Riba’

Bahasa: lebih, pertambahan dan perkembangan

Istilah: akad pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran syara’ ketika akad dilangsungkan, atau penyerahan barangan atau salah satunya dilewatkan.

Barangan berunsur riba

  • Emas dan Perak.
  • Gandum, barli, tamar dan garam.

Illah Riba: علة الربا

  1. Ciri-ciri yg menjadikan barangan atau perniagaan berunsur riba
  2. Ciri-ciri yang dapat dikesan: a.Mata wang (emas & perak) b.makanan

JENIS DAN HUKUM RIBA

  1. ربا الفضل  : Bayaran tambahan
  2. ربا النسيئة   : Bayaran tertangguh
  3. ربا اليد       : Jualan barangan mempunyai illah riba tanpa disyarat tempoh semasa akad

Kaedah penentuan riba

  1. Dua barangan nama khas yang sama berasal daripada kejadian yang sama: sejenis. Sebaliknya adalah berbeza.
  2. Bahan yang diproses daripada bahan yang berbeza adalah jenis berbeza.

Jual beli barangan riba dan syarat-syaratnya.

  1. Barang yang sejenis: i.Mesti sama ii.Akad mesti tunai iii.Saling menerima
  2. Barangan tidak sejenis tapi sama illah riba i.Mesti tunai ii.Saling menerima dalam majlis akad
  3. Barangan yg berlainan illah riba ialah jualbeli yg membabitkan salah satu barangan berbentuk mata wang & satu lagi berbentuk makanan: tidak terikat dg syarat-syarat di atas
  4. Pertukaran barangan riba dengan yang tidak: Tidak dikenakan syarat kepada urusniaga di antara barangan berunsur riba dengan yg tidak termasuk dengan wang tunai.

Persamaan dalam urusan berunsur riba (kewujudan, diambil kira dan halangan):

7.1  Wujud persamaan pada sukatan atau timbangan

7.1.1  Persamaan berdasarkan amalan setempat penduduk Hijaz zaman Nabi.

7.1.2 Jika barangan itu tiada di zaman Nabi atau tidak dapat dikenal pasti kaedah digunakan: i.Jika tidak boleh disukat perlu ditimbang ● ii.Jika boleh, disukat sama ada mengikut barangan yang hampir sama atau mengikut uruf setempat.

Masa diambil kira persamaan

7.2.1  Semasa kering.

7.2.2  Jika tidak boleh dikeringkan: persamaan hendaklah diterima dalam timbangan.

7.2.3  Barangan dihasilkan daripada bijirin: tidak boleh diurusniaga bersama jenis atau dengan bijirin asal.

7.2.4  Bijirin yg menghasilkan minyak ditentukan kesamaan samada dalam bentuk bijirin atau minyak tapi tidak boleh dijual bijirin dengan minyaknya.

7.2.5  Anggur dalam bentuk kismis, cuka atau jus dianggap kesamaan.

7.2.6  Kesamaan juga dalam susu segar.

7.3  Faktor menghalang kesamaan

7.3.1   Kerana bakaran

7.3.2   Kerana campuran

8.Dasar kesamaan… ●

8.1  cara yg menyakinkan (bukan andaian atau wujud unsur masa sukar) 8.2  semasa akad 

Perkara yg mungkin tidak terlepas   daripada perbezaan ●

9.1  Al-Muhaqalah

  Bijirin dalam kulit dengan sesamanya

9.2  Al- Muzabanah

  Rutob (Kurma basah di atas pokok) dengan Tamar (Kurma kering)

10.Jual beli Araya

Diberikan keringanan dengan syarat kurang 5 ausuq

Catatan:

Araya ialah pokok yg tidak diusik oleh tuannya untuk dimakan sendiri.

10.Jual beli Araya

Jual beli Daging

11.1  daging dengan daging.  Jika berbeza jenis tidak disyaratkan kesamaan.

11.2  Jual beli haiwan dengan haiwan tidak termasuk barangan berunsur riba

11.3  jual beli daging dengan haiwan tidak dibenarkan sama sekali.

Implikasi urusniaga berunsur Riba:

12.1  akad tidak sah.

12.2  perlu dipulangkan barangan yg telah bertukar tangan itu

12.3  perlu diakad semula apabila bebas daripada unsur riba

12.4  riba adalah dosa & menerima hukuman berat daripada Allah

13.RIBA HUTANG   (ربا القرض)

13.1  Ta’rif:

  Memberi hutang wang dalam tempoh tertentu yg dibayar balik bersama bayaran tambahan atau diberi faedah tertentu hingga hutang langsai.

Ancaman Allah kepada pengamal riba dalam surah al-Baqarah ayat 275.

13.3  Riba boleh diatasi & dibendung dengan kekuatan Iman & Taqwa (lihat ayat 278-280 surah al-Baqarah)

13.4  Di antara ancaman terhadap pengamal riba: i.Boleh dihukum bunuh. ii.Dihukum sebagai zalim. iii.Dilaknat Rasul iv.Termasuk dosa besar yg memusnahkan. v.Azab Neraka setaraf dengan golongan kuffar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *