Dalil Penyusuan adalah Hak Ibu, Bukan Kewajipannya

Dalil Penyusuan adalah Hak Ibu, Bukan Kewajipannya

Dalil yang menunjukkan penyusuan adalah hak ibu dan bukan kewajipannya ialah firman Allah s.w.t.:

Dan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, bagi sesiapa yang ingin meyempurnakan penyusuan.
(Al-Baqarah: 233)

Dan sebaliknya,jika kamu (daripada kedua-dua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
(At-Tolaqz 6)

Dalam ayat yang sama Allah berfirman:

Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya. ‘
(At-Tolaqz 6)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa penyusuan adalah hak ibu bukan kewajibannya.

Penjelasan cara mengambil dalil daripada ayat-ayat di atas ialah ketika Allah s.w.t. berfirman: (Dan ibu-ibu menyusukan anak-anak mereka. (Al-Baqarah: 233), boleh jadi maksudnya: ibu-ibu wajib menyusukan anak-anak mereka.
Boleh jadi juga ia bermaksud: ibu-ibu adalah orang yang berhak menyusukan anak-anak mereka.

Seandajnya Allah Taala berfirman: “Dan ibu-ibu wajib menyusukan
anak-anak mereka,” maka andaian kedua tidak boleh digunapakai.

Walau bagaimanapun, apabila kita membaca firman Allah s.w.t,. (Dan sebaliknya, jika kamu (daripada kedua~duapihak) mengalami leesulitan, maka bolehlah perempuan lain) menyusukannya. (At-Tolaq: 6)), jelaslah andaian kedua dalam ayut surah al-Baqarah di atas lebih sesuai untuk digunapakai, iaitu penyusuan menjadi hak ibu.

Jika penyusuan adalah kewajiban ibu, sudah tentu Allah tidak akan berfirman dengan firman-Nya yang bermaksud: ” Maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.” Oleh kerana kesulitan dan perselisihan faham dengan suami boleh berlaku disebabkan penyusuan, dan ibu pula mempunyai hak untuk tidak menyusukan anaknya, maka jekaslah penyusuan adalah hak ibu, bukan kewajibannya

Semasa kita membaca firman Allah s.w.t.:
(Dan sekiranya mereka (ibu-ibu) menyusukan anak bagi kamu,maka berikanlah kepada mereka upahnya. (at-Talaq: 6)), ayat ini menguatkan lagi makna (andaian) kedua dalam ayat surah al-Baqarah di atas untuk diguna pakai. Malah ia menetapkan bahawa itulah makna sebenar ayat tersebut

Ini disebabkan jika penyusuan adalah kewajiban ibu, sudah tentu mereka tidak berhak mendapat upah, kerana tidak ada upah bagi perkara-perkara yang wajib. Ketika Allah memerintahkan para suami memberikan upah penyusuan kepada mereka disebabkan penyusuan yang dilakukan (jika mereka menuntutnya), ini menunjukkan para isteri diberikan pilihan untuk menyusukan anaknya dan bukannya dipaksa

Kesimpulannya:

penyusuan adalah hak yang perlu diberikan kepada ibu sekiranya dia meminta. Ia bukanlah kewajibannya.
Dia tidak diwajibkan sekiranya dia tidak mahu melakukannya. Melainkan ketika tidak ada pilihan lain dan hanya dia sahaja yang boleh menyusukan, ketika itu penyusuan adalah disebabkan faktor dharurah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *