Hukum Poligami dan Hikmat Disyariatkan

HUKUM POLIGAMI DAN HIKMAT DISYARIATKAN

Hukum Poligami

Hukum asal poligami ialah harus dan dibolehkan. Firman Allah Taala:

Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin
dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan hati daripada kalangan perempuan-
perempuan (yang lain) dua, tiga atau empat orang.
(An-Nisa‘: 3)

Walau bagaimanapun, hukum poligami ini boleh menjadi sunat, makruh atau haram berdasarkan suasana dan keadaan individu yang ingin berpoligami.

1. Apabila seseorang lelaki memerlukan isteri yang lain; contohnya, dia tidak cukup dengan hanya beristeri satu, atau isteri pertamanya sakit atau mandul sedangkan dia amat mengkehendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami pada ketika itu ialah sunat. Ini kerana ia mempunyai kebaikan serta maslahat syarak.cRamai sahabat Nabi s.a.w. yang berkahwin lebih daripada satu.

2. Sekiranya poligami itu bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambahkah keseronokan semata-mata dan dia meragui (syak) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya, hukum poligami ketika ini adalah makruh. Ini kerana poligami itu bukan kerana keperluan dan boleh jadi rentetan daripada perkahwinan itu akan memberikan kemudaratan kepada isteri-isterinya disebabkan tidak mampu untuk berlaku adil terhadap mereka.

Nabi s.a.w. telah bersabda:

Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu.’

3. Jika seseorang lelaki yang ingin berpoligami merasa zhon atau yakin dia tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya, boleh jadi kerana kemiskinannya, atau kerana kelemahannya, atau dia tidak yakin dirinya dapat mengawal kecenderungan dan sifat prejudisnya, hukum poligami pada ketika itu ialah haram kerana ia akan memberi mudharat kepada orang lain.

Nabi s.a.w. telah bersabda:

Tidak harus melakukan kemudaratan, dan tidak harus saling memudaratkan’

Firman Allah Taala:

Kernudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah) dengan
seorang perempnan sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempnan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat untuk mencegah kamu tidak melakukan kezaliman.
(An-Nisa‘: 3)

Wajiblah diketahui bahawa sekiranya suami mengahwini isteri kedua atau ketiga dalam dua keadaan terakhir tadi, akad tersebut adalah sah. Kesan yang menyusul daripada akad tersebut ialah halalnya kehidupan suami isteri di antara mereka, wajibnya mas kahwin dan wajib memberikan nafkah, sekalipun hukum akad adalah makruh pada keadaan yang kedua dan haram pada keadaan yang ketiga. Haramnya itu hanya mendapat dosa tetapi tidak membatalkan akad nikah tersebut. ‘

 

1 Riwayat Tirmizi daripada Hasan bin Ali r.huma. dalam bab-bab sifat kiamat, bab ikatlah ia dan bertawakallah, no. 2520.
2 Riwayat lbnu Majah dalam kitab hukum-hakam, bab sesiapa yang membina di tempat haknya sesuatu yang memudharatkan jirannya; dan Imam Malik dalam al-Muwatto‘, kitab pengadilan, bab pengadilan dalam kes kemudahan asas.

Apakah Keadilan yang Dituntut Terhadap Isteri-isteri?

Keadilan yang diwajibkan ke atas lelaki yang berpoligami ialah memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, pergaulan yang  baik serta melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami terhadap isteri-isterinya.

Sementara keadilan dari segi perasaan kasih sayang bukanlah keadilan yang mesti diperolehi oleh isteri-isterinya selagi ia tidak membawa kepada tindakan yang zalim. Ini kerana manusia tidak boleh menguasai hatinya yang menjadi punca perasaan kasih

Oleh sebab itu, al-Quran memberikan perhatian kepada perkara itu di dalam firman Allah:

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun, kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya).
(An-Nisa‘: 129)

Ayat di atas rnenjelaskan bahawa kamu tidak mampu mengarahkan hati kamu agar menyamakan kasih sayang terhadap isteri-isteri kamu. Tetapi kamu janganlah terlalu cenderung kepada salah seorang daripada mereka sehingga kamu melakukan kezaliman dan memudharatkan isteri-isteri yang lain.

Manakala keadilan nafkah, tempat tinggal, tempat tidur dan pergaulan yang baik seperti yang dinyatakan di atas, semua itu mampu dilakukan oleh kebanyakan manusia.

Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda selepas Baginda berlaku adil dalam pembahagian harta dan pergaulan dengan para isterinya.

Ya Allah, inilah pembahagian yang aku lakukan terhadap apa yang aku miliki, dan janganlah Engkau rnencelaku
dalam apa yang Engkau miliki tetapi aku tidak memilikinya.’

Maksud “apa yang Engkau miliki tetapi aku tidak memilikinya” ialah kasih sayang dan perasaan. Sesungguhnya Nabi s.a.w. lebih menyintai Aisyah r.ha. berbanding isteri-isterinya yang lain di dalam perasaan kasih-sayang dan kecenderungan hati.

Hikmat Disyariatkan Poligami

Islam mengharuskan poligami berdasarkan hukum asalnya dan tidak mewajibkannya. Ini dilakukan untuk mencapai matlamat jangka panjang dalam membaiki sosial masyarakat. Ia tidak dapat difahami Inelainkan mereka yang berpandangan jauh. Berikut adalah sebahagian daripada hikmat poligamiz

1. Untuk menjaga kesucian mereka yang tidak cukup dengan hanya memiliki seorang isteri sahaja. Ini adalah fitrah semula jadi manusia. Menghalangnya daripada berpoligami boleh menjerurnuskannya ke dalam perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak.

Adalah lebih baik bagi mereka dan masyarakat jika mereka dibenarkan berpoligami dalam ruang lingkup yang sihat;
poligami yang diiringi dengan penjagaan dan pensyariatan hak-hak kewajipan dan kemuliaan yang selayaknya. Ia adalah lebih baik daripada mereka berzina.

2. Poligami juga disyariatkan untuk mengelakkan kaum wanita daripada diburu oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab tanpa akad yang boleh menjamin masa d_epan anaknya. Ini akan menyebabkan perempuan itu tidak mendapat sebarang hak, manakala anaknya pula tidak mendapat sebarang hak sebagai seorang anak dan kasih sayang seorang bapa.

Menjadi isteri kedua dengan hak dan kehormatan yang terjaga adalah scribu kali lebih baik daripada dia terus membujang atau hidup seperti perempuan simpanan atau seperti seorang kekasih, yang akhirnya mernbawa kepada kekecewaan dan kemusnahan.

1 Riwayat Abu Daud dalam kitab nikah, bab pembahagian di antara isteri-isteri, no. 2134; Tirmizi dalam kitab nikah, bab penyamarataan di antara madu-madu, no. 1140; dan lain-Iain daripada Aisyah r.ha..

Oleh itu, matlamat Islam mengharuskan poligami ialah untuk mengelakkan lelaki daripada terjerumus ke lembah perzinaan, menjaga wanita daripada menjadi tunggangan hawa nafsu yang menggila serta menjaganya daripada kecewa, dan memelihara masyarakat daripada gejala runtuhan moral dan kucar-kacir.

Keadaan yang Membenarkan Poligami

Terdapat keadaan tertentu yang menjadikan poligami melahirkan hikmat-hikmat tertentu serta faedah yang jelas. Berikut dijelaskan beberapa contoh:

1. Lelaki yang mempunyai keinginan yang tinggi terhadap wanita tetapi isterinya tidak mempunyai keinginan (enggan) terhadap suaminya kerana sebab~sebab semulajadi atau kerana sakit.

Manakah yang lebih baik bagi lelaki tersebut; berzina yang boleh memusnahkan agama, harta dan kesihatannya, atau dia terus kckal dibelenggu oleh tuntutan nafsunya dan menyiksa dirinya sendiri, atau dia mengahwini wanita lain dengan syarat mampu menanggung perbelanjaan, mampu berlaku adil serta tidak menzalimi isteri-isterinya?

Tidak diragukan lagi bahawa penyelesaian ketiga adalah pilihan terbaik bagi lelaki tersebut dan berfaedah kepada masyarakat serta lebih suci

2. Jika berlaku peperangan (hari ini peperangan menjadi satu perkara biasa), sudah tentu ramai lelaki yang menjadi korban atau tercedera akibat peperangan itu. Ini menyebabkan bilangan wanita melebihi bilangan lelaki.

Manakah lebih baik bagi kaum wanita; menghadkan seorang lelaki mcngahwini seorang wanita sahaja sedangkan ramai dan ramai lagi wanita yang tidak mendapat kasih sayang seorang suami dan terhalang daripada melahirkan zuriat yang boleh membantunya pada waktu tua serta memaksanya memenuhi keperluan seksualnya dengan melakukan dosa dan maksiat?

Atau adakah lebih baik kita membenarkan kaum lelaki berkahwin lebih daripada satu dengan cara dan syarat yang
diberikan oleh syarak?

Sesungguhnya kita berlaku adil terhadap lojik akal dan kebenaran jika kita mengatakan bahawa poligami dalam keadaan di atas adalah satu tindakan yang berperikemanusiaan dan menyelamatkan maruah dan keinginan manusia.

Kita juga tidak menyanggah realiti jika kita mengatakan: Rasulullah s.a.w. mengahwini lebih daripada seorang wanita, kebanyakannya adalah didorong oleh rasa perikemanusiaan yang mulia ini.

Realiti menceritakan terdapat sesetengah isteri Nabi s.a.w. yang berhijrah meninggalkan kaum keluarganya bersendirian. Terdapat juga di antara mereka yang suaminya mati syahid dan meninggalkannya sebagai janda tanpa pelindung. Nabi s.a.w. telah meringankan bebanan mereka dengan mengahwini mereka, sekaligus bertindak sebagai pelindung dan Baginda adalah sebaik-baik pelindung. Mereka mendapat kedudukan sebagai Ummul Mukminin dan mendapat keistirnewaan hidup bersama Nabi s.a.w. yang menjadi sebaik-baik manusia.

Ketika negara-negara Eropah yang beragama Kristain mengharamkan poligami, apa yang berlaku ialah kecurangan rumah tangga, penyiksaan diri serta ramai wanita tidak berpeluang untuk berkahwin.

3. Seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita; mereka saling cinta ‘mencintai, tetapi Wanita itu mandul dan tidak boleh melahirkan anak sedangkan dia amat mengingini seorang anak.

Manakah yang lebih baik; kita rnenghalangnya daripada berkahwin seorang lagi, dan membiarkannya terus bersedih kerana tidak mempunyai anak? Atau kita menyuruhnya menceraikan isterinya yang tercinta? Atau kita mernbenarkannya berkahwin lain di samping menjaga isteri pertamanya daripada sebarang kezaliman?

Penyelesaian ketiga adalah lebih baik kerana ia menjaga maslahat lelaki dan perempuan itu sekali gus.

4. Sesungguhnya masyarakat yang mengharamkan poligami telah terjerumus ke lembah yang lebih merbahaya dan lebih memudaratkan daripada bahaya dan mudarat yang disangkanya akan lahir akibat poligami. Mereka mengalami kerosakan yang bermaharajalela. Kecurangan rumah tangga dan perempuan simpanan berlaku dengan sewenang-wenangnya. Ini mendorong bijak pandai mereka mendesak agar poligami dibenarkan dan tindakan diambil terhadap kerosakan yang berlaku yang mengancam kehidupan masyarakat.

Peringatan

Penyalahgunaan sesetengah orang yang jahil terhadap hak-hak berpoligami tidak menafikan hikmat Islam mengharuskan poligami. Islam juga tidak bertanggung jawab terhadap tindakan buruk serta kebodohan golongan tersebut.

Islam tidak mengharuskan poligami untuk dijadikan senjata yang boleh melukakan, menganiayai atau memberikan layanan buruk kepada isteri. Sebaliknya Islam mensyariatkan poligami untuk menyahut keperluan, melindungi masyarakat dan menjaga individu serta menghapuskan perkara yang jelek dan maksiat.

Dengan sebab-sebab yang disebutkan serta syarat-syarat yang digariskan oleh syarak, Islam mengharuskan poligami dan tidak mewajibkannya. Dalam masa yang sama Islam melingkunginya dengan juminan-jaminan akhlak dan hak-hak tertentu.

Islam seolah-olah ‘farmasi’ yang memiliki ubat-ubat yang diperlukan oleh manusia untuk memenuhi keperluan-keperluan mereka. Setiap individu mengambil ubat yang sesuai dengan keperluan dan penyakit mereka.

Oleh itu adalah tidak logik jika kita memperkecilkan peranan farmasi ini, atau kita mengurangkan bahan-bahannya sehingga ia tidak mampu memenuhi keperluan umum semua individu, ataupun kita memhenarkan semua orang menggunakan semua benda yang ada dalamnya walaupun mereka tidak memerlukannya.

Demikianlah, sekalipun musuh-musuh Islam tidak tertarik dengan syariat ini kerana tidak selari dengan perangai mereka yang suka menyeleweng dan perasaan mereka yang rosak serta hawa nafsu mereka yang terlalu murah, biarlah mereka. Mereka akan mati bersama-sama kemarahan mereka. Sedangkan Allah melingkungi
mereka dengan kekuasaan-Nya tanpa disedari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *