupan baru.

Islam juga mewajibkan pengantin lelaki memberikan mas kahwin sebagai lambang kesungguhannya menjaga bakal ister1nya. Hikmat ini tidak dapat dicapai jika perempuan keluar bekerja untuk mengumpulkan wang, kemudian diserahkan kepada bakal suaminya sebagai mas kahwin.

4. Menyebut Mas Kahwin Ketika Akad –

Sunat disebutkan kadar mas kahwin ketika akad kerana Nabi s.a.w. tidak pernah lupa untuk menyebutkan mas kahwin ketika akad. Juga kerana ia akan dapat mengelakkan perselisihan di antara suami isteri.

Walau bagaimanapun, perbuatan Nabi s.a.w. itu tidak difahami sebagal wajib kerana 1jmak ulama menyatakan t1dak menyebutkan mas kahwin ketika akad adalah diharuskan. Walaupun begitu hukumnya adalah makruh kerana perbuatan itu menyalahi perbuatan Nabi Muhammad s.a.w.

5. Siapakah yang Memiliki Mas Kghwin?

Mas kahwin adalah milik pengantin perempuan seorang sahaja. Ia bukan milik wali, sekalipun wali berhak menerimanya. Wali hanya berhak menerima bagi pihak pengantin perempuan sahaja.  Firrnan Allah Taala:

Maka janganlah kamu mengambil sedikitpun daripada harta itu. Adakah kamu mahu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan dosa yang nyata?
(An-Nisa‘: 20)

Kemudian, jika mereka dengan suka hati memberikan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin mereka, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.
(An-Nisa‘: 4)

6. Kadar Mas Kahwin

Tiada had minima dan maksima mas kahwin. Semua perkara yang holeh dinamakan sebagai harta atau yang boleh ditukarkan dengan harta boleh menjadi mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai ataupun hutang atau perkara-perkara yang boleh memberikan manfaat seperti sejadah, duit seribu ringgit, rumah atau mengajar kemahiran dan sebagainya.

Dalilnya ialah firman Allah Taala:

Dan dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah.
(An-Nisa‘: 24)

Ayat, di atas menyebut harta secara mutlak (umum) tanpa menentukan kadar tertentu.

Nabi s.a.w. bersabda:

Berilah (mas kahwin) kepadanya, walaupun cuma sebentuk cincin besi.’

Amir bin Rabi’ah r.a. berkata:

Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwin sepasang kasut. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: ”Adakah kamu setuju dengan mas kahwin sepasang kasut untuk dirimu dan hartamu?” Perempuan itu menjawab: “Ya. ” Maka baginda mengharuskannya.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab kelebihan al-Quran, bab sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, no. 4741; dan Muslim dalam kitab nikah. bab mas kahwin dalam bentuk mengajar al-Quran atau sebentuk cincin besi dan lain-lain adalah diharuskan sama ada sedikit atau banyak, dan disunatkan mas kahwin dalam bentuk wang 500 dirham bagi mereka yang mampu melakukannya, no. 1425.
2 Riwayat Tlrmizi dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai mas kahwin wanita, no. 1113

Firman Allah Taala:

Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan), sedangkan kamu telahpun memberi kepada seorang di antara mereka (kepada isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun daripada harta itu.
(An-Nisa‘: 20)

Ayat ini mengharuskan suami memberikan harta yang banyak kepada isterinya. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kadar maksima mas kahwin.

Walau bagaimanapun, disunatkan memberi mas kahwin tidak kurang dari sepuluh dirham untuk mengelakkan perselisihan pendapat dengan mereka yang mewajibkan kadar tersebut, iaitu mazhab Hanafi.

Begitu juga mas kahwin digalakkan agar tidak lebih daripada 500 dirham. Ini kerana jumlah tersebut adalah jumlah mas kahwin perkahwinan anak-anak dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w..

Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. berkata:

Janganlah kamu meninggikan mas kahwin kaum wanita, kerana sesungguhnya kalaulah ia merupakan satu kemuliaan di dunia atau kemuliaan di akhirat, pastilah orang yang paling layak berbuat begitu ialah Rasulullah s.a.w.. Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak pernah memberi mas kahwin kepada mana-mana isteri dan mana-mana puteri baginda juga tidak pernah diberi mas kahwin lebih daripada 12 uqiyyah.’

Satu uqiyyah ( ) bersamaan 40 dirham. Maka jumlah mas kahwin tersebut ialah 480 dirham. Kadar ini bersamaan lebih kurang dua nisab setengah zakat, sebagaimana dimaklumi tentang nisab zakat yang diwajibkan dalam zakat perak. Ini berbeza-beza mengikut matawang dan nilai perak di sesebuah negeri.

1 Riwayat Ahmad dan para pengarang kitab-kitab sunan. Tirmizi mensahihkannya dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai mas kahwin, no. 1114.

7. Menyegerakan atau Menangguhkan Mas Kahwin

Tidak disyaratkan menyegerakan pemberian mas kahwin. Bahkan sah hukumnya dengan menyegerakan kesemua jumlah mas kahwin sebelum berlakunya persetubuhan. Sah juga menangguhkan pemberian mas kahwin atau menangguhkan sebahagiannya sehingga selepas berlakunya persetubuhan.

Walau bagaimanapun, penangguhan tersebut mestilah ditentukan tempohnya. Ini kerana mas kahwin adalah milik isteri. Dia berhak meminta disegerakan atau menangguhkannya.

Jika mas kahwin diminta supaya disegerakan, isteri mempunyai hak untuk menolak persetubuhan dengan suaminya sehingga mas kahwin yang perlu disegerakan itu diterima.

Jika penyerahan mas kahwin dibenarkan untuk ditangguhkan, isteri tidak berhak menolak persetubuhan dengan suaminya. Ini kerana ia rela dengan penangguhan tersebut. Dengan itu dia tidak ada hak untuk menolak.

8. Mas Kahwin Diberikan Sepenuhnya, Separuh atau Tidak Dikenakan Mas Kahwin Langsung

Perbincangan sebelum ini menyatakan suami wajib memberikan kuhwin kepada isteri setelah berlakunya akad nikah yang sah.

Sekarang kita akan membincangkan keadaan yang menjadikan suami mesti memberikan kesemua mas kahwin kepada isterinya atau separuh ataupun tidak dikenakan bayaran mas kahwin.

i. Suami Wajib Memberikan Keseluruhan Mas Kahwin

Terdapat dua keadaan suami wajib memberikan semua mas kahwin kcpada isterinya:

Pertama: Apabila suami telah menyetubuhi isterinya. Suami wajib memberikan semua mas kahwin sama ada persetubuhan itu dalam keadaan halal seperti persetubuhan semasa isterinya suci daripada haid, ataupun persetubuhan dalam keadaan haram iaitu semasa isterinya berada dalam keadaan haid.

Sebaik sahaja suami menyetubuhi isterinya, dia diwajibkan membayar keseluruhan mas kahwin kerana ia telah memenuhi syarat perkahwinan diadakan iaitu untuk istimta’ (merasai kelazatan dengan bersetubuh). Dengan itu dia mesti memberikan bayaran timbal balas terhadap apa yang diperolehinya. Dalam hal ini Allah berfirman:

Kemudian, mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka upahnya (mas kahwinnya) dengan sempurna.
(An-Nisa‘: 24)

Maksud “kamu nikmati percampuran dengannya”dalam ayat di atas ialah bersetubuh dan merasai kelazatan dengan bersetubuh.

Maksud “upahnya”ialah mas kahwin. Mas kahwin dinamakan upah di sini kerana suami mesti membayar sesuatu sebagai balasan kepada faedah yang telah diperolehinya. Faedah yang didapati ialah bersetubuh dan kelazatannya.

Umar r.a. berkata:

Mana-mana lelaki yang mengahwini seorang perempuan lalu dia ’menyentuh’nya, maka dia wajib membayar mas kahwinnya dengan sempurna.’

1 Riwayat Malik dalam al-Muwatto‘ dalam kitab nikah, bab hadis-hadis mengenai mas kahwin dan sifat malu, 2/526.

Kedua: Salah seorang daripada suami atau isteri meninggal dunia sama ada sebelum berlakunya persetubuhan atau selepasnya. Dalilnya ialah ijmak para sahabat r.hum..

ii. Suami Memberikan Separuh Mas Kahwin

Terdapat satu keadaan suami hanya perlu menjelaskan separuh sahaja daripada mas kahwin iaitu:

Suami menceraikan isterinya selepas akad nikah yang sahih dan mas kahwin disebutkan dengan jelas. Penceraian berlaku sebelum suami menyetubuhi isterinya.

Dalilnya ialah firman Allah:

Dan jika kamu menceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (bersetubuh dengan) mereka, padahal kamu telah
menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh daripada mas kahwin yang kamu telah tetapkan itu.
(Al-Baqarah: 237)

iii. Suami Tidak Perlu Memberikan Mas Kahwin

Suami tidak perlu memberikan mas kahwin jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlakunya persetubuhan dan ia berlaku disebabkan isteri, seperti isteri memeluk Islam yang menyebabkan perkahwinan itu terfasakh. Begitu juga jika dia murtad atau meminta fasakh disebabkan kecacatan suami atau suami memfasakhkan perkahwinan kerana kecacatannya.

Semua keadaan di atas menyebabkan mas kahwin tidak perlu diberikan kerana isterilah penyebab kepada terungkainya ikatan perkahwinan mereka dan berlaku berdasarkan pilihannya. Dia telah menghilangkan hak suami untuk menyetubuhinya, dengan itu hilanglah haknya untuk mendapat mas kahwin.

9. Mahar Misil

Maksud Mahar Misil

Mahar misil ialah harta yang diberikan kepada pengantin perempuan dengan kadar pada kebiasaannya sepadan dengannya.

Kadarnya

Kadar mahar misil ialah dengan membuat perbandingan dengan mas kahwin yang pernah diterima oleh kaum keluarga isteri sebelah bapa. Oleh itu, mahar misil yang ingin diberikan hendaklah mengambil kira mas kahwin yang pernah diterima oleh perempuan asobah.

Perempuan asobah yang paling dekat dengan pengantin perempuan ialah adik-beradik perempuan seibu sebapa, kemudian adik beradik perempuan sebapa, kemudian anak-anak perempuan kepada adik beradik lelaki dan kemudiannya ibu-ibu saudara sebelah bapa.

Persamaan sifat juga perlu diambil kira dalam menentukan maha misil. Sifat-sifat ini kita akan sebutkan nanti.

Jika perempuan asobah yang terdekat tidak ada atau mereka belum berkahwin, mas kahwin keluarga terdekat selepas perempuan asobah hendaklah diambil kira. Mereka ialah keturunan sebelah ibu seperti ibu, nenek, ibu saudara dan anak-anak perempuan kepada adik beradik perempuan kerana mereka lebih utama untuk dibuat
perbandingan dibandingkan dengan perempuan-perempuan lain.

Jika keturunan terdekat sebelah ibu juga tidak ada, mas kahwin perempuan lain yang setempat dengannya hendaklah diambil kira. Iaitu mereka yang mempunyai persamaan sifat dengan pengantin perempuan.

Faktor penentu Kadar Mahar Misil

Ketika menentukan kadar mahar misil, perbandingan yang dibuat hendaklah rnengarnbil kira faktor berikut;

Umur, kecerdikan, kecantikan, kedudukan kewangan (harta), mulia diri, beragama, ketakwaan, keilmuan, masih dara, janda dan semua perkara yang boleh dijadikan penilaian yang sahih. Ini kerana kadar mas kahwin berbeza dengan berbezanya sifat-sifat ini.

Dalil Disyariatkan Mahar Misil ,

Dalil disyariatkan dan diperakui mahar misil ialah hadis Rasulullah s.a.w.: ‘

Abdullah bin Mas’ud r.a. ditanya tentang seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan, tetapi tidak membayar mas kahwin kepada isterinya, dan tidak’ menyetubuhinya sehingga mati. Beliau menjawab: ”Perempuan itu mendapat mahar misil seperti saudara-saudara perempuannya, tidak kurang dan tidak lebih. Dia juga mesti beredah dan berhak mendapat harta pusaka.” Ma’qil bin Sinan al-Asyja’i r.a. bangun dan berkata: ”Rasulullah s.a.w. telah memutuskan kepada Barwa’ binti Wasyiq, seorang perempuan daripada kalangan kami, sama sebagaimana yang telah engkau putuskan. ”Abdullah bin Mas’ud r.a. gembira dengan kata-kata Ma’qil bin Sinan r.a. itu.’ .

1 RiwayatAbu Daud dalam kitab nikah, bab sesiapa yang berkahwin tetapi tidak membayar mas kahwin sehingga mati, no. 2114; dan Tirmizi dalam kitab nikah, bab lelaki yang mengahwini perempuan dan mati sebelum menjelaskan mas kahwin, no. 1145, sanad hasan sahih. Hadis ini juga diriwayatkan oleh perawi lain.

Sebab Wajib Mahar Misil

Mahar misil diwajibkan kerana sebab-sebab berikut:

1. Fasad (rosaknya) akad nikah. Seperti salah satu daripada syarat sah akad nikah tidak dipenuhi. Contohnya perempuan berkahwin tanpa saksi atau tanpa wali. Kemudian berlaku selepas akad yang rosak itu. Ketika itu mahar
misil wajib diberikan kepada perempuan itu disebabkan rosaknya akad dan mas kahwin yang disebut dalam akad. Disamping itu, kedua-dua pasangan wajib dipisahkan.

Kadar Mahar misil dikira dan dinilai dengan nilaian semasa berlakunya persetubuhan, bukan semasa berlakunya akad. Ini kerana akad yang rosak tidak diambil kira.

ii. Mas kahwin dibatalkan. Ia disebabkan berlakunya perselisihan di antara suami isteri dalam sebutannya atau kadarnya.

Jika bcrlaku perselisihan dalam sebutan mas kahwin seperti isteri berkata : “Dalam akad, kamu menyebut mas kahwin untuk aku, tetapi suami pula menjawab: “Aku tidak menyebut mas kahwin dalam akad, ” maka isteri hendaklah bersumpah untuk membuktikan dakwaannya, dan suami juga diminta bersumpah. Kemudian mas kahwin tersebut dibatalkan dan wajib dikenakan mahar misil.

Begitu juga apabila mereka berselisih mengenai kadar mas kahwin, seperti isteri berkata: “Dua ribu.” Suami pula berkata: “Satu Ribu.” kedua-duanya hendaklah diminta bersumpah. Kemudian mas kahwin tersebut dibatalkan dan wajib dikenakan mahar misil.

iii. Mas kahwin disebut dengan sebutan yang merosakkan

Sebutan mas kahwin boleh menjadi rosak disebabkan beberapa perkara :

Pertama: Mas kahwin yang disebut bukanlah harta yang oleh syarak seperti arak, babi, peralatan melalaikan dan mas kahwin yang dianggap sebagai bukan harta oleh syarak. Ini kerana yang diwajibkan oleh syarak ‘mestilah berbentuk harta atau yang boleh ditukarkan dengan harta. Perkara-perkara yang disebutkan di atas bukanlah harta dari segi syarak.
Kedua: Harta yang disebutkan sebagai mas kahwin bukanlah harta miliknya seperti dia memberikan sejadah yang dirampas mas kahwin.

Ketiga: Lelaki mengahwini dua orang perempuan atau lebih dengan satu mas kahwin sahaja. Akad nikah itu sah tetapi mas kahwinnya rosak dan wajib membayar mahar misil kepada semua perempuan tadi. Ini disebabkan dalam akad tersebut, mas kahwin tidak diketahui untuk siapa kerana tidak dikhususkan secara spesifik.

Keempat: Seorang Wali mengahwinkan seorang kanak-kanak lelaki dengan mas kahwin yang rnelebihi kadar mahar misil menggunakan harta kanak-kanak tersebut. Ataupun wali mengahwinkan kanak-kanak perempuan atau anak dara yang telah besar tanpa kebenarannya dengan kadar mas kahwin yang kurang daripada mahar misil. Mas kahwin itu rosak dan diwajibkan mahar misil kerana wali diperintahkan melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan kepada mereka berdua, sedangkan tindakan tersebut tidak mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Kelima: Seorang perempuan yang cerdik dan berakal, janda atau dara berkata kepada walinya: “Kahwinkan aku tanpa mas kahwin.” Wali rnengahwinkannya tanpa mas kahwin atau Wali mengahwinkannya tanpa menyebutkan mas kahwin.

Dalam masalah ini, perempuan itu wajib diberikan mahar misil. Walau bagaimanapun mas kahwin itu tidak diwajibkan disebabkan akad nikah tetapi disebabkan persetubuhan. Ini kerana kerelaan perempuan tersebut tidak cukup untuk mengharuskan dia disetubuhi kerana di dalamnya terkandung hak Allah. Dalam masalah ini, kadar mahar misil dinilai dengan, nilaian semasa akad bukannya nilaian semasa persetubuhan. ‘

Isteri boleh meminta suaminya membayar mas kahwin sebelum dia disetubuhi. Isteri boleh menolak persetubuhan dengan suaminya sehingga dia membayar mahar misilnya.

Keenam: Dalam akad, disyaratkan sebahagian daripada mas kahwin diserahkan kepada orang lain seperti bapa atau adik beradiknya. Akad nikah adalah sah tetapi mas kahwinnya rosak dan suami wajib memberi mahar misil kepada isterinya.

Peringatan

Meletakkan syarat ketika akad nikah terbahagi kepada tiga:

Pertama: Syarat yang selari dengan kehendak perkahwin seperti isteri mensyaratkan supaya suami memberikan nafkah kepadanya.

Syarat ini tidak diambil kira. Manakala akad nikah dan mas kahwin yang disebut bersama syarat di atas adalah sah.

Kedua: Syarat yang bertentangan dengan kehendak perkahwinan tetapi tidak mencacatkan maksud asal perkahwinan iaitu persetubuhan. Contohnya isteri mensyaratkan supaya suami tidak memadukannya atau tidak memberikan nafkah kepadanya.

Akad nikah tersebut sah kerana tidak mencacatkan maksud perkahwinan. Walau bagaimanapun, syarat yang diletakkan sama ada syarat untuk isteri atau suami adalah rosak. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Setiap syarat yang tidak ada dalam Kitab Allah adalah batal.’

Mas kahwin menjadi rosak kerana syaratnya rosak. Ini kerana keredaan terhadap mas kahwin bergantung kepada syarat. Apabila syarat rosak, mas kahwin juga turut rosak kerana dia tidak reda dengan mas kahwin yang diberi tanpa dikemukanan.

Ketiga: Syarat mencacatkan maksud asal perkahwinan iaitu persetubuhan. Contohnya: Dalam akad, isteri mensyaratkan agar dia disetubuhi, ataupun menceraikannya selepas berkahwin.

Perkahwinan itu terbatal kerana syarat yang diberikan menafikan maksud nikah. Dengan itu syarat yang diberikan
membatalkan perkahwinan tersebut.

1 Riwayat Bukhari dalam kitab masjid, bab menyebutkan jual beli di atas mimbar di dalam no. 444.

KEDUA MUT‘AH

Pengertian Mut‘ah

Al-Mut‘ah berasal daripada kalimah al-Mataa’. Maksudnya: Perkara yang menyukakan hati dan boleh dimanfaatkan.

Maksud mut‘ah di sini ialah harta yang suami wajib serahkan kepada isteri yang telah berpisah dengannya sama ada dengan sebab talak (cerai) atau perpisahan.

Siapa yang Berhak Mendapat Mut‘ah

Mut‘ah wajib diberikan kepada bekas isteri dalam keadaan;

1. Apabila diceraikan selepas berlaku persetubuhan.

2. Isteri diceraikan sebelum disotubuhi dan mas kahwin pula tidak disebutkan semasa akad nikah.

3. Jika isteri dihukumkan supaya berpisah dengan suaminya. Perpisahan hendaklah disebabkan oleh suami seperti dia murtad atau meli’an isterinya (bersumpah menuduh isterinya berzina). Perpisahan juga hendaklah berlaku selepas persetubuhan, atau sebelum persetubuhan tetapi mas kahwin tidak disebut dalam akad.

Jika isteri diceraikan sebelum persetubuhan dan mas kahwinnya disebut dalam akad nikah, isteri tidak berhak mendapat mut‘ah. Ini kerana dia telah mendapat separuh, daripada mas kahwin sedangkan dia masih belum memberikan apa-apa khidmat kepada suaminya.

Dalil Wajib Mut‘ah

Dalil wajib memberi mut‘ah kepada mereka yang telah disebutkan ialah firman Allah;

Dan tidaklah kamu bersalah (dan kamu tidak menanggung bayaran mas kahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur dengan) mereka atau (sebelum) kamu menetapkan mas kahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah karnu memberi mut’ah (pemberian sagu hati) kepada mereka (yang diceraikan itu). laitu suami yang senang (hendaklah memberikan sagu hati itu.) menurut ukuran kemampuannya. Suami yang susah pula menurut ukuran kemampuan, sebagai pemberian (sagu hati) menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang yang mahu berbuat kebaikan.
(A1-Baqarah: 236)

Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang bertakwa.
(A1-Baqarah: 241)

Kadar Mut‘ah

Dalam menentukan kadar mut‘ah, kemungkinan kedua-dua suami isteri boleh bersetuju dengan kadar tertentu atau sebaliknya

Jika mereka bersetuju dengan kadar harta yang tertentu, sama ada sedikit atau banyak, kadar itulah yang diterima oleh isteri. Mut’ah itu sah berdasarkan apa yang dipersetujui.

Jika mereka berselisih pendapat dalam menentukan kadarnya. qadi (hakim) berhak menentukannya berdasarkan keadaan mereka berdua, susah senang suami, dan keturunan isteri dan sifat-sifatnya.
Firman Allah Taala;

Hendaklah kamu memberikan mut‘ah (pemberian sagu hati ) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu suami yang (hendaklah memberikan sagu hati itu) menurut ukuran kemampuannya. Suami yang susah pula menurut
leernampuannya. “
(A1-Baqarah: 236)

Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat mut’ah, (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut.
(A1-Baqarah: 241)

Kadar mut‘ah yang digalakkan ialah tidak kurang daripada 30 dirham atau yang senilai dengannya, dan tidak rnelebihi separuh daripada kadar mahar misil.

Hikmat Disyariatkan Mut‘ah

Hikmat disyariatkan mut‘ah ialah untuk mengambil hati isteri yang telah diceraikan sewaktu dia mcninggalkan kehidupan bersuami, meringankan bebanan dan kesusahan disebabka @ perpisahan dan mengubati perasaan sakit hati dan rasa benci yang memuncak hasil daripada penceraian tersebut.

KETIGA: KETERLALUAN DALAM MAS KAHWIN

Ramai di kalangan manusia yang menjadikan mas kahwin seolah-olah harga seorang perempuan. Mereka menyangka mengenakan mas kahwin yang tinggi adalah lambang kemuliaan keluarga dan keagungan perempuan itu. Oleh itu mereka menaikkan kadar mas kahwin, keterlaluan dalam menilainya untuk memperlihatkan nilai pengantin perempuan dan kemuliaan kedudukan keluarganya, serta berbangga dengan persiapan dan perabot-perabot rumahnya.

Mereka langsung tidak terfikir bahawa mas kahwin sedikit pun tidak memberi makna kepada pengertian tersebut selama-lamanya. Malah ia merupakan lambang kebenaran keinginan untuk berkahwin. Ia juga merupakan pemberian untuk memuliakan perempuan dan lambang kecintaan dalam membina kehidupan rumah-tangga yang bahagia.

Mereka juga tidak memikirkan kerosakan masyarakat hasil daripada tindakan tersebut, kemudaratan yang menimpa masyarakat, pengantin lelaki dan pengantin perempuan itu sendiri.

Mereka juga tidak kisah tindakan rnereka bercanggah dengan sunah Nabi s.a.w. dan memilih jalan yang tidak berkat. Keberkatan berada bersama-sama dengan tindakan mempermudahkan urusan mas kahwin dan kadarnya yang rendah.

Kesan buruk yang menimpa masyarakat, hasil daripada kadar mas kahwin yang terlalu tinggi adalah terlalu banyak, antaranya,.

Kadar mas kahwin yang terlalu tinggi menyebabkan para pemuda terutamanya daripada golongan miskin tidak mampu berkahwin. Ini menghalang mereka daripada berkahwin. Faktor ini mendorong mereka mengikuti jalan syaitan, berzina dan melakukan perkara yang keji. Dengan itu kebaikan bertukar menjadi kerosakan, ketenangan bertukar menjadi pergolakan, kehormatan dinodai, nasab keturunan bercampur-baur dan penyakit tersebar luas dalam masyarakat.

Jika para pemuda mempunyai isteri yang mampu menjaga mereka, sudah tentu akhlak mereka terjaga, benteng
terpelihara dan masyarakat selamat daripada dinodai oleh dan keburukan.

Kesan buruk yang menimpa perempuan hasil daripada kadar mas yang terlalu tinggi, cukuplah dengan hanya kita mengatakan; Ramai perempuan yang menjadi andartu dan mereka tidak mempunyai teman yang boleh memenuhi tuntutan fitrah mereka. Mereka terus rnerasai kekosongan dan tidak ada orang yang boleh melenakan tidur mereka. Perempuan-perempuan itu merindui rumah-tangga yang boleh menyelesaikan pergolakan dalaman serta memberikan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Mereka tidak mendapat itu kerana ibu bapa mereka menuntut mas kahwin yang tidak mampu dipenuhi oleh kebanyakan lelaki yang ingin melamar.

Merka ini, jika tidak keluar rumah untuk merayau-rayau, tidak akan menimbulkan fitnah serta tidak merosakkan
masyarakat. Tetapi jika mereka keluar merayau-rayau sebagaimana dilakukan oleh kebanyakan andartu, tentunya kesan buruk menimpa mereka dan malapetaka akan menirnpa semua dan memeritkan.

Sesiapa yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w., dengarlah sabda Nabi s.a.w. mengenai mas kahwin:

Sesunggguhnya perkahwinan yang paling besar keberkatannya ialah  yang paling mudah belanjanya (mas kahwinnya)’

1 Riwayat Ahmad, 6/82, daripada Aisyah r.ha..

Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah.’

Oleh itu tidak ada kebaikan dan keberkatan apabila mas kahwin dijadikan satu perniagaan yang mempunyai udang di sebalik batu, untuk mendapatkan kekayaan dan berbangga kepada sahabat handai.

Anas bin Malik r.a. berkata:

Nabi s.a.w. telah melihat kesan-kesan berwarna kuning di baju Abdur Rahman bin Auf. Baginda bertanya: ‘Apakah ini?” Beliau menjawab: ‘Aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwinnya timbangan emas seberat biji kurma.” Sabda Nabi s.a.w.: “Semoga Allah memberkati kamu. Buatlah walimah (kenduri), walaupun dengan menyembelih seekor kambing.”

Nabi mendoakan keberkatan kepada Abdul Rahman. Maksud keberkatan ialah kebaikan yang banyak di dalam perkahwinannya. Walaupun mas kahwinnya hanyalah timbangan emas seberat sebij biji kurma.

Apakah keberkatan yang diperolehi oleh mereka yang melipat gandakan mas kahwin? .

Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. berkata:

Janganlah kamu meninggikan mas kahwin, kerana sesungguhnya jikalau ia satu kemuliaan di dunia atau kemuliaan di akhirat, sudah pastilah orang yang paling berhak berbuat demikian ialah Nabi s.a.w.. Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak pernah memberikan mas kahwin kepada mana-mana isterinya dan mana-mana puterinya juga tidak pernah diberikan mas kahwin lebih daripada 12 uqiyyah (sebanyak 480 dirham)”

Kesimpulannya: rneletakkan mas kahwin yang terlalu tinggi adalah makruh dari segi syarak. Memudahkannya adalah sunat dan menjadi sebab untuk lelaki, perempuan dan masyarakat mendapat keberkatan dan kebaikan.

1 RiwayatAbu Daud dalam kitab nikah, bab perkahwinan yang menjadikan amalan yang dilakukan sebagai mas kahwin, no. 2117; dan Hakim serta beliau mensahihkannya.
2 Riwayat Bukhari dalam kitab nikah, bab bagaimana mendoakan orang yang berkahwin no. 4860; dan Muslim dalam kitab nikah, bab mengajar al-Quran, sebentuk cincin besi atau sebagainya, banyak atau sedikit boleh dijadikan mas kahwin dan disunatkan 500 dirham bagi sesiapa yang tidak keberatan, no. 1427.
3 Riwayat lima orang pengarang kitab sunan. la disahihkan oleh Tirmizi dalam kitab nikah bab hadis-hadis mengenai mas kahwin, no. 1114, daripada Abu al-‘Auja‘.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *